Bagaimana membaca penyata kewangan
Penyata kewangan membantu menganalisa prestasi dan kesihatan kewangan syarikat. Di TradingView, anda boleh mengakses tiga penyata kewangan utama — penyata pendapatan, kunci kira-kira dan aliran tunai — terus dari halaman pasaran syarikat atau dengan membandingkannya dengan beberapa syarikat menggunakan Penyaring Saham.
KANDUNGAN:
- Bagaimana mengakses penyata kewangan
- Apakah penyata kewangan
- Apakah GAAP dan IFRS
- Prinsip perakaunan utama
- Pendekatan kepada analisis penyata kewangan
Bagaimana mengakses penyata kewangan
Anda boleh mencari penyata kewangan melalui dua cara berbeza, bergantung kepada apa yang anda perlukan untuk analisis anda.
Pertama, pergi terus ke Penyaring Saham, Sebaik berada di sana, cari tab bersesuaian dan pilih yang anda kehendaki.

Pendekatan kedua adalah pergi ke halamana pasaran syarikat yang anda mahu analisa.

Apakah penyata kewangan
Setiap syarikat didagangkan umum wajib melaporkan prestasi kewangannya dalam tiga penyata berbeza.
Penyata pendapatan
Mengandungi maklumat keuntungan dan kerugian syarikat, hasil dan perbelanjaan sepanjang satu tempoh masa perakaunan khusus, selalunya suku tahunan atau setahun — fikirkan Q1, Q2, Q3 dan Q4.
Penyata pendapatan memberitahu pelabur bagaimana hasil bersih direalisasikan syarikat ditukarkan kepada perolehan bersih dan memberikan gambaran lebih jelas sama ada perniagaan itu menguntungkan dan boleh terus membiayai pengoperasian seterusnya.
Bergantung kepada keperluan regulasi, skop perniagaan dan aktiviti pengoperasian, format laporan ini boleh jadi berbeza.
Akan tetapi, setiap penyata pendapatan hendaklah mengandungi:
- Jumlah hasil: Mewakili nilai wang awal yang diterima syarikat dari operasi utamanya
- Kos barang yang dijual (COGS): Mewakili jumlah wang yang digunakan syarikat untuk mengeluarkan atau mengilangkan produk yang dijual
- Perbelanjaan pengoperasian: Termasuk perbelanjaan jualan, am & pentadbiran (SG&A), penyelidikan & pembangunan (R&D) dan susut nilai
- Pendapatan pengoperasian: Dikira dengan menolak COGS dan perbelanjaan pengoperasian dari jumlah hasil
- Pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT): Bersamaan dengan jumlah hasil tolak kos barang terjual, SG&A dan pendapatan pengoperasian lain
- Pendapatan bersih: Bersamaan dengan EBIT selepas menolak cukai
- Perolehan sesaham (EPS): EPS menunjukkan perolehan syarikat diperuntukkan kepada setiap saham yang ada
Kunci kira-kira
Menunjukkan pegangan dan hutang syarikat. Ia memberikan pelabur pandangan pantas mengenai jumlah aset syarikat, jumlah liabiliti dan ekuiti pemegang saham pada satu masa tertentu dan bukannya untuk mengenal pasti trend jangka panjang.
Penganalisa asas menggunakan kunci kira-kira untuk mengira nisbah kewangan seperti dividen berbayar, hutang bersih, dan pelaburan jangka panjang.
Formula kunci kira-kira ialah:
Aset = Jumlah Liabiliti + Ekuiti Pemegang Saham
Penyata aliran tunai
Menunjukkan kemasukan dan pengeluaran tunai syarikat. Ada dua kaedah untuk perakaunan untuk aliran tunai.
Perakaunan terakru (accrual accounting) mengandungi pendapatan dan perbelanjaan diambil kira pada tempoh masa apabila transaksi terjadi — bukan ketika pembayaran diterima.
Ia adalah kaedah standard di bawah IFRS.
Perakaunan terakru adalah wajib untuk syarikat besar dengan hasil melebihi $25 juta dalam tiga tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, pada 30 April anda membayar untuk komputer riba baharu dengan kad bank. Selalunya, pembayaran bank akan diproses 1-3 hari kemudian, dan penjual masih tidak menerima dana sehinggalah bank mengesahkan transaksi. Akan tetapi, walaupun wang diterima dalam bulan Mei, penjual akan mengakaunkan pembayaran ini dalam bulan April.
Sebaliknya, apabila menggunakan kaedah perakaunan tunai, penjual mengakaunkannya dalam bulan Mei — apabila aliran tunai sebenar masuk.
Kaedah ini memberikan gambaran lebih jelas mengenai tunai tersedia dan aset sebenar yang perlu dibiayai syarikat untuk operasi semasanya.
Ia selalunya digunakan oleh perniagaan kecil dan lebih mudah dilaksanakan.
Apakah GAAP dan IFRS
Setiap penyata disediakan mengikut sama ada Generally Accepted Accounting Principles (GAAP) atau International Financial Reporting Standards (IFRS).
GAAP adalah satu set peraturan dan amalan biasa yang perlu dilakukan oleh syarikat untuk memastikan ketekalan dan kejelasan dalam pelaporan kewangan. Ia adalah wajib di Amerika Syarikat untuk kedua-dua organisasi untuk keuntungan dan bukan keuntungan, termasuk entiti kerajaan.
IFRS adalah lebih diterima secara meluas seluruh dunia. Ia adalah diwajibkan untuk syarikat awam dalam banyak bidang kuasa dan diiktiraf dalam lebih daripada 160 negara. Standard perakaunan ini mensasarkan untuk memberikan ketelusan dan kebolehbandingan seluruh dunia.
Walaupun kedua-dua rangka kerja perakaunan ini berkongsi prinsip yang bertindih, mereka berbeza daripada segi pendekatan.
GAAP adalah sistem berasaskan peraturan dengan fleksibiliti yang kurang tetapi menawarkan panduan lebih mendalam.
IFRS sebaliknya, berasaskan prinsip, menyediakan garis panduan lebih luas.
Tanpa mengira sama ada syarikat menggunakan GAAP atau IFRS, ia wajib mengikuti prinsip perakaunan utama.
Prinsip perakaunan utama
Asas akrual (accrual basis): Pendapatan diambil kira pada masa transaksi. Syarikat yang menggunakan perakaunan terakru hendaklah merekodkan hasil apabila ia dijana, tanpa mengira bila tunai diterima.
Berterusan (going concern): Mengandaikan syarikat mahu meneruskan pengoperasian di masa hadapan.
Konsistensi: Memerlukan penggunaan kaedah perakaunan yang sama dari masa ke semasa.
Kematanan (materiality): Hanya maklumat yang penting kepada pemegang saham dan boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dimasukkan ke dalam laporan kewangan.
Pelaporan yang telus (faithful representation): Maklumat hendaklah tepat, lengkap dan tiada bias.
Kebolehbandingan (comparability): ADicapai apabila syarikat berbeza mengikuti prinsip perakaunan yang sama, membenarkan perbandingan yang berguna.
Isian daripada format (substance over form): Transaksi hendaklah direkodkan berdasarkan kepada realiti ekonomi mereka, bukan hanya format undang-undang.
Sebagai contoh, jika syarikat induk menjamin liabiliti untuk anak syarikatnya, liabiliti tersebut hendaklah dilaporkan dalam penyata kewangan syarikat induk — walaupun jika anak syarikat adalah entiti undang-undang berbeza.
Kos sejarah (historical cost): Aset dan liabiliti hendaklah direkodkan pada kos asal mereka, tanpa pelarasan untuk inflasi.
Pendedahan penuh (full disclosure): Memerlukan perniagaan mendedahkan semua maklumat kewangan berkaitan untuk memberikan ketelusan dan pandangan penuh mengenai keadaan kewangan syarikat.
Pendekatan kepada analisis penyata kewangan
Analisis penyata kewangan boleh dilakukan menggunakan analisis menegak, mendatar dan nisbah (vertical, horizontal, ratio), dan boleh digunakan untuk ketiga-tiga penyata kewangan.
Pendekatan menegak dan mendatar membantu penganalisa memahami struktur dan trend dalam penyata kewangan.
Analisis nisbah adalah membandingkan metrik kewangan untuk menilai prestasi syarikat dan membandingkannya dengan pesaing.
Analisis menegak (vertical)
Analisis menegak menentukan peratusan setiap item terkandung dalam penyata kewangan relatif kepada satu nilai asas (base figure). Sebagai contoh, setiap item pada penyata pendapatan ditunjukkan sebagai peratusan dari jumlah hasil.
Ini menghasilkan penyata "saiz biasa (common size)" dan membantu dalam menilai struktur dalaman prestasi kewangan untuk satu tempoh kewangan tunggal.
Analisis mendatar (horizontal)
Juga dikenali sebagai analisis trend, analisis mendatar membandingkan data kewangan pada beberapa tempoh masa untuk mengenalpasti corak pertumbuhan atau penurunan.
Sebagai contoh, menggunakan kaedah menegak untuk penyata aliran tunai boleh membantu pelabur memahami bagaimana penjanaan tunai sesebuah syarikat berubah dari masa ke semasa.
Analisis nisbah
Nisbah adalah hubungan antara metrik kewangan yang membantu menilai kesihatan dan prestasi keseluruhan syarikat.
Kategori nisbah adalah termasuk:
- Nisbah keberuntungan (profitability ratio): Mengukur kecekapan syarikat menjana keuntungan. Sebagai contoh, Return on assets (ROA) dan Margin kasar
- Nisbah kecairan (liquidity ratio): Menunjukkan keupayaan syarikat memenuhi obligasi jangka pendek. Sebagai contoh, Nisbah semasa dan Nisbah tunai
- Nisbah leveraj (leverage ratio): Menunjukkan sebanyak mana syarikat bergantung kepada hutang untuk pengoperasiannya. Sebagai contoh, Hutang kepada ekuiti dan Perlindungan faedah
- Nisbah aktiviti (activity ratio): Mencerminkan kecekapan syarikat menguruskan sumbernya. Sebagai contoh, Pusing Ganti Aset dan Hari jualan tertunggak
Kesimpulan
Tiga penyata kewangan utama — penyata pendapatan, penyata aliran tunai dan kunci kira-kira — mengandungi metrik penting mengenai kestabilan kewangan syarikat, membekalkan pelabur, pemiutang, entiti kerajaan dan pengurusan syarikat dengan maklumat penting untuk menilai kesihatan perniagaan dan prospek masa depannya.
Juga baca: