Penarafan penganalisa
Apakah Penarafan penganalisa?
Penarafan penganalisa mewakili konsensus cadangan broker untuk sesebuah sekuriti. Data dikumpul dan diagregasikan oleh penyedia kami (FactSet), yang mengambil sumber dari pelbagai firma brokeraj.
Penarafan boleh mengambil satu daripada lima nilai-nilai berikut:
- Jual Kuat – cadangan kuat untuk menjual
- Jual – cadangan untuk menjual
- Neutral – penarafan neutral (pegang)
- Beli – cadangan untuk membeli
- Beli Kuat – cadangan kuat untuk membeli
- Tiada penarafan - tiada cadangan tersedia
Penarafan penganalisa vs. Penarafan teknikal
Tidak seperti Penarafan teknikal yang berdasarkan kepada isyarat yang dikira dari pelbagai penunjuk teknikal (seperti moving average dan pengayun), Penarafan penganalisa mencerminkan pendapat kolektif penganalisa kewangan dan firma brokeraj. Walaupun Penarafan teknikal membantu pedagang menilai trend harga dan momentum, Penarafan penganalisa memberikan cerapan kepada bagaimana kumpulan profesional menilai potensi jangka panjang saham berdasarkan kepada analisis asas dan pasaran.
Mengapakah Penarafan penganalisa penting?
Metrik ini membantu pelabur mengukur sentimen pasaran dengan mencerminkan keseluruah pandangan penganalisa profesional. Ia boleh digunakan bersama-sama Penarafan teknikal untuk membentuk strategi pelaburan lebih komprehensif.