V: Memecahkan Corak CartaSaham syarikat Visa dilihat bergerak membuat kenaikan sejak beberapa hari dagangan yang lalu
Harga dilihat membuat kenaikan memecahkan corak carta paras rendah berganda yang terbentuk minggu lalu
Hasil perolehan yang baharu diumumkan dilihat menjadi pemangkin kenaikan harga melepasi rintangan
Volum dilihat tinggi menunjukkan terdapatnya minat belian menyokong pergerakan harga
Petunjuk RSI dilihat melebihi paras pertengahan menunjukkan terdapatnya momentum kenaikan
Persoalannya, mampukah harga meneruskan kenaikan ataupun sebaliknya? Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
idea dagangan V
V: Mendekati RintanganSaham syarikat Visa dilihat bergerak mendatar sejak beberapa minggu dagangan yang lalu
Terkini, pergerakan harga dilihat mendekati rintangan corak carta yang terbentuk beberapa hari dagangan lalu
Jika dilihat pada selang mingguan, rintangan terbabit juga dilihat selari dengan rintangan mendatar pada selang mingguan
Volum dilihat tinggi ketika harga berada berdekatan rintangan menunjukkan terdapatnya minat penyertaan dalam pergerakan harga
Walaubagaimanapun lilin harian dilihat tutup membentuk doji menunjukkan ketidakpastian arah pergerakan
Ke mana halatuju harga seterusnya sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
Saham Syarikat VV
Visa Inc.
Financial | Credit Services | USA
V adalah kod bagi syarikat Visa Inc yang diperbuat dari segi sektor kewangan dan perkhidmatan kredit. Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang saham ini adalah uptrend@bullish dengan kenaikan sebanyak 37.63% dalam tempoh 1 bulan lepas. Dari segi kriteria syariah setakat hari ini, saham ini adalah Patuh Syariah.