Masa tercetus untuk pemberitahuan strategi berbeza daripada masa pelaksanaan pesanan dalam penguji strategi
Pemberitahuan sentiasa memaparkan masa sebenar ia dicetuskan (dalam contoh pemberitahuan strategi, ini adalah masa yang sama pesanan yang sepadan dilaksanakan).
Akan tetapi, dalam penguji strategi, masa pelaksanaan pesanan tepat hanya dipaparkan untuk pesanan masa nyata (iaitu pesana yang mana halaman carta sudah dibuka pada masa pelaksanaan).
Untuk pesanan sejarah (contoh, pesanan dilaksanakan sebelum halaman carta dibuka), masa pelaksanaan pesanan adalah masa buka pada bar yang sepadan.
Ini kerana, secara amnya, adalah mustahil untuk menentukan masa yang tepat untuk pelaksanaan pesanan sejarah, kerana pergerakan harga intrabar tidak diambil kira apabila mengira strategi berdasarkan sejarah.
Disebabkan itu, masa pelaksanaan pesanan dalam penguji strategi tidak selalunya sepadan dengan masa cetusan pemberitahuan, dan mungkin kelihatan seperti pemberitahuan dicetuskan dengan agak lewat.
Percanggahan sebegini selalunya terjadi apabila melaksanakan pesanan dan ketika mengaktifkan pilihan "Pengiraan Semula Selepas Pesanan Diisikan," "Pengiraan Semula Pada Setiap Tick" dan "Pesanan Diisikan Pada Bar Tutup".
Sebagai contoh, pertimbangkan strategi "ChannelBreakOutStrategy" dan pemberitahuan yang dicipta untuknya.
Dalam kes ini, pesanan had dilaksanakan dalam masa nyata pada 09:23 UTC:

Pemberitahuan tercetus pada masa yang sama:

Jika kita menyegarkan halaman (F5), masa pelaksaan yang tepat dalam penguji strategi akan ditukar kepada masa bar buka, cth., 09:00 UTC, jadi ia mungkin kelihatan seperti pemberitahuan dicetuskan dalam 23 minit tertunda, walaupun ia sebenarnya dicetuskan pada masanya:

Akan