4-APR-2019: PEMBELAJARAN 5 - CARA MENENTUKAN TRENDLINEPENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Dengan lafaz suci bismillah saya mulakan perkongsian saya pada pagi ini,
Selamat pagi dan selamat sejahtera. Saya ingin berkongsi cara asas bagamana untuk menentukan trendline dengan mudah. Harus di ingat disini ini cara penentuan ini adalah berlainan diantara setiap individu, TIDAK ADA ISTILAH SALAH KO BUAT TU , selagi kita dapat melukis dan menentukan arah pasaran itu sudah memadai.
Perkongsian ini sangat ringkas kerana ianya adalah untuk berkongsi bagaimana nak melukis TRENDLINE sahaja. Tolong ambil serious perkara ini kerana disebabkan perkara kecil sebegini mungkin akan menghilangkan modal anda 100%
APAKAH KEPENTINGAN TRENDLINE?
Ada sesetengah sifu @cikgu mengatakan "Ala tak yah lukis laaaa… pakai ja fibo baru gempak" haa ini adalah tanggapan yang salah. Sebenarnya sebelum anda mulakan dengan Teknik-Teknik advance kita perlulah bermula dengan trendline terlebih dahulu.
Tujuan utama menandakan trendline adalah:-
1. Menetukan halatuju pasaran
2. Menentukan garis sokongan ringkas (support) untuk pergerakan carta sedia ada.
APAKAH SELA MASA ((TIME FRAME) YANG SESUAI UNTUK MENANDAKAN TRENDLINE?
Untuk pengetahuan semua, sela masa adalah perkara yang penting dalam menentukan arah pergerakan pasaran, jadi sebaiknya sela masa yang digunakan adalah sela masa yang BESAR
Saya sendiri menyukai SELA MASA 4H, Daily dan keatas untuk menentukan arah
BAGAIMANA HARUS KITA MULAKAN?
Berikut saya nyatakan langkah demi langkah yang procsider biasa(SOP) yang saya gunakan.
Untuk contoh ini saya akan menggunakan carta DAILY
a. Buka chart dan tandakan garisan menggunakan fungsi garis. Ianya haruslah menyambungkan sekurang-kurangnya 2 titik untuk menjadikan TRENDLINE yang lengkap.
Namun begitu sekiranya ada lebih dari 2 lebih bagus dan KUAT garisan tersebut. Rujuk gambar dibawah.
Namun begitu terdapat persoalan daripada sesetengah penganalisis… adakah nak sambungkan kat shadow atau body?
Sebenarnya ini adalah subjektif, namun sekiranya anda ragu-ragu dengan garisan yang anda lukiskan diatas, anda boleh menukarkan jenis carta anda daripada CANDLESTICK > GARIS dan ia akan kelihatan seperti dibawah:
Sila laraskan garisan anda supaya garisan menyentuh bucu carta tersebut
Setelah selesai kita tukarkan semula bentuk charta daripada GARIS > CANDLESTIK dan kita akan dapati itulah garisan yang terbaik dan mudah untuk dilihat, seperti dibawah:
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak memberikan manafaat kepada anda. Ingat berlatih dulu dengan 2-3 chart yang anda suka, inshaallah saya akan kongsikan langkah seterusnya dalam post akan datang.
INGAT, TIADA KEJAYAAN TANPA USAHA. TIADA ADVANCE TANPA ASAS.
#ASASJER
#BOKOJOZ TRADING IDEA