Bagaimana menguruskan aliran
Dalam Aliran Berita, anda boleh menyimpan tetapan kepada satu templat dan menguruskan templat.
Tetapan berikut boleh disimpan: satu senarai penapus aktif dan tidak aktif terletak pada panel atas dan nama templat.
Tindakan yang ada untuk templat Aliran Berita:
- Cipta templat baharu
Untuk mencipta satu templat baharu, pilih tindakan Cipta aliran berita.

Anda juga boleh mencipta templat dengan menekan kombinasi kekunci Shift + Option + N untuk peranti Apple atau Shift + Alt + N untuk peranti Windows.
- Menamakan semula templat
Tindakan ini membenarkan anda untuk mengubah dan menyimpan nama templat.
Ada 2 cara untuk menamakan semula templat: dengan tindakan Namakan semula dan dalam dialog Buka aliran.
Untuk kaedah pertama, hanya buka menu templat dan pilih tindakan Namakan semula:

Untuk menamakan semula mana-mana templat tersuai, pilih Buka aliran dalam menu templat dan klik pada butang Namakan semula di sebelah tempat dalam dialog yang telah dibuka.

- Simpan templat
Untuk menyimpan templat, anda boleh memilih tindakan Simpan aliran dalam menu templat

atau klik pada butang Simpan pada panel atas di sebelah nama templat:

Anda juga boleh menggunakan kombinasi kekunci Shift + Option + S untuk peranti Apple atau Shift + Alt + S untuk peranti Windows untuk menyimpan templat.
- Tukar aliran dipilih
Jika anda sudah menyimpan aliran, anda boleh menukar antara mereka. Lima aliran terakhir yang anda sudah gunakan akan dipaparkan dalam bahagian Digunakan baru-baru ini dalam menu templat.

Untuk menggunakan templat tersuai, pilih Buka aliran dalam menu templat dan klik pada nama templat dalam dialog yang terbuka.

- Padam templat
Untuk memadamkan templat, pilih Buka aliran dalam menu templat dan klik pada butang Padam di sebelah templat dipilih dalam dialog yang terbuka.
Anda juga boleh memilih Buka aliran dengan menekan kombinasi kekunci Shift + Dot untuk peranti Apple dan Windows.

Sila ambil maklum bahawa sebaik sahaja templat dipadamkan, ia tidak boleh dipulihkan.
- Cari templat
Jika anda ada lebih daripada lima aliran disimpan, anda boleh melihat mereka semua dalam dialog Buka aliran. Di sini, anda boleh mencari templat menggunakan nama.
