RCI Ribbon
Penunjuk RCI Ribbon memvisualkan bagaimana arah biasa pergerakan harga menjadi sejajar merentasi berbilang tempoh masa dengan memplotkan set untuk tiga pengayun Rank Correlation Index (RCI) dengan panjang lihat balik (lookback) berlainan.
RCI membantu pedagang mengukur konsistensi berarah untuk perubahan harga. Ia menilai sehampir mana harga mengikuti trend monotonik dalam satu tempoh masa lihat balik diberikan. Tidak seperti pengayun momentum lain, RCI mengukur korelasi antara kedudukan indeks dan harga bar, menjadikannya sensitif kepada penyusunan relatif untuk harga dan bukannya nilai mutlak mereka.
Dengan menganalisa tiga pengayun RCI bersama-sama, pedagang boleh melihat sama ada arah perubahan harga adalah konsisten secara relatif merentasi pelbagai tempoh masa, atau jika perubahan berarah jangka pendek menyimpang daripada struktur jangka panjang.

Pengiraan
RCI Ribbon bergantung kepada pengiraan yang sama seperti RCI standard. Setiap pengayun mewakili versi diskalakan untuk Spearman's rank correlation coefficient antara indeks harga dan bar dalam satu tempoh masa lihat balik diberikan. Untuk mengira nilai RCI, penunjuk:
- Meletakkan kedudukan harga dengan menyusun mereka dalam susunan menaik. Posisi setiap harga yang disusun mewakili kedudukan asalnya. Harga terendah mempunyai kedudukan 0, dan kedudukan harga tertinggi adalah N - 1, di mana N adalah bilangan bar dalam tempoh masa. Sebagai contoh, jika harga dianalisakan adalah 10, 12, 15 dan 12, kedudukan asal mereka adalah 0, 1, 3 dan 2 .
- Melaraskan kedudukan untuk seri. Jika dua atau lebih harga adalah sama, ia memberikan setiap daripada mereka purata posisi disusun mereka sebagai kedudukan akhir. Sebagai contoh, kedudukan akhir untuk harga hipotesis ditunjukkan dalam langkah sebelum adalah 0, 1.5, 3 dan 1.5, kerana nilai-nilai dengan kedudukan 1 dan 2 adalah sama, dan purata 1 dan 2 adalah 1.5.
- Mengira pekali kolerasi antara jujukan kedudukan indeks harga dan bar, dan nilai digandakan sebanyak 100.
Hasilnya berayun dalam julat antara -100 dan +100, di mana:
- Nilai +100 menunjukkan harga menaik secara konsisten sepanjang tempoh yang dianalisa
- Nilai -100 menunjukkan harga menurun secara konsisten sepanjang tempoh
- Nilai berdekatan dengan 0 menunjukkan harga dalam tempoh masa mempunyai konsistensi berarah sedikit atau tiada
Penunjuk ini mengira dan memplotkan tiga pengayun RCI berasingan:
- RCI pendek (garis biru)
- RCI pertengahan (garis merah)
- RCI panjang (garis hijau)
Selain daripada itu, ia memaparkan garis mendatar pada tingkatan -80, 0 dan +80. Nilai pengayun di luar julat ini mencadangkan konsistensi menaik atau menurun yang kuat merentasi tempoh masa. Penjajaran nilai RCI positif atau negatif boleh menunjukkan trend yang semakin menguat, terutamanya jika nilai berdekatan dengan bucu julat. Perbezaan (divergence) antara pengayun boleh membantu pedagang mengenal pasti perubahan momentum jangka pendek dan peluang pulangan min yang berpotensi.
Input

Sumber
Siri sumber yang penunjuk gunakan untuk mengira RCI. Secara lalai, ia menggunakan harga tutup simbol.
Panjang RCI Pendek
Bilangan bar dalam pengiraan RCI jangka pendek.
Panjang RCI Pertengahan
Bilangan bar dalam pengiraan RCI jangka pertengahan.
Panjang RCI Panjang
Bilangan bar dalam pengiraan RCI jangka panjang.