Terma Program Pencipta TradingView (Ruangan Berbayar)
1. Pandangan keseluruhan
Terma berikut menjelaskan bagaimana Program Pencipta TradingView (Peringkat Perintis) membenarkan Penulis untuk mendapatkan wang daripada penunjuk dan strategi Skrip Pine mereka menerusi Ruangan Berbayar di TradingView.
Dengan menyertai Program ini, anda bersetuju dengan Terma ini, bersama-sama Terma Penggunaan, Peraturan Dalaman dan Polisi Privasi TradingView.
TradingView boleh mengubah Terma-terma ini pada bila-bila masa. Kemas kini akan diterbitkan dalam Pusat Bantuan, dan penerusan penyertaan bermaksud anda menerima Terma yang sudah disemak.
2. Definisi Utama
- Penulis — pengguna TradingView bersetuju untuk menyertai Program Pencipta dan menerbitkan kandungan berbayar.
- Pengguna (Pelanggan) — mana-mana pengguna TradingView yang membeli langganan kepada Ruangan Berbayar.
- Ruangan Berbayar — koleksi penunjuk dan strategi jemputan sahaja yang ditawarkan oleh Penulis dengan bayaran bulanan.
- Program — Program Pencipta TradingView, membenarkan Penulis mendapatkan wang menerusi Ruangan Berbayar.
- Langganan — pelan akses berbayar bulanan untuk Ruangan Berbayar.
- Pembayaran — jumlah hasil diagihkan oleh TradingView kepada Penulis selepas yuran dan pelarasan.
3. Kelayakan
- Penyertaan dalam fasa perintis adalah melalui jemputan TradingView’ sahaja.
- Setiap Penulis boleh mencipta satu Ruangan Berbayar yang mengandungi sehingga 25 skrip (hanya skrip jemputan sahaja tersedia secara umum dibenarkan).
- Penulis hendaklah mempunyai akaun Program Pencipta TradingView dengan kaedah pembayaran sah.
- Melanggan Ruangan Berbayar adalah tersedia buat masa ini pada versi web TradingView.
- Pengguna daripada beberapa wilayah — termasuk, tetapi tidak terhad kepada, Iran, Korea Utara dan Russia — tidak dibenarkan menyertai program disebabkan sekatan undang-undang.
- TradingView boleh menggantung atau mengeluarkan Ruangan Berbayar Penulis pada bila-bila masa jika Terma atau Peraturan Dalaman ini dilanggar.
4. Langganan
- Pengguna boleh melanggan kepada Ruangan Berbayar terus di TradingView.
- Dengan melanggan Ruangan Berbayar, Pengguna bersetuju kepada Terma Program ini dan, jika berkenaan, kepada terma Penulis sendiri yang diterbitkan pada laman web mereka. Dalam kes adanya masalah, Terma Program akan terpakai.
- Langganan dibilkan secara bulanan, mengikuti peraturan yang sama seperti pembayaran pelan TradingView.
- Pengguna boleh membatalkan pada bila-bila masa di dalam tetapan akaun. Akses kekal aktif sehingga akhir tempoh pengebilan.
- Semua pengebilan, akses dan pembaharuan akan diuruskan secara automatik oleh TradingView.
- VAT atau cukai jualan berkaitan lain adalah ditambahkan apabila dikehendaki oleh undang-undang.
- Pengguna percuma dan berbayar TradingView boleh melanggan.
TradingView tidak bertanggungjawab untuk mana-mana kerugian disebabkan kaedah pembayaran sudah luput atau transaksi yang gagal.
5. Komisyen dan Pembayaran
- TradingView mengumpulkan semua pembayaran dari Pengguna dan mengagihkan hasil kepada Penulis selepas penolakan yuran berkaitan.
- Yuran platform sebanyak 15% ditahan dari setiap transaksi.
- Peserta awal akan mengekalkan yuran platform 0%, yang akan dikekalkan.
- Pembayaran akan diproses sekali sebulan, terhad kepada tempoh penyelesaian sehinggan 30 hari.
- Pembayaran akan dilakukan melalui akaun Program Rakan Kongsi dipautkan Penulis. Pembayaran dipohon pada setiap akhir bulan selalunya akan dihantar dalam 2 minggu pertama dalam bulan berikutnya.
- Pembayaran dan pengeluaran akan diproses dalam USD sahaja.
- Pengeluaran boleh dilakukan melalui PayPal (digemari) atau pindahan kawat (penerima membayar komisyen bank).
- TradingView akan menolak jumlah dibayar semula (refunded) dan caj balik dari pendapatan Penulis sebelum pengeluaran.
- Penulis bertanggungjawab untuk membayar semua cukai berkaitan di negara kediaman mereka.
6. Cukai dan Pematuhan
- Penulis hendaklah memberikan maklumat cukai yang tepat bila dipinta.
- Jika pendapatan tahunan keseluruhan mencecah atau melebihi USD 600, TradingView memerlukan penyerahan:
- Form W-9 (warga negara A.S.)
- Form W-8 (bukan warga negara A.S.)
- Pembayaran boleh digantung sehingga borang diperlukan diterima.
- TradingView mematuhi peraturan KYC/AML dan mungkin akan memohon maklumat tambahan untuk mengesahkan identiti anda.
7. Tanggungjawab Penulis
- Memastikan semua kandungan berbayar:
- adalah asli dan mematuhi Peraturan Dalaman TradingView,
- tidak mengelirukan pengguna atau melanggar hak pihak ketiga,
- adalah berfungsi dan diuruskan sepanjang tempoh langganan.
- Memberikan penjelasan yang tepat.
- Memberikan respon kepada soalan atau aduan pengguna pada masanya.
- Memberitahu TradingView sebelum mengeluarkan atau mengubah mana-mana skrip yang dimasukkan dalam langganan aktif.
TradingView berhak untuk membuang Ruangan Berbayar yang tidak aktif, mengelirukan atau tidak patuh.
8. Hak dan Had TradingView
- TradingView boleh mengubah, menggantung atau menghentikan Program pada bila-bila masa.
- TradingView boleh menampilkan atau mempromosikan Ruangan Berbayar terpilih mengikut budi bicaranya.
- TradingView tidak menjamin kebolehlihatan, jualan atau pendapatan.
- TradingView tidak bertanggungjawab untuk apa-apa kerosakan tidak langsung, sampingan atau berbangkit yang terjadi daripada penyertaan dalam Program.
- Penggunaan berterusan Program selepas kemas kini merupakan penerimaan mana-mana Terma baharu.
9. Data Peribadi
TradingView memproses data peribadi dan kewangan menurut Polisi Privasinya. Dengan menyertai, Penulis memberikan kebenaran kepada TradingView untuk mengumpul, menyimpan dan memproses data nmereka untuk tujuan berikut:
- Pengendalian dan pematuhan pembayaran,
- Pentadbiran program,
- Komunikasi berkaitan dengan pemasaran dan kemas kini platform.
10. Penamatan
- Penulis boleh keluar dari Program pada bila-bila masa dengan menyahaktifkan Ruangan Berbayar mereka.
- TradingView boleh menggantung atau menamatkan penyertaan serta-merta jika:
- Penulis melanggar Terma atau Peraturan Dalaman,
- penipuan atau tingkah laku mengelirukan dikesan, atau
- maklumat diperlukan tidak disediakan.
- Semasa penamatan, pelanggan aktif akan mengekalkan akses sehingga tempoh pengebilan mereka tamat, yang mana selepas itu akses akan ditarik balik secara automatik.