Pengiraan julat dan logik warna untuk Peta Suhu

Lagenda peta suhu adalah alat berkuasa yang membantu anda memvisualkan dan menganalisa prestasi pasaran menerusi julat nilai dikira automatik dan warna sepadan mereka. Dalam panduan ini, anda akan mempelajari bagaimana julat ditentukan dan bagaimana untuk berinteraksi dengan lagenda untuk mensesuaikan paparan anda.

Pengiraan julat

Apabila peta suhu dimuatkan atau apabila parameter paparan berubah, sistem akan secara automatik:

  1. Menentukan jenis lagenda yang paling sesuai
  2. Mengesan nilai minimum dan maksimum untuk metrik dipilih
  3. Membahagikan kawasan ini kepada satu set julat nilai (segmen)

Setiap julat ditugaskan kepada satu warna khusus.

Setiap jubin dalam peta suhu akan diwarnakan berdasarkan julat di mana nilai berada.

Lagenda dan peta adalah dipautkan secara terus — setiap segmen lagenda mencerminkan julat nilai khusus, membantu anda membaca tingkatan prestasi sekali imbas. Julat kan mengira semula secara dinamik apabila anda menukar metrik atau penapis, untuk memastikan pemvisualan sentiasa kekal relevan.

Bekerja dengan julat dalam lagenda

Lagenda membenarkan anda mengawal julat nilai untuk dipaparkan pada peta suhu:

  • Semua segmen boleh dilihat secara lalai
  • Klik mana-mana segmen legenda untuk menyembunyikan semua jubin yang mempunyai nilai dalam julat tersebut
  • Anda boleh menyembunyikan berbagai segmen atau meninggalkan hanya beberapa

Interaksi ini membantu anda memfokuskan kepada zon-zon tertentu pada prestasi pasaran, menyerlahkan keterlaluan (extremes) atau mengurangkan hingar visual untuk analisis lebih jelas.

Contoh:

Jika anda mahu memaparkan hanya julat +3 dan −3, hanya klik pada lima segmen pertengahan (−2 ke +2) untuk menyembunyikan mereka.

Juga baca: