Komoditi: Mencari Halatuju?Indeks Komoditi Amerika Syarikat dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Melihat pada selang mingguan pergerakan dilihat masih lagi bergerak di dalam corak carta segi empat tepat
Petunjuk volum pada selang mingguan dilihat menunjukkan harga masih lagi belum menunjukkan kecenderungan pergerakan
Selang masa harian juga tidak menunjukkan sebarang anomali mahupun pergerakan volum yang signifikan
Namun begitu kedudukan harga dilihat masih lagi berada di atas sokongan dinamik MA50 mingguan
Ke mana halatuju harga seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan USCI
USCI: Divergence Komoditi?ETF United States Commodity Index Fund dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Terkini pergerakan harga ETF ini dilihat menunjukkan kelemahan ketika harga meningkat naik
Jika diperhatikan pergerakan harga seakan membentuk corak carta baji menaik yang kebiasaannya merupakan isyarat perubahan arah
Petunjuk volum juga semakin berkurang ketika harga membuat tinggi baharu menunjukkan kehadiran 'divergence'
Pergerakan RSI mingguan juga membentuk 'divergence' dengan dilihat bergerak bertentangan dengan pergerakan harga
Harga walaubagaimanapun dilihat masih bertahan di atas sokongan corak carta berkenaan
Namun, perlu diingat pergerakan komoditi adalah kebiasaannya berkolerasi langsung dengan kadar inflasi
Adakah harga mampu bertahan dan meneruskan kenaikan atau sebaliknya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!