Aroon Oscillator

Aroon Oscillator, dicipta oleh Tushar Chande pada tahun 1995, adalah penunjuk trend yang mengukur keterkinian tinggi tertinggi (highest high) kepada rendah terendah (lowest low) dalam harga pasaran dalam tempoh pandang belakang (lookback period). Ia mengira perbezaan antara nilai Aroon Naik dan Aroon Turun dari penunjuk Aroon untuk mengeluarkan satu metrik tunggal dan bersempadan yang berayun antara -100 dan +100.

Pedangan selalunya menggunakan Aroon Oscillator untuk menilai kekuatan trend jangka pendek dan untuk mengenal pasti balikan trend berpotensi atau titik perubahan dalam pasaran. 

Pengiraan

Pengiraan Aroon Oscillator adalah bergantung kepada nilai Aroon Naik dan Aroon Turun, yang mengukur keterkinian harga tinggi tertinggi (highest high) kepada rendah terendah (lowest low) dalam tempoh pandang belakang (lookback period). Kedua-dua nilai adalah di antara 0 dan 100, di mana:

  • Aroon Naik adalah 100 pada bar di mana harga pasaran mencecah tinggi tertinggi untuk tempoh semasa. Nilai berkurangan untuk setiap bar berturutan di mana harga tinggi adalah kurang daripada nilai tertinggi.
  • Aroon Turun adalah 100 pada bar di mana harga pasaran mencecah rendah terendah untuk tempoh semasa. Nilai berkurangan untuk setiap bar berturutan di mana harga rendah adalah kurang daripada nilai terendah.

Penunjuk menukar dua bacaan ini kepada satu pengayun tunggal dengan mengira perbezaan mereka:

Aroon Oscillator = Aroon Naik - Aroon Turun

Pengayun yang terhasil berjulat dari -100 ke +100, di mana:

  • Nilai positif bermaksud Aroon Naik adalah lebih besar daripada Aroon Turun, menunjukkan bahawa harga pasaran mencecah tinggi tertinggi lebih berhampiran daripada rendah terendah. Jika nilai adalah +100, Aroon Naik adalah 100 dan Aroon Turun adalah 0, bermakna harga mencecah tinggi tertinggi pada bar semasa tanpa mencecah rendah terendah pada mana-mana bar dalam tempoh masa.
  • Nilai negatif bermaksud Aroon Naik adalah kurang daripada Aroon Turun, menunjukkan bahawa harga pasaran mencecah rendah terendah lebih berhampiran daripada tinggi tertinggi. Jika nilai adalah -100, Aroon Naik adalah 0 dan Aroon Turun adalah 100, bermakna harga mencecah rendah terendah pada bar semasa tanpa mencecah tinggi tertinggi pada mana-mana bar dalam tempoh masa.
  • Nilai berdekatan 0 bermaksud Aroon Naik dan Aroon Turun adalah hampir sama. Ia menunjukkan bahawa harga sudah bergerak baru-baru ini daripada tinggi tertinggi ke rendah terendah atau sebaliknya, merentasi bilangan kecil bar-bar relatifk kepada panjang tempoh pandang belakang (lookback period).

Penunjuk ini memplotkan pengayun sebagai garis berkod warna dengan isian latar belakang dan ia memaparkan tingkatan mendatar pada -90, 0 dan +90 secara lalai. Anda boleh mensesuaikan warna dan nilai tingkatan daripada tab "Gaya" pada tetapan penunjuk.

Input

Panjang

Bilangan bar untuk dianalisa untuk pengiraan Aroon Naik dan Aroon Turun. Panjang untuk tinggi tertinggi dan rendah terendah adalah lebih besar daripada nilai ini.

Rangka masa

Menetapkan rangka masa yang digunakan penunjuk untuk pengiraannya. Kotak semak "Tunggu untuk rangka masa menutup" di bawah menentukan sama ada penunjuk menunjukkan hasil hanya apabila bar pada rangka masa tertentu menutup. Lihat artikel Leverajkan analisis berbilang rangka masa untuk mengetahui lebih lanjut.