ADDUS GAGAH MENERUSKAN GERAKAN “BULLISH”Addus Homecare Corp terus gagah melonjak melepasi rintangan USD85 sebelumnya, seterusnya mencatatkan kenaikan harga tertinggi baru. Ini menunjukan kecenderungan tinggi aktiviti belian daripada pasaran. Perhatikan tanda biru atas merah pada “Slow Stochastic” menunjukan momentum pasaran yang memberangsangkan. Dari sudut pandangan teknikal, ini menunjukan kekuatan pembeli mengatasi penjual. Berdasarkan momentum ini, dijangkakan kenaikan harga akan mencecah USD90 di masa akan datang.
Tanda sokongan berada pada USD85 diikuti oleh USD77.80. Pada arah bertentengan, rintangan terdekat sekitar USD90.
idea dagangan ADUS
PERGERAKAN AWAL "UPTREND" PADA ADDUS HOMECARE Addus Homecare Corp melompat di atas garis "downtrend" dan ditutup pada paras tertinggi pada tahun 2019. Hal ini menunjukkan peluang baik, yang mencadangkan permulaan baharu untuk kenaikan harga yang bakal terjadi. Perhatikan bahawa MA berwarna biru selama 20 hari adalah di atas 50 hari MA baris merah, dan isyarat positif MACD yang berterusan. Secara teknikal, hal ini memberi isyarat lebih banyak pergerakan ke arah atas. Hakikat bahawa penunjuk "14-day RSI" melebihi 50 poin menunjukkan momentum yang kuat - dengan itu pandangan positif kami dikukuhkan.
Tahap sokongan pertama pada USD70.20, diikuti sukongan USD67.90. Manakala, rintagan pertama dilihat pada USD73.50, seterusya rintangan kedua pada USD77.80