Keluk hasil TradingView: menavigasi kadar bon dan carta
Untuk membantu anda terjun lebih dalam kepada analisis pasaran bon dan mencipta strategi yang kuat, kami telah mereka keluk Hasil TradingView. Alat ini membenarkan anda menilai pulangan bon dengan kematangan berbeza dan mencari kadar bon terbaik seluruh dunia.
KANDUNGAN:
- Bagaimana bon berfungsi
- Apakah keluk Hasil TradingView
- Keluk Hasil vs Carta Super
- Alatan bon TradingView lain
Bagaimana bon berfungsi
Bon kerajaan adalah sekuriti yang dikeluarkan oleh negeri untuk membiayai perbelanjaan semasa dan memenuhi kewajipannya. Pembeli bon bertindak seperti pemiutang, manakala negeri bertindak seperti penghutang. Bergantung kepada polisi kerajaan, bon ada terma berbeza, bermula dari satu bulan sehingga 95 tahun.
Bon kerajaan adalah dikira pelaburan berisiko rendah kerana pengeluarnya adalah kerajaan yang mempunyai kurang risiko untuk bangkrap atau mengalami masalah serius tidak seperti entiti swasta. Beberapa bon boleh dibeli hanya pada masa pengeluaran mereka manakala yang lain boleh didapat pada pasaran sekunder.
Kebanyakan pemegang bon mendapat manfaat daripada pembayaran biasa, selalunya adalah separuh tahunan, pembayaran atau kupon. Semasa kematangan bon, pelabur dibayar semula dengan nilai par bon.
Sebagai contoh, pelabur membeli satu bon pada harga par €1,000 dengan kadar kupon 2.2% dan tempoh kematangan 10 tahun. Ini akan memberikan mereka €220 setahun dalam dua pembayaran separuh tahunan sebanyak €110 untuk 10 tahun, iaitu berjumlah €2,200. Juga, kerajaan membayar pelabur kembali €1,000 selepas bon matang. Pembayaran akhir untuk pemegang bon yang akan diterima ialah €1,220.
Tidak semua bon mempunyai kadar kupon. Mereka dikenali sebagai bon kupon sifat (zero-coupon bond). Bon jangka pendek — dengan kematangan kurang daripada setahun — selalunya dijual pada harga diskaun kepada nilai par mereka dan tidak menjana aliran tunai stabil disebabkan jangka hayat mereka yang singkat.
Sebagai contoh, bon setahun £100 boleh ditawarkan pada diskaun 2.52% kepada nilai par nya. Seorang pelabur membelinya pada harga £97.48. Selepas bon ini matang, pelabur akan menerima £100.
Adalah perlu diketahui bahawa bon adalah berkadar songsang dengan saham. Apabila harga saham naik, harga bon akan jatuh.
Selain daripada itu, harga bon yang baru dipunyai berubah semasa bon baharu dikeluarkan. Semakin tinggi kadar kupon untuk bon baharu, semakin rendah harga bon yang dikeluarkan sebelumnya.
Satu perkara menarik, bulan April 2025 adalah bulan di mana bon jangka pendek Swiss — buat pertama kalinya semenjak tahun 2022 — mula menawarkan hasil negatif (negative yield), bermaksud pemegang bon akan menerima kurang wang daripada apa yang mereka bayar semasa membeli bon-bon ini. Ini disebabkan turun naik pasaran, ketidakpastian ekonomi sejagat dan kenaikan permintaan untuk sekuriti yang sangat stabil dengan pulangan dijamin, walaupun mereka adalah negatif.

Apakah keluk Hasil TradingView
Bon adalah selalu dikeluarkan, ada dikeluarkan mingguan. Kebanyakan bon adalah cair, bermaksud mereka boleh didagangkan pada pasaran sekunder. Untuk memahami hubungkait antara bon yang dikeluarkan sebelumnya dan bon baharu, pelabur menggunakan keluk Hasil — satu alat visual yang memaparkan perubahan dalam hasil bon pada satu carta tunggal.
Keluk hasil mengumpul data bon dan memaparkannya pada dua jenis skala berbeza:
- Skala tempoh (tenor scale): Digunakan untuk mewakili bon mengikut kematangannya dan menilai pendedahan risiko mereka. Setiap titik pada skala ini mewakili masa bon dan hasilnya. Jarak antara titik kematangan mencerminkan tingkatan ketidakpastian — semakin besar jarak, semakin besar risiko
- Skala linear: Mewakili data di mana unit berubah, seperti hasil dan masa ke kematangan bon, adalah dipaparkan dengan jarak yang seragam. Walaupun hubungan bon selalunya tidak linear, skala linear membantu memvisualkan anggaran perubahan, membandingkan nilai merentasi bon-bon berbeza dan menentukan keseluruhan trend

Di sebelah butang ini, anda akan menjumpai "Tempoh utama" — aktifkan mereka untuk melihat bon yang paling biasa didagangkan dengan kematangan utama, yang juga digunakan sebagai penanda aras.

Diterima meluas adalah tempoh utama:
- Bulan: 1, 3, 6
- Tahun: 1, 2, 3, 5, 7, 10, 20, 30
Bertukar dengan mudah antara mereka untuk mencari bon paling cair. Ini akan membantu anda mengenal pasti titik masa penting yang dipantau rapat oleh banyak dana pelaburan, bank, syarikat insurans dan pemain utama lain.
Apabila anda berada pada halaman keluk Hasil, anda akan dapat melihat pertamanya data untuk bon AS. Secara lalai, tiga keluk ini mewakili hasil Perbendaharaan berbeza yang ditawarkan pada tiga tarikh berbeza: hari ini, sebulan lepas dan setahun lepas.
Data ditunjukkan pada keluk juga diwakili dalam lajur dan baris di bawah carta, dengan kematangan berbeza untuk bon-bon dipilih. Untuk menyembunyikan keluk, hanya buang pilihannya dari senarai.
Untuk membandingkan bon negara-negara berbeza, tekan butang "Tambah +" dan pilih yang anda mahu lihat dan bandingkan.

Pada bahagian kanan data distrukturkan, cari butang "Klon" dan tekan untuk mencipta keluk baharu untuk bon kerajaan yang sama.
Tukar tarikh bon jika anda mahu membandingkannya dengan nilai sebelumnya.

Apabila anda memperhalusi keluk Hasil anda, anda boleh berkongsi hasil kerja anda dengan kawan, rakan dagangan atau pengikut. Cari butang "Ambil syot kilat" di sebelah menu skala.
Dan sekarang, mari lihat bagaimana keluk Hasil disambungkan kepada alatan TradingView lain dan bagaimana anda boleh menambah baik analisis anda dengan menggunakan kesemuanya semasa menerokai alam bon.
Keluk Hasil vs Carta Super
Kedua-dua keluk Hasil dan Carta Super adalah alatan visual tetapi apakah perbezaan mereka?
Lihat pada dua carta ini.

Pada Carta Super, anda boleh memilih satu bon tertentu (cth., Perbendaharaan 10 tahun AS) dan melihat secara linear perubahannya dari masa ke semasa. Selain daripada itu, anda juga boleh menambahkan simbol dengan menekan butang "Banding atau Tambah simbol" tetapi data yang anda lihat di sini adalah lebih kepada penyiasatan mendalam untuk satu prestasi bon tunggal.
Pada keluk Hasil — walaupun pada skala linear — anda melihat semua bon negara merentasi tempoh masa berbeza. Di sini, perbendaharaan 10 tahun AS adalah terletak di satu tempat untuk satu tempoh masa dipilih (cth., hari ini).
Perbezaan penting lain adalah Carta Super membenarkan anda untuk mengkaji yang lepas, manakala keluk Hasil menunjukkan kadar bon di masa hadapan.
Untuk mengakses keluk Hasil dari Carta Super, cari butang "Keluk Hasil" pada bar alat kanan.
Paparan dipisahkan (split view) juga tersedia pada penyaring, kalendar dan produk TradingView kami yang lain. Untuk meningkatkan analisis anda, pelajari langkah mudah untuk mod Pisahkan paparan.
Dengan ini, Carta Super memberikan anda kuasa untuk mengkaji bon dengan lebih tepat dan memeriksa semua perubahannya dengan cara granular, manakala keluk Hasil adalah alat perbandingan bon keseluruhan.
Alatan bon TradingView lain
Alam bon tidak wujud dalam vakum. Pasaran bon adalah terkesan dengan ekonomi sejagat, prestasi aset lain dan polisi pelbagai pemain kewangan.
Untuk kekal di hadapan, anda boleh mengikuti berita bon dan menerokai Kalendar Ekonomi — apakah kadar faedah akan menjadi atau ke mana modal sejagat akan bergerak selepas ini?
Selain daripada Carta Super, anda juga boleh menerokai alatan Peta Suhu Bon dan Penyaring Bon — kajian menyeluruh asas bon adalah apa yang mendefinasikan analisis mantap daripada yang goyah.
Akhir sekali — periksa idea komuniti mengenai bon. Lihat ke dalam Minda pedagang lain dan temui apa yang mereka sedang bincangkan. Anda mungkin dapat belajar sesuatu daripadanya.
Kesimpulan
Bon kerajaan adalah pelaburan risiko rendah yang juga didagangkan pada pasaran kedua sama seperti saham. Nilai par nya adalah ditentukan pada masa penerbitan dan berubah semasa bon baharu ditawarkan.
Lelongan dan pengedaran bon mempengaruhi harga bon semasa, kerana kadar kupon baharu boleh jadi lebih tinggi atau lebih rendah daripada yang sedia ada. Ini mungkin memaksa beberapa pemegang bon untuk menjual bon semasa mereka dan membeli sekuriti disokong kerajaan.
Kedua-dua pedagang dan pelabur menggunakan keluk Hasil TradingView untuk mengenal pasti peluang keuntungan berpotensi dan berdagangn pada Carta Super menerusi broker dipercayai.
Penganalisa kewangan mengkaji ekonomi sejagat, mengikuti berita dan menjejak idea komuniti untuk memahama apakah yang menggerakkan pasaran kewangan.
Memeriksa Keluk, menerokai produk-produk kami yang lain dan kekal termaklum mengenai bon dengan TradingView.
Juga baca: