Bagaimana menukar rangka masa dengan pantas

Butang rangka masa pada bahagian atas mewakili rangka masa kegemaran. Anda boleh menambahkan selang masa kepada kegemaran anda dengan mengklik pada ikon bintang di sebelahnya dan menukar rangka masa dengan pantas dengan memilihnya dari panel atas.

Sebaliknya, ia juga dibolehkan untuk menukar selang masa dengan menggunakan papan kekunci anda: hanya taip nombor. Sebagai contoh, jika anda mahu menetapkan selang masa 125 minit, taip "125" pada papan kekunci anda dan tekan kekunci Enter.

Huruf-huruf untuk menjelaskan tempoh masa: 2 - 2 minit, 12H - 12 hari, 1M - 1 minggu, 3B - 3 bulan (angka diberikan adalah sekadar contoh).