Bagaimana untuk berkongsi skrin anda

Dengan penyaring TradingView, anda boleh berkongsi awalan penyaring penuh anda, termasuk penapis, penyusunan, lajur dan senarai amatan. Rakan anda dan pedagang lain boleh melihat konfigurasi tersuai anda, melakukan salinan dan melaksanakannya kepada penyelidikan mereka sendiri.

KANDUNGAN:

Sebelum anda mula berkongsi

Secara ringkas, cuma ada beberapa langkah sahaja:

  1. Cipta akaun TradingView dan log masuk
  2. Buka penyaring
  3. Cipta skrin anda sendiri
  4. Simpan

Bagaimana mengaktifkan perkongsian

Untuk berkongsi skrin disimpan anda:

  1. Buka
  2. Klik pada menu skrin (menu lungsur turun nama skrin)
  3. Togol "Kongsi skrin"
  4. Klik "Salin pautan"
  5. Kongsi pautan
! Nota: Setoap status perkongsian skrin akan diuruskan secara individu — mengaktifkan perkongsian untuk satu skrin tidak akan memberikan kesan kepada yang lain.

Melihat skrin dikongsikan

Apabila seseorang membuka skrin dikongsikan anda, mereka akan dapat melihat awalan penyaring lengkap — dengan semua penapis, lajur dan penyusunan sama seperti yang dikonfigurasikan oleh anda. Mereka boleh mengubah penapis dan penyusunan tanpa masalah dan melakukan penukaran lain sama seperti skrin itu adalah kepunyaan mereka.

! Nota: Perubahan yang dilakukan kepada skrin dikongsikan adalah sementara sehinggalah ia disimpan atau skrin disalin.

Jika anda menerima pautan dengan skrin, anda boleh:

  • Membuat salinan dalam menu skrin
  • Menyimpan skrin selepas mengedit sebagai skrin baharu

Selepas anda menyimpan atau menyalin skrin baharu, ia akan menjadi kepunyaan anda. Perkongsian adalah dinyahaktifkan secara lalai, jadi pastikan anda mengaktifkannya jika anda mahu berkongsi.

Mengapa anda mungkin tidak nampak kandungan skrin yang dikongsikan

Dalam beberapa keadaan, skrin dikongsikan mungkin nampak seperti tidak lengkap atau kosong. Ini boleh terjadi disebabkan beberapa perkara:

  • Anda tidak log masuk: Hanya pengguna yang sudah log masuk boleh melihat semua data dan membuat salinan untuk skrin dikongsikan. Pengguna tanpa nama (anonymous user) mungkin akan nampak kandungan yang terhad atau tiada kandungan sehinggalah mereka log masuk
  • Tahap langganan anda tidak cukup untuk melihat data yang ditapis: Jika skrin dikongsikan menggunakan penapis, sebahagian daripada lajur yang memerlukan tahap langganan lebih tinggi mungkin akan disembunyikan
  • Skrin mengandungi senarai amatan yang tidak dikongsikan: Jika senarai amatan asal tidak dikongsikan oleh pemilik skirn, penapis atau jadual yang berkenaan mungkin akan kelihatan kosong

Juga baca: