Pengenalan kepada analisis asas di TradingView 

Analisis asas (fundamental analysis) adalah satu kaedah mengenalpasti nilai intrinsik atau nilai sebenar aset. Mereka yang menggunakannya percaya bahawa aset boleh menjadi terlebih nilai atau terkurang nilai.

Untuk melakukan penyelidikan mereka, penganalisa asas memeriksa laporan korporat dengan Penyaring Saham, dan mengikuti Kalendar Ekonomi. Mereka juga memantau regulasi dengan rapat, dengan menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Analisis asas mensasarkan pada menganggar nilai bukan hanya aset tetapi juga syarikat — prospek kewangan dan daya maju jangka panjang mereka.

KANDUNGAN:

Apakah analisis asas

Analisis asas adalah satu pendekatan dalam analisis pelaburan yang digunakan untuk menilai sama ada sebuah syarikat atau satu aset itu terlebih nilai atau terkurang nilai.

Jika satu saham adalah terkurang nilai, penganalisa asas akan mengandaikan bahawa ia akan memberikan kelebihan kepada pelabur, jika mereka membelinya pada harga tersebut.

Sebaliknya, jika satu saham adalah terlebih nilai, ia dikira satu pelaburan berisiko dan tidak wajar dan berkemungkinan mengakibatkan kerugian.

Untuk dijelaskan sebegitu, perniagaan hendaklah mempunyai asas yang kukuh dan membuktikan kebolehpercayaannya dan kestabilannya di bawah keadaan pasaran berbeza — keuntungan tinggi semasa pertumbuhan pasaran keseluruhan dan kerugian tidak ketara daripada pesaingnya semasa kegawatan.

Untuk mengenal pasti nilai wajar untuk satu aset, penganalisa asas akan melihat pada data mikro dan makroekonomi. Ini termasuk trend pasaran sejagat, potensi pertumbuhan industri syarikat dan aliran modal, dan bagaimana produk syarikat adalah relevan kepada ekonomi semasa.

Data korporat yang mereka gunakan selalunya dijana dari laporan syarikat.

Analisis penyata kewangan digunakan untuk memahami daya tahan syarikat dengan menganalisa metrik kewangan utama yang diperolehi dari penyata Pendapatan, Kunci Kira-kira dan penyata Aliran Tunai.

Mereka adalah tiga laporan kewangan utama, yang memberikan pelabur dan pengurusan tahap C dengan cerapan mengenai syarikat berkaitan pendapatan, perbelanjaan, liabiliti, pembiayaan operasi yang sedang berjalan dan banyak lagi.

Secara mudahnya, mereka digunakan untuk analisis mendalam atau syot pantas mengenai kesihatan kewangan syarikat.

Analisis asas vs analisis teknikal

Analisis asas adalah berdasarkan kepada data dibekalkan oleh syarikat itu sendiri, manakala analisis teknikal menggunakan data dari bursa yang dipaparkan pada carta. Disebabkan itu, analisis asas boleh digunakan untuk syarikat swasta dan awam, manakala analisis teknikal digunakan kepada instrumen kewangan dengan sejarah dagangan, seperti saham syarikat awam.

Disebabkan ini, memilih satu daripada analisis ini sebagai sistem utama untuk menjadikan keputusan dagangan dan pelaburan anda adalah memilih sumber maklumat mana untuk dipercayai — laporan syarikat atau tindakan peserta pasaran.

Penganalisa asas boleh menjadi lebih cenderung mempercayai syarikat dan prestasinya, manakala penganalisa teknikal mungkin meletakkan lebih kepercayaan dalam bagaimana peserta pasaran menilai saham syarikat.

Sebelum ini, ada debat yang lebih sengit antara penyokong kaedah-kaedah ini, tetapi ia mula berkurangan kerana Efficient Market Hypothesis (EMH) mendapat semua perhatian. Ia menjelaskan bahawa semua maklumat yang tersedia sudah dicerminkan di dalam harga aset, mencadangkan bahawa analisis asas atau analisis teknikal kedua-duanya tidak dapat menandingi pasaran dengan konsisten.

Disebabkan itu, penganut EMH mempromosikan objektif yang sama sekali berbeza — jangan cuba melawan pasaran, seperti yang dilakukan oleh penganalisa asas dan teknikal, tetapi memfokuskan kepada penyertaan menyeluruh dan menerima pulangan pasaran purata.

Pada hari ini, ramai pedagang dan pelabur menggunakan kedua-dua pendekatan, kerana mereka saling melengkapi — analisis asas membantu dalam memilih aset yang tepat, kemungkinan arah harga dan julat harga wajar, manakala analisis teknikal boleh membantu menunjukkan titik masuk dan keluar.

Pendekatan yang biasa dilakukan adalah: Asas dahulu / Kemudian teknikal.

Untuk mempelajari lebih mendalam, terokai apakah analisis teknikal dan bagaimana ia berfungsi dalam Pusat Pengetahuan kami.

Analisis atas ke bawah dan bawah ke atas

Kedua-duanya mewakili sudut berbeza untuk mengenal pasti nilai aset.

Dengan pendekatan atas ke bawah, penyelidikan bermula dari tahap mikro ekonomi. Pelabur melihat pada trend dan metrik sejagat, termasuk KDNK, kadar inflasi dan kadar faedah. Kemudian mereka mengecilkan fokus kepada satu negara dan industri, dan akhirnya mengenal pasti syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan berpotensi mengatasi industri dan pasarannya.

Sebaliknya, dalam pendekatan bawah ke atas, penyelidikan bermula dari satu syarikat tunggal dengan menilai penyata kewangannya dan meneliti pelbagai aspek perniagaan — sebagai contoh, pasukan pengurusan dan rekod persekitaran.

Pendekatan bawah ke atas adalah lebih biasa digunakan dalam analisis asas. Akan tetapi, kedua-dua pendekatan sangat bergantung kepada laporan korporat.

Sebagai contoh, menyelidik sebuah syarikat tunggal dengan memeriksa EBITDA, Untung Kasar dan metrik kewangan lain boleh memberikan pelabur cerapan berguna mengenai syarikat. Mereka boleh mengetahui prestasinya dari masa ke semasa di bawah keadaan berbeza dan peluangnya untuk bertahan dalam jangka panjang.

Seperti semua perkara dalam dagangan dan pelaburan, kedua-dua kaedah ini saling melengkapi antara satu sama lain. Dengan pendekatan atas ke bawah, anda mungkin menjumpai syarikat yang anda tidak pernah tahu mengenainya jika anda tidak mengecilkan carian anda kepada industri dan wilayah tersebut, manakala analisis bawah ke atas boleh membantu anda memahami sesebuah syarikat dan menentukan sama ada ia berbaloi untuk melaburkan modal anda.

Analisis ekonomi sejagat, industri dan syarikat

Ada tiga tingkatan untuk analisis atas ke bawah. Mereka mewakili langkah-langkah untuk diikuti apabila mencari syarikat yang menarik.

Apabila pergi dari atas ke bawah, pelabur bermula dengan ekonomi Sejagat, cuba mencari trend sejagat. Mereka mungkin bermula dengan inflasi sejagat, pengangguran, dan nisbah hutang kerajaan kepada KDNK, kemudian meneruskan penyelidikan mereka dengan memeriksa data lain atau mengecilkannya kepada tingkatan industri.

Apabila menerokai sebuah industri, pelabur melihat kepada kitar hidupnya, saiz pasaran dan potensi pertumbuhan, dan banyak lagi faktor-faktor lain. Mereka boleh membandingkan industri dengan bagaimana mereka bersaing antara satu sama lain untuk pelanggan dan wilayah geografi.

Pada tingkatan ini, pelabur mengumpulkan maklumat meluas mengenai regulasi yang mencipta kekangan untuk syarikat baharu untuk muncul dan untuk syarikat yang sedia ada untuk berkembang.

Pada tingkatan analisis syarikat, pelabur menyelidiki penyata kewangan syarikat untuk membuat keputusan termaklum mengenai peruntukan modal masa hadapan.

Analisis kualitatif dan kuantitatif

Penganalisa kuantitatif membangunkan strategi pelaburan mereka berdasarkan nombor yang diambil dari penyata korporat. Mereka selalunya kurang berminat dengan syarikat itu sendiri, barisan produknya atau barisan pengurusan, dan lebih mementingkan nisbah kewangan.

Analisa kualitatif adalah sebaliknya. Adalah mustahil (buat masa sekarang) untuk mengira perkara-perkara seperti sasaran jangka panjang perniagaan, impak dari gaya pengurusan, standard etika yang dipatuhi syarikat, dan maklumat subjektif lain yang memberikan kesan besar kepada kehidupan di dalam syarikat dan posisinya di antara pesaing-pesaing.

Analisis penyata kewangan

Analisis penyata kewangan adalah pendekatan kuantitatif dari bawah ke atas. Ia dilaksanakan oleh pelabur dan pengurusan syarikat untuk menilai prestasi syarikat, menentukan sama ada ia sejajar dengan model perniagaan dan menilai kemungkinan keupayaan syarikat untuk membesar dengan membiayai pengoperasiannya di masa hadapan.

International Financial Reporting Standards (IFRS) dan Generally Accepted Accounting Principles (GAAP) menjelaskan peraturan utama untuk cara syarikat melaporkan pendapatan dan perbelanjaannya.

Dua standard ini menjelaskan struktukr penyata kewangan untuk memastikan ketelusan dan ketekalan dalam operasi perniagaan. Ia juga menetapkan komponen jelas untuk penyata pendapatan, kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

Syarikat awam menghadapai keperluan pelaporan lebih ketat dan diwajibkan mengikuti perakaunan akruan, manakala syarikat swasta adalah lebih fleksibel dan boleh menggunakan sama ada kaedah perakaunan akruan atau tunai.

Dua komponen utama analisis kualitatif

Kedudukan berdaya saing

Sasaran akhir untuk analisis posisi kompetitif adalah untuk menentukan kemampanan sesebuah syarikat relatif kepada pesaingnya.

Analisis posisi kompetitif menggunakan pelbagai pendekatan untuk menilai tahap sesebuah syarikat diposisikan dalam industrinya, termasuk sejauh mana pasarannya boleh bertahan dengan pemain baharu dan tahap kecekapan ia beroperasi dalam pasaran.

Ia juga boleh memberikan cerapan ke dalam potensi syarikat untuk kestabilan jangka panjang dan kesediaannya untuk perubahan.

Secara ringkas, analisis posisi kompetitif:

  • Mengikuti pendekatan bawah ke atas
  • Boleh diterokai dari sudut kualitatif dan kuantitatif
  • Adalah sebahagian daripada analisis tahap syarikat dan tahap industri

"Jika anda fikir anda tiada pesaing, anda sama ada tidak melihat dengan betul atau anda tidak memahami pasaran anda," kata Reid Hoffman, pengasas bersama LinkedIn dan pemodal teroka.

Dua daripada teori terkenal yang boleh membantu anda dengan bagus dalam memahami komponen penting analisis asas adalah Porter's Five Forces dan Economic Moats.

Yang pertama membantu pelabur mengesahkan daya tarikan dan keuntungan sesebuah industri. Yang kedua, dipromosikan oleh Warren Buffett, membantu menentukan ketahanan syarikat dan kelebihan yang melindungi perniagaan dari pesaingnya dalam persekitaran yang sangat kompetitif.

Model perniagaan

Model perniagaan memberitahu pelabur mengenai strategi penjanaan pendapatan syarikat, pasaran sasaran dan perbelanjaan masa hadapan dijangkakan untuk mengekalkan pertumbuhan.

Tiada senarai lengkap model perniagaan untuk dipilih — bilangannya adalah infiniti, kerana teknologi dan pasaran baharu akan terus muncul.

Ada sembilan komponen atau blok, yang dimasukkan dalam setiap model perniagaan:

  • Segmen Pengguna
  • Cadangan Nilai (Value Proposition)
  • Saluran
  • Hubungan Pelanggan
  • Aliran Hasil (Revenue Streams)
  • Sumber Utama
  • Aktiviti Utama
  • Rakan Kongsi Utama
  • Struktur Kos

Setiap satu daripada komponen-komponen ini boleh diubah, jadi ia akan mengubal model.

Setiap perniagaan mempunyai modelnya tersendiri, yang menjelaskan pelanggan utama dan hubungan dengan mereka, saluran pengagihan dan elemen utama lain. Pelarasan tepat kepada mana-mana dari blok ini selalunya terjadi apabila perniagaan menukar dari fokusnya dari satu kawasan ke kawasan lain.

Sebagai contoh, Netflix bermula dari perniagaan sewaan video tetapi kemudiannya mula menawarkan perkhidmatan penstriman.

Dua teori yang disebutkan sebelum ini — Porter's Five Forces dan Economic Moats — adalah rangka kerja strategik berpengaruh yang digunakan dalam analisis asas moden untuk menilai struktur industri dan daya saing syarikat.

Dengan mengkaji syarikat menggunakan kedua-dua rangka kerja, seorang pelabur boleh memeta titik kekuatan dan kelemahan model perniagaan sesebuah organisasi dan menilai sama ada operasinya berkait dengannya, membandingkan prospek syarikat dengan pesaingnya dan menilai potensi keuntungan perniagaannya.

Analisis asas mata wang kripto

Ada dua jenis analisis asas mata wang kripto berbeza — tokenomics dan rangka kerja penilaian. Seperti pasaran meluas, kripto juga dipengaruhi oleh regulasi dan berita. Akan tetapi, disebabkan mata wang kripto diagihkan merentasi blok rantai yang merupakan lejer terbuka dan diedarkan di laman web, syiling dan token adalah diperhatikan secara berbeza dari syarikat tradisional dan saham mereka.

Untuk melakukan analisis tokenomics, pelabur menggunakan alatan seperti Penyaring Syiling Kripto untuk menyusun syiling mengikut metrik unik seperti alamat aktif hariantotal value locked (TVL)bekalan beredar.

Kelebihan dan batasan analisis asas

Semuanya mungkin nampak masuk akal — syarikat terkurang nilai dan terlebih nilai, model perniagaan yang pelbagai, prinsip perakaunan dan pelbagai metrik kewangan. Tetapi kerana "tiada yang besar memasuki hidup manusia tanpa sumpahan," analisis asas mungkin kelihatan terlebih kompleks dan mungkin tidak boleh bergantung sepenuhnya dan berikut adalah sebabnya.

Pertama, analisis asas bergantung pada data yang lepas, yang perlu diekstrapolasikan ke masa hadapan. Ini boleh menyebabkan penggunaan data yang lapuk dan tidak boleh dipercayai untuk situasi smeasa dalam dunia yang pantas berubah ini.

Kedua, pelabur hendaklah mengakui bahawa sesebuah syarikat mungkin tidak telus sepenuhnya dalam pemfailannya.

Ketiga, ada terlalu banyak metrik. Pelabur tidak dapat memeriksa semuanya sepenuhnya untuk yakin dengan sebenar-benarnya dalam keputusan mereka.

Keempat, ia menggunakan banyak tenaga.

Kelima, tidak seperti analisis teknikal, analisis asas tidak mengambil kira sentimen pasaran, yang memainkan peranan penting dalam keputusan pelaburan.

Tiada daripada ini memberitahu bahawa analisis asas tidak berfungsi. Akan tetapi, dengan memilih satu set peraturan untuk penilaian saham dan perniagaan. penganalisa boleh mengabaikan yang lain yang boleh jadi lebih sesuai untuk sesebuah syarikat di bawah keadaan tertentu.

Juga, semasa perubahan besar seperti Perang Tarif, mengesahkan strategi tanpa menyesuaikannya boleh menyebabkan kesimpulan yang mengelirukan dan akhirnya membuang masa — terutamanya jika perubahan dijangkakan gagal untuk dilaksanakan.

Alatan analisis asas TradingView

Seperti yang kami telah sebutkan, analisis asas dan teknikal selalunya digunakan bersama-sama oleh pedagang dan pelabur.

Penunjuk TradingView boleh memaparkan kedua-dua pengiraan teknikal dan data kewangan terus pada Carta Super. Anda boleh memilih untuk memaparkan mereka di sebelah harga saham dan mengintegrasikan kedua-dua pendekatan kepada analisis anda.

Juga, Carta Super boleh memaparkan peristiwa korporat seperti laporan perolehanpemisahan saham dan laporan dividen

Selain daripada itu, anda boleh mengakses dengan mudah berita terkini pada simbol dipilih tanpa perlu menukar tab.

Selepas anda mempelajari bagaimana untuk mengkonfigurasikan Carta Super anda, anda akan mampu menukar mereka mengikur gaya dagangan anda.

Dengan Kalendar Ekonomi, anda boleh menjejak peristiwa semasa dan akan datang yang akan memberikan impak kepada ekonomi sejagat atau mengecilkan carian anda kepada wilayah tertentu.

Aliran Berita TradingView boleh membantu anda kekal termaklum dengan perubahan pantas dan aktiviti korporat.

Kesimpulan

Analisis asas adalah kaedah utama digunakan untuk menilai prestasi lepas syarikat dan menilai daya tahannya semasa ribut pasaran. Ia boleh digunakan untuk kedua-dua syarikat swasta dan awam, dan juga kepada instrumen kewangan lain seperti mata wang kripto, dana didagangkan bursa dan lain-lain.

Penyata kewangan dalam analisis asas bertindak sebagai sumber maklumat utama. Ia mencerminkan prestasi syarikat dalam industrinya dan bagaimana model perniagaannya sejajar dengan sasaran perniagaannya.

Gaya pengurusan dan budaya korporat membantu pelabur menilai sama ada perniagaan boleh bertahan dan mencapai sasarannya dalam persaingan yang sengit.

Kedua-dua data kuantitatif dan kualitatif digunakan untuk menganggar prestasi syarikat dan mengunjur keupayaan masa depannya untuk berkembang.

Regulasi dan tindakan pesaing, dipacu oleh kemunculan teknologi baharu dalam persekitaran yang pantas, adalah faktor yang mempengaruhi pengoperasian syarikat. Ini disebabkan potensi untuk mengoptimumkan pembuatan dan penghantaran produk.

Perniagaan dengan economic moat telah terbukti lebih stabil dan menarik kepada pelabur yang mencari pulangan boleh dipercayai.

Juga baca: