Indeks pasaran saham

Indeks pasaran saham adalah ukuran statistik yang mencerminkan prestasi kumpulan saham tertentu. Setiap indeks selalunya direka untuk mewakili satu segmen pasaran khusus — sebagai contoh, syarikat-syarikat terbesar, industri tertentu atau wilayah geografi.

Pelabur menggunakan indeks untuk:

  • Menjejak trend pasaran keseluruhan (cth., "Adakah pasaran menaik atau menurun?");
  • Prestasi penanda aras untuk portfolio atau saham individu;
  • Mendapatkan pendedahan yang pelbagai kepada sekumpulan saham menerusi dana indeks atau ETF.

Untuk mengimbas saham mengikut indeks pasaran saham, tambahkan penapis “Indeks”. Penyaring akan hanya memaparkan saham semasa yang sudah dimasukkan di dalam indeks yang dipilih:

Penapis adalah bergantung kepada pasaran yang dipilih. Jika anda menukar pasaran, pilihan dalam penapis Indeks akan dilaraskan mengikut kriteria pasaran. Jika tiada pilihan penapis tersedia, ia bermakna pasaraan ini tidak mempunyai indeks yang sepadan.

Untuk menyahaktifkan penapis ini, klik butang Tetapkan Semula: