Pada satu pasaran saham, permodalan pasaran sesebuah syarikat boleh menunjukkan tahap kesihatannya — seperti itu juga, permodalan pasaran kripto boleh menjadi satu barometer yang bagus untuk pelabur kripto. Satu permodalan pasaran yang semakin berkembang bermaksud pelabur-pelabur merasa positif terhadap satu-satu syiling dan mahu melabur — jadi jika anda teragak-agak untuk membeli Bitcoin atau tidak, carta permodalan pasaran Bitcoin mungkin dapat membantu. Ia memaparkan seluruh jumlah nilai Bitcoin iaitu bilangan syiling dalam peredaran didarabkan dengan harganya — menganalisa ayat ini dapat memberikan anda satu idea bagaimana pergerakan Bitcoin dan kemana ia akan pergi.