SWKS: Menguji RintanganSaham Syarikat Skyworks Solutions dilihat membuat kenaikan sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Kedudukan harga terkini dilihat berada berdekatan dengan rintangan arah aliran menurun
Volum dilihat tinggi ketika harga membuat kenaikan mendekati rintangan menunjukkan terdapatnya minat belian
Petunjuk RSI harian dilihat berada di atas paras pertengahan namun belum memasuki kawasan 'overbought'
Menarik untuk diperhatikan sekiranya harga berjaya tutup dan bertahan di atas rintangan sekaligus merangkap RBS
Adakah harga akan meneruskan kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan SWKS
SWKSBerdasarkan analisis saya:
1. SWKS kini berada dalam keadaan trend menaik berdasarkan ketiga-tiga MA.
2. SWKS telah membentuk batang lilin marubozu & stochastic menunjukan harga masih dalam keadaan bullish.
3. Walau bagaimanapun, harga telah berada di paras harga rintangan.
4. Jika SWKS berjaya memecahkan harga rintangan, dijangkakan harga akan meneruskan kenaikan kepada 166 USD.
Syarikat SWKS cuba membuat lantunanSkyworks Solutions, Inc.
Technology | Semiconductor - Integrated Circuits | USA
Syarikat sektor teknologi dalam bahagian semikonduktor US, Skyworks Solution Inc melantun dari paras sokongan sebelum ini. Memandangkan wujud lantunan ini, strategi yang boleh digunakan adalah beli pada harga bawah (BOD Buy On Dip).
TP1: 124
TP2: 128
SL1: 113
SL2: 112