Jenis carta intrahari termaju

Leverajkan analisis anda dengan keupayaan intrahari untuk carta Renko, Kagi, Garisan Putus dan Titik & Angka. 

Rangka masa intrahari adalah sesuai untuk pedagang jangka pendek dan yang mencari titik masukan dan keluaran tepat.

KANDUNGAN:

Apakah carta intrahari

Dalam dagangan, terma "intrahari" merujuk kepada pergerakan harga yang terjadi dalam satu hari dagangan tunggal. Carta Super TradingView menawarkan anda pelbagai selang masa intrahari lalai untuk diterokai:

  • Saat: 1, 5, 10, 15, 30, 45
  • Minit: 1, 3, 5, 15, 30, 45
  • Jam: 1, 2, 3, 4

Empat jenis carta ini adalah berdasarkan harga — apabila anda memilih satu daripada selang intrahari ini, nilai-nilai digunakan untuk mengira perubahan harga untuk jenis carta dan dilaraskan sewajarnya, tetapi mereka adalah bukan berdasarkan masa.

Carta Renko

Dalam bahasa Jepun, renga bermaksud batu bata.

Carta-carta ini memaparkan pergerakan harga dalam segi empat berturut-turut. Setiap segi empat dibangunkan berdasarkan kepada nilai yang ditentukan terlebih dahulu. Sebagai contoh, selepas harga bergerak dalam nilai tertentu, satu bata baharu akan muncul pada carta — ia adalah bertentangan sepenuhnya kepada carta lilin, di mana lilin baharu akan muncul selepas satu tempoh masa.

Carta Kagi

Ini juga adalah carta berdasarkan harga, yang mengambil kira hanya harga. Sedikit berbeza dari carta Renko, carta Kagi tidak melukis garisan baharu — mereke terus melukis yang sudah wujud sehingga arah pergerakan berubah.

Di sini, garisan menaik mewakili pergerakan harga dan garisan mendatar menunjukkan perubahan arah. Warna garisan adalah bergantung kepada hubungan antara harga tutup garis baharu dan harga tutup garis sebelumnya.

Carta Garisan Putus

Jenis carta ini melukis bentuk baharu apabila harga mencapai tinggi lebih tinggi (higher high) dalam pergerakan naik dan rendah terendah (lower low) dalam pergerakan menurun.

Balikan pada jenis carta ini hanya dipaparkan selepas satu pergerakan yang cukup kuat.

Carta Titik & Angka

Ini dahulunya popular di awal 1900an, carta Titik & Angka sekali lagi menjadi popular. Mereka mengandungi bentuk "X" dan "O", yang muncul apabila harga bergerak pada jumlah yang ditentukan.

Oh, dan satu lagi…

Walaupun jenis carta ini menggunakan input yang sama dan juga mengejar sasaran yang sama dalam mengurangkan masa sebagai sumber pengiraan.

Perlu diingatkan: empat jenis carta ini boleh digunakan pada mana-mana rangka masa — bukan hanya intrahari — jadi laraskan mereka untuk mencari yang mana sesuai untuk anda.

Selain daripada itu, untuk dagangan intrahari, anda boleh mencipta selang masa tersuai untuk mencari yang sesuai dengan strategi anda.

Untuk mencapai sasaran anda dalam dagangan, pelajari jenis carta yang lain — semuanya direka untuk memenuhi strategi unik anda.

Juga baca: