Bagaimanakah Tinggi/Rendah dan Tinggi Baharu/Rendah Baharu dikira?

Tinggi/Rendah

Ini adalah nilai tertinggi/terendah harga simbol untuk tempoh masa tertentu. 

Metrik-metrik ini mempunyai 2 jenis tetapan dalam penyaring:

Selang Masa Tinggi/Rendah

Selang masa - Tinggi/Rendah adalah nilai tertinggi/terendah harga simbol dalam rangka masa dipilih. Anda boleh memeriksa data ini dengan membuka Carta Super dan melihat pada nilai-nilai bar:

Mari kita lihat bagaimana ia berfungsi pada contoh Tinggi 1 bulan. Yang pertama, kita bayangkan bar-bar pada carta dengan selang masa 1 bulan yang dipilih. Setiap lilin (bar) mewakili data diagregatkan untuk sebulan sejarah perubahan harga, dijelaskan dalam 5 angka: harga buka selang masa, harga tutup, harga rendah untuk tempoh masa, harga tinggi untuk tempoh masa dan jumlah volum dagangan. Bar dalam selang masa dipilih merangkumi satu bulan kalendar, cth., dari 01.01 ke 31.01, dari 01.02 ke 28.02, dari 01.03 ke 31.03 dll. Dalam penyaring, data siri adalah sama seperti pada carta (dengan selang dipilih yang sama). Disebabkan itu, apabila memilih Tinggi 1 bulan dalam penyaring, nilai adalah sama dengan harga tinggi untuk bar bulanan dari carta. Jika hari ini adalah 4 Mac, julat bar bulanan adalah dari 1 Mac ke 4 Mac, jadi Tinggi 1 bulan adalah harga tinggi dari 1 Mac ke 4 Mac.

Julat Tarikh Tinggi/Rendah

Julat tarikh - nilai Tinggi/Rendah untuk simbol untuk tempoh yang dipilih sebelum ini. Sebagai contoh, Tinggi 1B adalah nilai tertinggi untuk bar harga harian untuk 30 hari terakhir. Mari kita andaikan hari ini adalah 4 Mac, kemudian penyaring mencari harga-harga tinggi pada semua bar harian sepanjang 30 hari lepas, cth, dari 2 Februari ke 4 Mac, dan mencari nilai tertinggi antara mereka.

Tinggi Baharu/Rendah Baharu

Ia membenarkan anda mencari simbol-simbol yang mempunyai harga tinggi/rendah untuk tempoh masa tertentu dalam sesi dagangan terakhir.

Sebagai conthoh, penapis Tinggi Baharu 1B akan membantu anda mencari simbol-simbol yang telah dikemas kini pada tinggi-tinggi bulanannya dalam sesi semasa (di mana harga simbol hari ini adalah sekurang-kurangnya sekali lebih tinggi daripada semua harga aset sepanjang bulan lepas).  

Bagaimana ia berfungsi: Penyaring membandingkan tinggi bar harian akhir dengan tinggi tertinggi pada bulan tersebut. Jika Tinggi pada bar harian semasa adalah lebih atau bersamaan dengan nilai tinggi untuk 30 hari, simbol diletakkan sebagai menepati keadaan penapis dan dimasukkan ke dalam keputusan.

Semua penapis yang sama dalam set berfungsi dalam cara yang sama:

Tinggi Baharu


Tinggi Baharu 1 Bulan - mencari simbol di mana harga tinggi untuk bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Tinggi Baharu 3 Bulan -  mencari simbol di mana harga tinggi untuk 3 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Tinggi Baharu 6 Bulan -  mencari simbol di mana harga tinggi untuk 6 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Tinggi Baharu 52 Bulan -  mencari simbol di mana harga tinggi untuk 52 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Tinggi Baharu Sepanjang Masa - mencari simbol di mana harga tidak pernah setinggi seperti dalam sesi dagangan akhir.

Rendah Baharu


Rendah Baharu 1 Bulan -  mencari simbol di mana harga rendah untuk bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Rendah Baharu 3 Bulan - mencari simbol di mana harga rendah untuk 3 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Rendah Baharu 6 Bulan - mencari simbol di mana harga rendah untuk 6 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Rendah Baharu 52 Bulan - mencari simbol di mana harga rendah untuk 52 bulan lepas terjadi dalam sesi dagangan akhir;

Rendah Baharu Sepanjang Masa - mencari simbol di mana harga tidak pernah serendah seperti dalam sesi dagangan akhir.