Idea dagangan
BTCUSDT: Memecahkan SokonganHarga matawang kripto diliihat baharu sahaja membuat kejatuhan beberapa hari dagangan yang lalu
Jika diperhatikan pergerakan harga sebelum ini dilihat mendatar bertahan di atas sokongan
Harga dilihat membuat kejatuhan disertai volum yang tinggi menunjukkan minat jualan yang tinggi
Kedudukan matawang dollar yang semakin menguat juga merupakan pemangkin kepada kejatuhan tersebut
Harga jika dilihat pada selang masa harian seakan cuba membuat lantunan teknikal setelah berlakunya kejatuhan
Adakah matawang kripto ini akan terus melakukan kejatuhan ataupun kembali membuat kenaikan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggugnjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
BTCUSDT: Cuba Membuat Kenaikan?Harga matawang bitcoin dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Beberapa hari lalu volum dilihat lebih tinggi daripada paras volum purata ketika harga bergerak mendatar
Harga beberapa hari lalu seakan telah memecahkan rintangan arah aliran menurun pada selang mingguan
Walaubagaimanapun volum pada selang mingguan menunjukkan anomali dengan lilin kecil terbentuk beserta volum tinggi
Tidak mustahil harga akan membuat kenaikan buat masa singkat sebelum menunjukkan halatuju seterusnya
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
BTCUSDT: Ke Mana Halatuju?Matawang Bitcoin dilihat bergerak mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Harga dilihat baharu sahaja memecahkan sokongan arah saluran pada minggu dagangan yang terbaru
Jika diperhatikan pergerakan harga juga dilihat seakan telah membentuk corak carta bendera
Volum dilihat tinggi ketika harga memecahkan sokongan menunjukkan terdapatnya minat jualan
Anomali volum juga dapat dilihat ketika harga membuat kenaikan menguji kekuatan rintangan arah saluran sebelum ini
Selagimana harga belum menunjukkan kekuatan harga adalah dianggap cenderung meneruskan kejatuhan
Walaubagaimanapun tidak mustahil juga harga akan bergerak medatar sekitar paras sokongan psikologi (20000)
Ke mana halatuju seterusnya? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
BTCUSDT: Kepala & Bahu?Harga BTCUSDT dilihat bergerak dalam trend menurun setelah gagal membatalkan sokongan corak carta beberapa hari dagangan lalu
Terkini, pergerakan harga pada selang masa 4 jam dilihat seakan membentuk corak carta Kepala & Bahu
Pergerakan RSI sebelum ini dilihat membentuk 'divergence' tatkala harga membuat paras rendah baharu
Profil volum juga dilihat masih selari dengan corak carta Kepala & Bahu songsang (volum tinggi di bahu kiri & kepala)
Menarik untuk diperhatikan sekiranya rintangan corak carta berjaya ditembusi dengan volum yang tinggi
Walaubagaimanapun, trend jangka masa panjang (mingguan) dikatakan masih lagi cenderung membuat penurunan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima kasih!
BTCUSDT: Memecahkan Corak CartaMatawang kripto BTC dilihat bergerak dalam fasa mendatar sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Baru-baru ini, penjualan BTC dilihat agak agresif sejak beberapa hari yang lalu
Jika diperhatikan pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat telah memecahkan sokongan corak carta 'kepala & bahu'
Walaubagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana lilin dagangan belum terbentuk sepenuhnya
Hal yang menjadi kebiasaan ketika harga memecahkan corak carta adalah dilihat pada jumlah volum ketika lilin memecahkan corak carta terbabit
Volum yang tinggi menjadi pengesahan pergerakan menunjukkan berlakunya minat jualan yang kuat
Mampukah BTC bertahan? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!






















