Peta Makro di TradingView: terokai, bandingkan, jejaki

Memahami trend sejagat dan keadaan pasaran semasa adalah tunjang kepada analisis kewangan. Tidak mengira apa aset yang anda dagangkan, pengetahuan mengenai penunjuk ekonomi utama boleh membantu anda mempertingkatkan strategi dagangan anda. Dengan Peta Makro kami, anda boleh mengenal pasti trend sejagat untuk menavigasi landskap kewangan yang kompleks dan sentiasa berubah-ubah dengan lebih efektif.

KANDUNGAN:

Apakah Peta Makro

Peta Makro memvisualkan penunjuk ekonomi sejagat dengan menggunakan kod warna untuk setiap negara dalam peta dunia mengikut prestasi ekonominya. Anda boleh membandingkan ekonomi-ekonomi menggunakan pelbagai penunjuk termasuk KDNK, statistik buruh, tingkatan harga dan banyak lagi.

Selain daripada itu, anda boleh melaraskan mereka untuk memaparkan data untuk tempoh masa tertentu dengan ketepatan sehingga satu bulan, membenarkan analisis sejarah terperinci dan pengenal pastian trend.

Bagaimana mengakses Peta Makro

Untuk memulakan analisis kewangan anda, klik pada butang "Produk" pada bar alat kanan dan pilih "Peta Makro."

Ia akan muncul dalam helaian Tindanan. Jika anda menggunakan Carta Super, pertimbangkan untuk memisahkan skrin anda untuk melihat serentak aset dan memahami faktor dalaman yang memacu pergerakannya.


Bagaimana menggunakan Peta Makro

Alat ini sangat mudah digunakan. Data komprehensif yang ia paparkan boleh menjadi asa kepada keputusan pelaburan anda seterusnya. Ini kereana keadaan ekonomi meluas dapat mempengaruhi ekonomi individu, dan mereka adalah saling berkaitan – jadi, memahami kaitan-kaitan ini adalah penting untuk kejayaan dagangan.

Permulaan, anda perlu memilih penunjuk yang anda mahu mulakan analisis anda. Dalam bahagian atas kiri, klik pada ikon kanta pembesar untuk mengakses semua penunjuk yang tersedia. Atau hanya pilih yang sudah dipaparkan dalam peta.

Menandakan penunjuk sebagai kegemaran membantu anda menukar antara mereka dengan pantas dan mengkonfigurasikan Peta mengikut analisis anda.

Untuk mengubah data, hanya tarik sehingga ke bawah. Di bawahnya, anda dapat melihat kriteria untuk negara mengikut kod warna menurut nilai tertentu. Kriteria ini akan dilaraskan secara automatik setiap kali anda menukar tempoh masa.

Oh, dan satu lagi perkara mengenai ekonomi sejagat…

Jika anda memerlukan data yang lebih banyak data mengenai ekonomi dunia, halaman pasaran kami memberikan akses kepada peta suhu penunjuk ekonomi, berita utama pengguna TradingView, berita pasaran terkini dan maklumat berguna lain yang boleh membantu anda memahami pasaran dari pelbagai perspektif dan melakukan keputusan dagangan lebih termaklum.

Juga baca: