Pemberitahuan berita

Dengan pemberitahuan berita, anda boleh mencipta pemberitahuan berdasarkan kepada aliran berita yang anda sudah simpan. 

Pemberitahuan berita tersedia untuk pengguna yang dibenarkan. Sekarang, ada had untuk pemberitahuan berita: satu pemberitahuan boleh dicipta. 

Untuk menggunakan pemberitahuan, anda perlu mencipta templat penapis aliran berita terlebih dahulu.

Tindakan tersedia untuk pemberitahuan Aliran Berita:

  • Cipta pemberitahuan

Untuk mencipta pemberitahuan, tukar togol “Pemberitahuan berita” dalam menu aliran

Jika pemberitahuan diaktifkan, aliran akan ditandakan dengan ikon pemberitahuan dalam menu aliran.

Juga, ikon pemberitahuan akan muncul dalam dialog “Buka aliran”.

Ikon pemberitahuan tidak boleh diklik, ia cuma sebagai pemberitahuan kepada pengguna mengenai aliran berita yang telah diaktifkan.

Jika anda mengaktifkan pemberitahuan untuk aliran tidak disimpan, aliran perlu disimpan terlebih dahulu. Selepas menyimpan, pemberitahuan aliran akan diaktifkan.

Jika ada perubahan tidak disimpan dalam aliran dan anda mengaktifkan pemberitahuan, perubahan dalam aliran akan disimpan secara automatik.

  • Tukar pemberitahuan 

Untuk menukar aliran dengan pemberitahuan aktif, hanya aktifkan pemberitahuan pada aliran lain: pemberitahuan akan dinyahaktifkan pada aliran lama dan digerakkan ke yang baharu.

  • Nyahaktifkan pemberitahuan 

Untuk menyahaktifkan pemberitahuan, tukar togol “Pemberitahuan berita” dalam menu aliran.

Jika anda memadamkan aliran dengan pemberitahuan aktif, pemberitahuan juga akan dipadamkan.

Jika pemberitahuan diaktifkan, anda akan mendapat notifikasi apabila berita baharu muncul. 

Jika anda berada pada halaman Aliran Berita dan memfokuskan kepada aliran dengan pemberitahuan diaktifkan, notifikasi tidak akan ditunjukkan. Berita akan dikemas kini dalam masa nyata tanpa notifikasi.

Anda boleh mengklik “Teruskan membaca” untuk melihat berita penuh. Anda boleh menukar antara berita dengan mengklik butang “Sebelum” atau “Seterusnya”. Cara lain adalah menukar adalah “Anak panah kiri” atau “Anak panah kanan” pada papan kekunci.