Apakah carta garis dengan penanda

Carta garis dengan penanda adalah jenis carta garis, tetapi tidak seperti carta asal, garis dengan penanda dibina pada titik-titik khusus (penanda) pada setiap titik data pada garis. Ia selalunya digunakan untuk menjejak pergerakan harga aset dari masa ke semasa dan pada masa yang sama menekankan titik-titik data tertentu untuk lebih kejelasan.


KANDUNGAN:

Apakah carta garis dengan penanda

Jenis carta ini adalah sama dengan carta garis standard hanya pada penanda membawa pemerhatian kepada tingkatan harga tertentu pada setiap titik data, membantu pedagang menjumpai tingkatan harga dengan pantas.

Secara lalai, carta garis menggunakan harga tutup, yang disambungkan dalam satu garis tunggal. Dalam kes sebegini, penanda adalah harga tutup.

Garis dengan penanda vs garis

Walaupun dua jenis carta ini kelihatan "sama cuma dengan penanda sahaja," perubahan kecil ini boleh menukar pandangan anda dengan ketara pada carta dan titik data. Kerana Carta Super tidak terhad kepada harga aset — sebagai contoh, anda boleh melihat kadar faedah, kadar inflasi atau hasil bon — dalam beberapa kes, penanda adalah sangat berguna dalam menunjukkan nilai-nilai ini.

Garis dengan penanda

  • Menyerlahkan kedua-dua trend dan titik data individu
  • Mungkin lebih baik daripada garis untuk menunjukkan peristiwa penting dalam masa
  • Seperti carta garis line, bagus untuk kedua-dua pengenalpastian trend dan pengecaman corak carta
  • Lebih sesuai untuk laporan terperinci daripada garis standard

Garis

  • Lebih menekankan corak carta daripada titik individu
  • Persembahan data lebih lancar
  • Lebih sesuai untuk papan pemuka, daripada garis dengan penanda
  • Mungkin kurang tepat

Mengaktifkan jenis carta

Sebaik sahaja anda berada pada Carta Super, buka menu jenis carta pada bar alat atas dan pilih "Garis dengan penanda."

Tetapan

Tetapan carta garis dengan penanda adalah sama dengan carta garis.

Untuk melaraskan garis anda dengan carta penunjuk, pilih butang berbentuk gear "Tetapan" pada bar alat atas dan pergi ke tab "Simbol".


Garis dengan penanda, menyenaraikan tetapan khusus kepada jenis carta:

  1. Sumber harga: Pilih harga yang anda mahu carta tunjukkan. Secara lalai, ia ditetapkan kepada harga tutup, bermaksud carta akan dibentuk dengan harga tutup satu aset. Mengikut gaya dagangan anda, pilih harga dikehendaki sebagai penanda:
    • Buka: Carta akan menunjukkan harga buka
    • Tinggi: Tunjukkan hanya harga tertinggi
    • Rendah: Tunjukkan hanya harga terendah
    • Tutup: Tunjukkan hanya harga tutup
    • (H + L)/2: Tunjukkan purata harga tertinggi dan terendah
    • (H + L + C)/3: Tunjukkan purata harga tertinggi, terendah dan penutup
    • (O + H + L + C)/4: Tunjukkan purata harga buka, tertinggi, terendah dan penutup
  2. Garis: Dengan tetapan ini diaktifkan, warna garisan, ketebalan dan kelegapan boleh ditukar mengikut kehendak anda. Di sini, anda juga boleh memilih antara garis kecerunan dan legap

Kesimpulan garis dengan penanda

Anda boleh menggunakan jenis carta ini, kika anda perlukan titik data untuk diserlahkan. Carta garis dan penanda kami menyembunyikan penanda semasa anda zum keluar, supayan penanda tidak mengganggu anda dari analisis anda.

Mereka berfungsi dengan semua corak carta dan boleh digunakan untuk pengecaman trend, termasuk juga garis standard.

Juga baca: