Apakah perbezaan antara Penyaring Syiling Kripto, DEX dan CEX?
Kami ada banyak alatan untuk aset kripto. Mari lihat perbezaan utama antara produk-produk:
Penyaring Syiling Kripto
Penyaring Syiling Kripto mengandungi data diagregatkan pada syiling dan token tanpa merujuk kepada pasaran dan bursa tertentu. Data simbol mengandungi sumber CRYPTO.
Penyaring mengandungi maklumat umum mengenai mata wang kripto: permodalan pasarannya, bilangan syiling diterbitkan dalam edaran dan pelepasan maksimum (maximum emission). Kami mengira harga dan data harga sebagai nilai purata dikumpulkan dari semua bursa disokong.

Penyaring juga mengandungi penunjuk-penunjuk memaparkan sentimen sosial untuk syiling kripto khusus: bilangan catatan mengenai mata wang kripto, bilangan pengguna unik dalam rangkaian sosial dan peratusan penguasaaan dalam rangkaian sosial berdasarkan pada sebutan aset.
Untuk strategi dagangan anda pada bursa tertentu, anda boleh menggunakan 2 penyaring yang lain:
- pasangan CEX
- pasangan DEX
Penyaring CEX
Penyaring CEX yang mengandungi pasangan semerta, hadapan dan kontrak perpetual didagangkan dari semua bursa terpusat yang ada di TradingView.

Penyaring juga menawarkan pelbagai penapis berguna, termasuk:
- Jenis simbol. Pilih antara pasangan semerta, hadapan atau kontrak perpetual.
- Mata wang asas dan sebut harga. Pilih mata wang utama dan kedua dalam pasangan dagangan.
- Bursa. Tapis menggunakan platform dagangan terpusat.
- Volum dalam USD 24j dan Perubahan volum % 24j. Nilaikan kecairan dan aktiviti dagangan.
Penyaring DEX
Penyaring DEX mengandungi pasangan dari bursa tidak terpusat. Perbezaan utama dari Penyaring CEX adalah penyaring ini menapis menggunakan rangkaian bursa tidak terpusat (dan token), permodalan token, kecairan kumpulan, penunjuk teknikal dan pelbagai data dari aktiviti dagangan, iaitu bilangan pembeli dan penjual unik, bilangan transaksi beli dan jual, volum transaksi beli dan jual dan lain2 data aktiviti atas rantaian mengikut kumpulan (pool).

Penyaring DEX memberikan jumlah data yang besar, termasuk:
- Kecairan. Jumlah nilai USD aset dikunci dalam kumpulan bursa tidak terpusat. Kecairan tinggi memastikan dagangan lancar dengan gelinciran harga minima, memperbaiki kestabilan, keadaan dagangan dan kepercayaan pengguna.
- FDV (Fully diluted valuation). Ia menganggarkan permodalan pasaran keseluruhan satu mata wang kripto, mengambil kira kedua-dua token yang baru dikeluarkan dan yang akan dikeluarkan dimasa hadapan (cth., menerusi perlombongan atau pemancangan - staking). Metrik ini membantu menilai inflasi berpotensi dan impaknya pada harga aset.
- Volum dagangan, volum beli dan volum jual. Metrik-metrik ini mencerminkan aktiviti dagangan dalam kumpulan khusus dengan volum beli dan jual membentuk volum dagangan.
- Transaksi, beli dan jual. Transaksi merujuk kepada operasi beli atau jual token dalam satu kumpulan. Metrik berbeza untuk beli dan jual memberikan cerapan lebih mendalam kepada dinamik harga.
- Pedagang, pembeli unik dan penjual unik. Metrik pedagang menjejak alamat blok rantai unuk yang beraksi sebagai penjual dan pembeli dalam satu kumpulan (pool).