Belajar menggunakan carta garis

Carta garis adalah satu daripada jenis carta paling banyak digunakan bersama-sama dengan carta bar dan candlestick. Ia digunakan meluas dalam industri kerana ia ringkas, mudah difahami dan memberikan pemvisualan harga yang jelas. Ia memaparkan harga aset dari masa ke semasa dengan satu garis menghubungkan titik-titik data.

KANDUNGAN:

Apakah carta garis

Sebagai jenis carta asas, garisan adalah sesuai untuk pedagang baharu. Mereka juga dapat membantu anda memahami prestasi aset dengan cepat dan melihat keseluruhan trend.

Garisan selalunya dibina menggunakan harga tutup kerana ia dikira yang paling penting bersama-sama harga buka, tinggi dan rendah. Pendekatan ini mengurangkan hingar tambahan yang dicipta oleh tahap harga lain.

Selain daripada itu, carta garis datang dalam bentuk berbeza dan boleh disesuaikan untuk memaparkan harga lain — kami akan menjelaskan ini kepada anda kemudian.

Akan tetapi, semua aspek ini menjadikan carta garis kurang bermaklumat untuk analisis kompleks — ia mungkin tidak memberikan maklumat mencukupi yang boleh menyebabkan kesilapan dalam pemahaman.

Disebabkan kesederhanaannya, carta garis adalah sesuai untuk perbandingan harga. Beberapa garisan boleh dipaparkan dengan mudah dalam satu susun atur untuk memberikan gambaran jelas tanpa masalah. Ciri ini membenarkan pedagang membezakan prestasi aset, yang penting untuk membandingkan prestasi sekuriti dengan sekuriti lain.

Pada Carta Super kami, anda boleh memaparkan beberapa simbol pada satu carta. Untuk melakukannya, klik "Banding" atau "Tambah Simbol" pada bar alat atas.

Carta garis vs lilin

Kedua-dua carta ini dianggap sebagai jenis carta standard. Anda boleh menggunakan kedua-duanya — dan kami mengesyorkannya.

Tiada jenis carta yang boleh memberikan anda semua maklumat diperlukan untuk analisis menyeluruh. Ada yang lebih termaju dan memberikan anda pemahaman lebih pada satu-satu masa tetapi masih kekurangan daripada yang lain.

Carta garis

  • Membantu dengan analisis trend
  • Membantu anda membandingkan beberapa aset dengan mudah pada satu carta tunggal
  • Membantu anda membaca penunjuk dan alatan lukisan lebih baik kerana menggunakan ruangan yang kurang pada Carta Super 
  • Lebih sesuai untuk papan pemuka (dashboard)

Carta lilin

  • Memberikan lebih data, yang kadang-kala boleh memeningkan anda
  • Lebih kompleks — kerana ada banyak corak lilin — daripada garisan dan memerlukan lebih masa untuk mempelajari mereka
  • Boleh bercanggah dengan penunjuk dan alatan lukisan, mencipta lebih ketidakpastian

Mengaktifkan jenis carta

Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bahagian atas bar alat dan pilih "Garis."

Tetapan

Untuk menggunakan sepenuhnya carta garis, anda boleh mensesuaikannya bergantung kepada kegemaran dan keperluan anda.

Untuk melakukannya, pilih butang berbentuk gear "Tetapan" pada bar alat atas dan pergi ke tab "Simbol".

Bahagian "Garis" menyenaraikan tetapan khusus kepada jenis carta ini:

  1. Sumber harga: Pilih harga yang anda mahu carta tunjukkan. Secara lalai, ia ditetapkan kepada harga tutup yang bermaksud garis akan diplotkan dengan menyambungkan harga tutup aset dalam jujukan. Mengikut gaya dagangan anda, pilih harga yang diingini :
    • Buka: Carta akan menunjukkan harga buka
    • Tinggi: Menunjukkan hanya harga tertinggi
    • Rendah: Menunjukkan hanya harga terendah
    • Tutup: Menunjukkan hanya harga tutup
    • (H + L)/2: Menunjukkan purata harga tertinggi dan terendah
    • (H + L + C)/3: Menunjukkan purata harga tertinggi, terendah dan penutup
    • (O + H + L + C)/4: Menunjukkan purata harga buka, tertinggi, terendah dan penutup
  2. Garis: Dengan tetapan ini diaktifkan, warna garis, ketebalannya dan kelegapan boleh ditukar mengikut kegemaran anda. Di sini, anda juga boleh memilih antara garis kecerunan atau legap.

Kesimpulan carta garis

Jenis carta ini adalah titik permulaan yang bagus untuk mula mengkaji analisis teknikal. Ia dapat membantu anda memahami trend aset dengan pantas dengan memberikan anda maklumat paling penting — tingkatan harga — tutup.

Carta garis adalah sesuai untuk analisis mudah dan untuk pedagang yang memfokuskan kepada menggunakan sepenuhnya alatan lukisan dan penunjuk. 

Juga, anda boleh memasukkan mereka dalam pembentangan dan laporan anda kepada pihak berkepentingan atau khalayak anda.

Kami menggalakkan anda mendalami pengetahuan anda dalam analisis teknikal dengan mempelajar jenis carta lain, lukisan dan penunjuk untuk menambahbaik pandangan anda dengan alatan dagangan lain.

Juga baca: