idea dagangan BTCETH.P
BTC : Short term bullish ? (E22)1. BTC telah gagal utk memecahkan paras sokongan semasa.
2. Dijangkakan BTC akan kembali menguji paras rintangan semasa dan sekiranya ianya gagal dipecahkan BTC berpotensi utk melakukan pembetulan semula ke paras sokongan terhampir.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Lima Petua untuk Pedagang dan Pelabur BaruSama ada anda baru atau telah pun berdagang lebih dari 20 tahun, catatan ini adalah satu peringatan semula mengenai kepentingan mempunyai jangkaan yang realistik terhadap pasaran. Kesabaran, keinginan untuk belajar dan pandangan yang positif, terutamanya untuk jangka masa yang lama akan membantu anda dalam perjalanan anda. Di sini ada beberapa petua untuk anda bermula!
1. Membuat kod pasaran
Pasaran kewangan menarik orang-orang pintar yang menjalankan strategi, penunjuk dan analisis untuk membuat keputusan yang lebih baik. Komuniti Skrip Pine adalah contoh yang tepat untuk ini - anda boleh terus ke halaman Pilihan Editor Skrip Pine untuk melihat sendiri. Dengan Skrip Pine, anda boleh membuat kod dan membuat penunjuk atau strategi anda sendiri. Lebih penting lagi, anda dapat mempelajari selok-belok tindakan harga dan mekanik asas bagi penunjuk-penunjuk tertentu.
2. Gunakan Perdagangan Kertas untuk menguji idea anda
Kesemua ahli mempunyai akses ke alatan Perdagangan Kertas percuma kami. Ini bermaksud anda boleh berdagang, melabur dan mempelajari idea anda di dalam satu persekitaran bersimulasi. Adakah anda rasa anda boleh mengalahkan pasaran? Buka carta di desktop anda, klik Panel Perdagangan di bahagian bawah dan sambungkan kepada akaun anda. Buat urus niaga dan kaji prestasi anda selama beberapa hari, minggu atau bulan berikutnya. Jom betapa hebatnya anda sebelum anda mempertaruhkan wang sebenar. 😁
3. Ikuti yang lain, gunakan bilik sembang dan berfikiran terbuka
Pedagang dan pelabur dari seluruh dunia berkongsi idea di sini. Mereka juga mengambil bahagian di dalam bilik sembang dan bahagian komen. Ini bukan hanya peluang untuk belajar dan bertemu dengan orang lain, tetapi juga merupakan peringatan tentang siapa lagi yang menyertai pasaran. Anda boleh mendapatkan maklum balas segera dengan mengemukakan soalan, mengikuti profil mereka atau menyumbang kepada pelbagai laman sembang. Tidak pernah semudah ini untuk membuat rangkaian dan bekerja dengan orang lain untuk belajar mengenai pasaran. Ini juga peringatan bahawa pasaran itu adalah berdaya saing. Dengan ini, mulakan perjalanan anda dengan meneroka komuniti, bertemu dengan orang lain dan belajar konsep-konsep baru.
4. Ujian semula, ujian semula, ujian semula
Penguji Strategi memudahkan anda untuk menguji semula dagangan anda dalam jangka waktu yang tertentu. Anda boleh menguji strategi yang berbeza di Perpustakaan Awam dengan membuka menu penunjuk dan memilih strategi. Strategi akan ditunjukkan dengan simbol anak panah merah kebawah dan anak panah hijau keatas di hujung tajuknya. Ia akan kelihatan seperti ini: "Strategi Momentum 🔻 ▲." Tambahkan strategi ini ke carta anda dan gunakan Penguji Strategi untuk mengikuti prestasinya. Bagi mereka yang mencari kaedah yang lebih mudah untuk menguji semula, alat Bar Ulangan dapat membawa anda kembali ke belakang untuk menguji idea anda pada ticker tertentu. Tekan butang Ulangan ⏪ di bahagian atas carta anda.
5. Buat satu rancangan
Ramai pedagang dan pelabur baru lupa untuk membuat rancangan. Sebaliknya, mereka mula berdagang tanpa menguji idea mereka atau belajar dari orang lain. Gunakan alatan yang ada dan buat rancangan jangka panjang! Lukiskan rancangan anda terus di carta, gunakan alat Nota Teks yang terletak di bahagian bawah carta sebagai blog atau buku harian peribadi anda, buat susun atur penunjuk, simpan susun atur carta tertentu untuk anda tidak kehilangan rancangan anda dan buat pemberitahuan untuk peringatan pantas. Kesemua alatan ini dapat meningkatkan proses dan rancangan jangka panjang anda. Lawati Pusat Bantuan kami untuk mempelajari dengan lebih lanjut dan anda boleh bertanyakan mengenai pelbagai perkara mengenai akaun anda.
Kami harap anda menyukai hantaran ini dan sila tinggalkan apa-apa soalan atau komen di bawah! Pasukan kami sentiasa membaca maklum balas anda. Nantikan hantaran-hantaran lain dari kami.
BTC : Descending triangle? (E21)1. BTC telah melakukan lantunan pada garisan trend menurun.
2. Dijangkakan BTC akan kembali menguji paras sokongan descending triangle
3. Sekiranya ia berjaya dipecahkan, BTC berpotensi utk meneruskan penurunan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
BTCUSD-( Fibo lanjutan & RBS -journal dan kajian bersama)I/Allah1. BTC menbuat kenaikan yang luar biasa tetapi yang menjadi kebimbangan ialah volum yang tidak sekata dengan kenaikan luarbiasa
2. RBS yang terkini untuk di jadikan sedikit panduan untuk masa hadapan.
3. harus mempunyai emosi dan adrenalin yang kuat jika pedagang kripto mengambil posisi di waktu ini
4.petunjuk RSi yang melebihi " upper band" 90 juga harus di ambil kita ' ingin' mengambil posisi di waktu ini
5.jangan FOMO , nantikan di waktu yang tenang dan selamat untuk mengambil bahagian kerana ' sabar itu wang'.
mari kita kaji bersama2.
NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli atau menjual instrumen ini
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma13ma50&goldencross
#4eDucationOnly
#lessISmore.
Saya rekod video ni dari Linux ! Nota : Harap maaf, videa asal tadi tak menjadi. Yang tu saya rekod dari Firefox. Video kali ni saya rekod dari Google Chrome. Kalau masih tak boleh play, abaikan apa saja yang saya tulis di sini.
MacOS dah , iOS dah, Windows dah, Android dah, dan hari ini saya cuba Tradingview dari Linux.
Saya guna Linux Mint dan hanya run dari USB .
Secara umum, memang Tradingview boleh buka di mana-mana sahaja , asalkan guna internet browser dan ada internet line.
Tapi bagi saya yang selalu rekod video, memang kena cuba dulu baru tau jadi atau tak. Setakat nak conteng2 chart, memang boleh jer.
Selamat Tahun Baru 2021 dan semoga terhibur !