Mengapakah penunjuk berdasarkan sesi kadang kala memanjangkan sesi harian pada niaga hadapan AS?
Beberapa penunjuk pada TradingView mengira pada tempoh masa tertentu (sesi) dan menetapkan semula pada akhir setiap tempoh masa. Sebagai contoh, penunjuk Session Volume Profile dan Session Time Price Opportunity mengumpulkan daya dalam satu sesi dagangan harian (satu hari dagangan dari pasaran buka kepada tutup) untuk mengeluarkan analisis sesi, di mana ia kemudian ditetapkan semula sebaik sahaja sesi harian baharu bermula. Penunjuk lain seperti Pivot Points Standard, Volume Weighted Average Price, dan Time Price Opportunity berkala membenarkan pengguna menentukan tempoh masa tersuai untuk harian, mingguan atau bulanan untuk penunjuk menganalisa, bermula dari sesi 1 hari atau lebih panjangllow users to define a custom period of days, weeks, or months for the indicator to analyze, starting from a 1 day session or longer.
Kadang kala, penunjuk-penunjuk ini memanjangkan sesi haria pada carta intrahari untuk memasukkan beberapa sesi dagangan intrahari dalam satu sesi "harian" panjang. Sebagai contoh, dalam syot skrin di bawah, penunjuk Session Volume Profile memanjangkan satu sesi harian yang bermula pada 19 Januari sehingga 21 Januari, walaupun ada satu sesi rehat antaranya pada 20 Januari. Perbuatan ini bukan satu ralat dalam penunjuk tetapi satu pelarasan dengan sengaja oleh bursa yang menetapkan jadual sesi dagangan instrumen.

Mengapa ini terjadi
Pertama, adalah penting untuk membezakan antara sesi dagangan, hari dagangan dan hari kalendar. Sebagai contoh, untuk simbol dengan sesi semalaman (overnight session), sesi dagangan "harian" adalah sepanjang dua hari kalendar, dan bermula pada hari kalendar sebelum hari dagangan yang sepatutnya. Di sebabkan itu, sesi harian untuk simbol "ES1!" yang dimiliki kepada hari dagangan "Isnin" bermula pada Ahad pada jam 17:00 CT (Central Time) dan berakhir pada Isnin pada jam 16:00 CT.
Penunjuk berasaskan sesi menetapkan semula pengiraan mereka sekali dalam hari dagangan, yang mana selalunya sepandan kepada sekali untuk setiap hari kalendar, mengikut rangka masa harian. Akan tetapi, kadang-kala sebuah bursa mungkin menukar panjang sesi dagangan instrumen dengan mengurangkan atau memanjangkannya. yang boleh berbeza dalam bilangan hari kalendar dalam sesi. Akibatnya, penunjuk berdasarkan sesi mungkin tidak menetapkan semula pengiraan mereka setiap hari walaupun hari kalendar bergerak.
Untuk niaga hadapan berdasarkan AS di bawah CME Group (bursa CBOT, CME, NYMEX dan COMEX), bursa mematuhi cuti persekutuan AS, memendekkan sesi dagangan pada hari-hari tersebut. CME Group menyenaraikan jam dagangan masa cuti tahunan mereka di sini, menyenaraikan perubahan sesi berbeza untuk setiap cuti dan komoditi. Bursa selalunya menggabungkan sesi-sesi dipendekkan kepada satu hari dagangan dilanjutkan, yang mengakibatkan dalam satu sesi "harian" tunggal yang boleh mengandungi dagangan intrahari dari sehingga tiga hari kalendar.
Sebagai contoh, kalendar cuti CME Group menunjukkan bahawa bursa mematuhi Hari Dr. Martin Luther King, Jr. dengan memendekkan jam dagangan pada Isnin, 30 Januari, 2025. Untuk niaga hadapan ekuiti, bursa mengumumkan bahawa dagangan intrahari dari Ahad, 19 Januari pada jam 17:00 CT, ke Selasa, 21 Januari pada jam 16:00 CT, semuanya akan berada pada sesi dagangan dilanjutkan untuk Selasa:

Kita boleh melihat sesi cuti diubahsuai apabila menambahkan penunjuk Session Volume Profile pada carta intrahari simbol "ES1!". Sesi dagangan Isnin (selalunya Ahad 17:00–Isnin 16:00 CT) sekarang dipendekkan untuk cuti, berakhir pada 11:00 CT, dan digabungkan dengan sesi dagangan Selasa (Isnin 17:00–Selasa 16:00 CT) sebagai satu sesi "harian" panjang. Walaupun penunjuk nampak seperti ia terlepas satu tetapan semula sesi di sini, ia sebenarnya mewakili dengan betul tarikh sesi dagangan yang ditetapkan oleh bursa.

Kita juga boleh mengesahkan bahawa sesi yang dijelaskan oleh penunjuk menepati data harian yang datang dari bursa dengan melihat pada carta harian simbol. Bar harian untuk Jumaat, 17 Januari (sesi sebelum Ahad) adalah diikuti terus oleh bar harian untuk Selasa, 21 Januari, yang merangkumi semua aktiviti harga intrahari dari Ahad ke Selasa (lihat label intrahari kami semuanya terpapar pada lilin ini):

Sentiasa ingat bahawa perbezaan antara hari dagangan dan hari kalendar, adalah mudah untuk melihat bahawa penunjuk berdasarkan sesi menggabungkan beberapa hari kalendar kepada satu sesi harian tunggal, sebagai contoh pada hari cuti AS, ia bukanlah satu ralat pada penunjuk. Akan tetapi, ia adalah pelarasan yang disengajakan dari bursa untuk menetapkan hari dagangan untuk data "harian" nya. Penunjuk berdasarkan sesi kami hanya memberikan data sesi harian seperti yang dibekalkan oleh bursa.
Pertimbangan tambahan adalah sesi dagangan yang dipendekkan selalunya mempunyai volum dagangan yang kurang daripada sesi harian biasa, jadi menggunakan sesi tidak lengkap sebagai sesi "harian" berasingan akan secara tidak tepat memesongkan trend volum harian yang diterjemahkan. Sebaliknya, mempunyai sesi dilanjutkan mengekalkan volum sesi secara munasabah dalam julat harian biasa.
Jika pengguna mempunyai akses kepada kod sumber penunjuk berdasarkan sesi, mereka boleh menggunakan rangka masa "1440" dalam skrip untuk menunjukkan sesi 24 jam tetap (1440 minit) dan tidak menggunakan sesi "1H" biasa. Rangka masa "1440" membina sesinya dari data intrahari instrumen, dan tidak bergantung kepada sesi harian yang ditetapkan oleh bursa. Disebabkan itu, ia membahagikan data pada selang tetap, tidak bergantung kepada perubahan sesi bursa dan menetapkan semula pada setiap hari kalendar.