Rank Correlation Index (RCI)
Rank Correlation Index (RCI) adalah sebuah pengayun yang membantu pedagang mengukur ketekalan (consistency) arah pergerakan harga. Ia menilai sehampir mana harga mengikuti trend monotonik dalam satu tempoh lihat balik (lookback period) yang diberikan. Tidak seperti pengayun momentum yang bergantung kepada perbezaan dalam tingkatan harga, RCI mengukur korelasi antara indeks bar dan kedudukan harga, menjadikannya sensitif kepada susunan relatif harga dan bukannya nilai mutlak mereka.
Pedagang selalunya menggunakan RCI untuk mengenal pasti titik balikan berpotensi, menganalisa momentum harga dan menilai kekuatan trend.

Pengiraan
RCI mewakili versi diskalakan untuk Spearman's rank correlation coefficient antara indeks harga dan bar pada tempoh lihat balik (lookback period). Untuk mengira nilai RCI, penunjuk:
- Meletakkan kedudukan harga dengan menyusun mereka dalam susunan menaik. Posisi setiap harga yang disusun mewakili kedudukan asalnya. Harga terendah mempunyai kedudukan 0, dan kedudukan harga tertinggi adalah N - 1, di mana N adalah bilangan bar dalam tempoh masa. Sebagai contoh, jika harga dianalisakan adalah 10, 12, 15 dan 12, kedudukan asal mereka adalah 0, 1, 3 dan 2.
- Melaraskan kedudukan untuk seri. Jika dua atau lebih harga adalah sama, ia memberikan setiap daripada mereka purata posisi disusun mereka sebagai kedudukan akhir. Sebagai contoh, kedudukan akhir untuk harga hipotesis ditunjukkan dalam langkah sebelum adalah 0, 1.5, 3 dan 1.5, kerana nilai-nilai dengan kedudukan 1 dan 2 adalah sama, dan purata 1 dan 2 adalah 1.5.
- Mengira pekali kolerasi antara jujukan kedudukan indeks harga dan bar, dan nilai digandakan sebanyak 100.
Hasilnya adalah penunjuk yang bergerak antara -100 and +100, di mana:
- Nilai +100 menunjukkan harga menaik secara konsisten sepanjang tempoh yang dianalisa
- Nilai -100 menunjukkan harga menurun secara konsisten sepanjang tempoh
- Nilai berdekatan dengan 0 menunjukkan harga dalam tempoh masa mempunyai konsistensi berarah sedikit atau tiada
Penunjuk memplotkan RCI sebagai garis biru, dan ia memaparkan garis mendatar pada tingkatan -80, 0 dan +80. Nilai di luar julat ini mencadangkan konsistensi menaik atau menurun yang kuat merentasi tempoh masa. Nilai yang merentas kembali ke dalam julat mungkin menunjukkan potensi perubahan momentum.
Jika anda menjelaskan jenis pelancaran (smoothing type) dalam tab "Tetapan/Input", penunjuk memaparkan moving average kuning pada bahagian atas garis RCI. Jika jenis adalah "SMA + Bollinger Bands", ia juga memaparkan balutan hijau untuk menunjukkan julat sisihan piawai berada di atas dan di bawah purata.
Input

Sumber
Siri sumber yang penunjuk gunakan untuk mengira RCI. Secara lalai, ia menggunakan harga tutup simbol.
Panjang RCI
Bilangan bar dalam pengiraan RCI. Nilai lebih kecil menjadikan pengayun lebih responsif kepda naik turun kecil; nilai lebih besar menawarkan respon lebih lancar untuk menganalisa trend.
Jenis
Menentukan jenis moving average untuk melancarkan RCI, dan sama ada penunjuk mengandungi Bollinger Bands dalam paparannya. Pilihan adalah:
- Tiada: Tiada pelancaran
- SMA: Simple Moving Average untuk RCI
- SMA + Bollinger Bands: SMA untuk RCI, dengan Bollinger Bands diplotkan sekitarnya
- EMA: Exponential Moving Average
- SMMA (RMA): Smoothed Moving Average
- WMA: Weighted Moving Average
- VWMA: Volume-Weighted Moving Average
Panjang
Panjang pengiraan pelancaran dan Bollinger Bands apabila penunjuk menggunakan pilihan "SMA + Bollinger Bands".
Sisihan Piawai BB
Pekali sisihan piawai. Nilai menentukan lebar Bollinger Bands. Input ini adalah aktif hanya jika penunjuk menggunakan pilihan "SMA + Bollinger Bands".