Kalendar IPO TradingView: kuasai penawaran akan datang

Kalendar IPO adalah sebuah alat kewangan yang membolehkan anda menjejak syarikat yang akan disenaraikan awam. Setiap bulan, banyak syarikat akan mula menawarkan saham mereka kepada khalayak lebih besar menerusi penawaran awam permulaan. Kalendar kami membantu anda mengenalpasti peluang paling menarik untuk mendapat momentum pasaran.


KANDUNGAN:

Apakah IPO

Penawaran awam permulaan adalah proses di mana syarikat menjual sahamnya kepada awam untuk mengumpulkan modal untuk pengeluaran, pembangunan dan aktiviti strategik lain. IPO adalah langkah penting dalam kitar hidup syarikatm kerana ia sama ada boleh memacu syarikat ke hadapan atau memberikan cabaran yang kuat.

Syarikat didagangkan awam adalah selalunya sangat menguntungkan, dengan permodalan pasaran yang boleh melebihi KDNK beberapa negara. Ini adalah kerana khalayak lebih besar boleh melabur — dari pelabur runcit yang membeli beberapa saham kepada dana pelaburan yang menguruskan berbillion dolar. Disebabkan itu pengurusan mensasarkan untuk disenaraikan awam pada masa yang tepat.

Sebelum IPO, syarikat hendaklah menyediakan semua pemfailan yang diperlukan dan memenuhi keperluan khusus, seperti mengekalkan debt-to-equity ratio yang rendah dan mempunyai perniagaan menguntungkan dan diuruskan dengan baik dengan kedudukan di hadapan dalam nic nya.

Sebaik sahaja disenaraikan, syarikat akan menghadapi regulasi yang lebih ketat. Ia perlu mematuhi kriteria ditetapkan oleh SEC dan pihak berkuasa kawal selia, dan penyata kewangannya boleh diakses secara awam, membenarkan anda memeriksa mereka terus pada TradingView.

Apakah Kalendar IPO

Kalendar IPO, sebahagian daripada Kalendar TradingView, membantu anda merancang dagangan dan pelaburan anda. Ia membenarkan anda melihat tawaran awam dan memantau IPO sebelum, dengan akses kepada penyata syarikat dan maklumat terperinci pada setiap penyenaraian.

Bagaimana mengakses Kalendar IPO

Dari menu lungsur turun Produk, gerakkan kursor di atas Kalendar dan pilih IPO.

Selain daripada itu, gunakan tindanan yang tersedia pada mana-mana halaman TradingView, walaupun semasa mencarta. Klik menu Produk pada bar alat kanan dan pilih Kalendar.

Bagaimana membaca Kalendar IPO

Antara muka adalah sama seperti kalendar TradingView lain. Statistik utama IPO termasuk:

  • Tarikh: Hari IPO dilaksanakan. Tatal untuk melihat tawaran sebelum ini dan akan datang
  • Bursa: Kawasan pasaran di mana dagangan bermula. Pilihan bursa boleh mempengaruhi bilangan saham yang ada. keperluan pemegang saham dan faktor-faktor IPO lain
  • Harga tawaran: Harga di mana syarikat menjual sahamnya kepada awam
  • Saham ditawarkan: Bilangan saham dijual oleh syarikat
  • Jumlah urus niaga: Harga tawaran × saham ditawarkan
  • Permodalan pasaran: Harga tawaran × jumlah saham yang ada (pasca IPO), termasuk saham pemegang saham sebelumnya

Statistik ini menunjukkan posisi yang syarikat sasarkan selepas IPO. Bandingkan harga tawaran, harga saham dan permodalan pasaran boleh membantu mengukur jangkaan pasaran dan objektif pengurusan.

Akan tetapi, permodalan pasaran dan harga saham tidak menjanjikan pertumbuhan — mereka mencerminkan sentimen pasaran dan bukannya asas. Untuk menilai prospek dengan lebih baik, pertimbangkan juga kewangan syarikat, model perniagaan dan persekitaran kompetitif.

Oh, dan satu lagi perkara dijadualkan…

Perancangan dan persediaan berhati-hati adalah kunci kepada dagangan dan pelaburan yang berjaya. kemampanan jangka panjang memerlukan kepelbagaian. Saham menawarkan potensi kenaikan yang tinggi tetapi juga dengan ketidakstabilan yang tinggi. Bon boleh menawarkan alternatif pelaburan lebih selamat.

Terokai keluk Hasil untuk mengenal pasti sekuriti diterbitkan kerajaan yang boleh membantu mengurangkan risiko portfolio dan pada masa yang sama menjaga simpanan anda.

Juga baca: