INTAI PELUANG AWAL PADA SAHAM ADOBECharta menunjukan perkembangan positif saham Adobe – yang telah kembali diniagakan atas paras “20- dan 50-hari MA”. Ini menunjukan susulan perkembangan baik selepas kemunculan tanda positif pada “Bullish Harami”. Ketika ini, harga saham Adobe sedang menguji rintangan garis bawah. Sekiranya berlaku aktiviti belian yang kuat dan harga saham menembusi rintangan dan paras USD291.70, ini membawa maksud bahawa trend telah berubah daripada posisi “minor correction” ke “uptrend”. Intai peluang atas paras USD291.70.
Sokongan pertama ada pada USD277, diikuti USD257.70. Manakala rintangan kuat ketika ini berada pada aras USD291.70.
idea dagangan ADBE
ADOBE INC MEMBUAT UJIAN KALI KEDUA DI GARISAN RINTANGAN-TREND MEAdobe Inc melantun melebihi 20-hari Moving Average (biru) dan menguji garisan rintangan-trend menurun. Hal ini menunjukkan pergerakan awal pembeli mengambil alih kawalan daripada penjual. Dari segi momentum, sentimen pasaran menunjukkan positif, memandangkan penunjuk RSI 14-hari berlegar di atas tanda neutral poin 50.
Berdasarkan pada carta semasa, sokongan segera adalah pada paras harga USD262 diikuti paras harga USD250. Sebaliknya, garisan rintangan kritikal adalah pada paras harga USD300.