[Watchlist] AmazonPattern ini masih lagi dalam proses pembentukkan. Pattern triangle.
Sekiranya harga mematuhi garisan pattern yang terbentuk, dan harga berjaya pecah pada garisan rintangan 2035, harga berkemungkinan akan meneruskan fasa kenaikan untuk membuat rekod harga tertinggi yang baru.
Sama-sama kita perhatikan pergerakkan harga bagi kaunter ini.
idea dagangan AMZND
PEMBELI KEMBALI MENGUASAI PASARAN AMAZONMelihat kepada charta di atas, pandangan “Teknikal Analisa” menunjukan kebangkitan pembeli menguasai pasaran Amazon. Garisan biru 20-MA telah melintasi mengatasi di atas garisan merah 50-MA – menunjukan perubahan sentiment daripada negatif ke positive. Kelibat tanda “Up” pada penanda MACD, dan juga paras momentum melebihi tahap 50 poin pada indicator “14-day RSI” turut menyokong pandangan positif kami. Kemungkinan besar, saham ini akan mencecah paras tertinggi USD2,050 di masa akan datang.
AMAZON MENCATATKAN PARAS TERTINGGI PADA TAHUN 2019Amazon Com Inc meluaskan pergerakan “Bullish” di suku pertama dan mencecah paras tertinggi pada tahun 2019. Secara teknikal, kami berpendapat bahawa perkembangan minat membeli yang semakin meningkat ini mungkin akan berterusan lagi. Hal ini sejajar dengan “upside bias” yang kuat oleh “Moving Average” (MA berwarna biru 20 hari di atas MA berwarna merah 50 hari). Hal ini juga disokong oleh momentum yang kuat (penunjuk “14-day RSI” di atas 50 mata).
Sokongan segera ditetapkan pada USD1,891, dan seterusnya dilihat pada tanda sokongan USD1,824. Sebaliknya, kami menetapkan rintangan kukuh pada aras USD2,050.
MOMENTUM AMAZON KUAT DI ATAS ARAS USD1,700Amazon meneruskan trend menaik dan mencatat paras harga tertinggi pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan sentimen positif, unjuran daripada kemunculan corak “morning star”. Momentum segera mencadangkan lebih banyak potensi aktiviti membeli di sesi akan datang. Hal ini sejajar dengan isyarat positif pada petnda "MACD" dan momentum yang kuat dalam penunjuk "14-day RSI" (di atas 50 mata).
Sokongan segera ditetapkan pada USD1,766.50 diikuti oleh USD1,678.80. Sementara itu, rintangan pertama dilihat pada USD1,891.40 dan rintangan seterusnya adalah pada USD2,050.50.