OXY: Menguji RintanganSaham syarikat Occidental Petroleum dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Kedudukan harga terkini dilihat berada berdekatan dengan rintangan mendatar harga sebelum ini
Jika dilihat pada selang mingguan pergerakan harga seakan membentuk corak carta segi empat tepat
Candle harian pada hari sebelum ini dilihat gagal melepasi rintangan dengan membentuk lilin merah
Walaubagaimanapun selagimana harga belum memecahkan sokongan atau rintangan harga dilihat cenderung berlegar di dalam corak carta
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan OXY
OXY: Baji?Saham syarikat Occidental Petroleum Corporation dilihat bergerak dalam trend menaik sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Namun, jika diperhatikan pergerakan harga dilihat seakan membentuk corak carta baji menaik
Melihat pada selang masa mingguan,petunjuk RSI juga dilihat sudah memasuki kawasan 'overbought'
Volum penyertaan juga dilihat semakin berkurang tatkala harga membuat kenaikan menunjukkan berkurangnya minat belian
Hal ini juga bertentangan dengan prinsip teori Dow (6 tenets of Dow theory) yang mana volum perlu mengesahkan pergerakan trend
Namun tidak mustahil untuk harga terus membuat kenaikan sekiranya terdapat pemangkin yang menolak kenaikan harga
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagimana corak carta belum dipecahkan
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!