Idea dagangan
GOLD: Cup n Handle?GOLD dilihat bergerak dalam trend mendatar mematuhi rintangan dan sokongan saluran singkat sejak beberapa bulan dagangan yang lalu
Jika dilihat pada selang masa bulanan, harga seakan membentuk corak carta 'Cup and Handle' yang kebiasaannya merupakan isyarat kenaikan
Pembentukan corak carta tersebut juga dilihat pernah terjadi sekitar tahun 2004 yang lalu (tidak ditunjukkan)
RSI bulanan ketika ini dilihat menguji kekuatan garisan MA RSI, dan berada di zon positif belian
Histogram MACD pula dilihat masih di bawah paras positif namun seakan menunjukkan kehadiran momentum
Garisan isyarat dan garisan MACD dilihat masih belum melakukan persilangan
Walaubagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan selagi harga belum memecahkan paras ATH sebelum ini
Menarik untuk diperhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak akan bertanggungjawab di atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Segala kerjasama didahului dengan terima kasih
27 DISEMBER 2021 |Emas mendaki tinggiKomentar ringkas pandangan analisa teknikal peribadi EMAS/XAUUSD carta semasa.
.
1. XAUUSD atau Emas membuat uptrend pada julat harian menunjukkan kepercayaan pelabur dan permintaan terhadap emas.
2. Setelah melakukan pendakian, emas mula membuat pembetulan harga, dan hasil reaksi permintaan dan penawaran membentuk corak carta segi tiga(triangle).
3. Potensi emas untuk mendaki lebih tinggi sekiranya memecahkan rintangan dan kekuatan permintaan mengatasi penawaran
.
Selamat Berdagang.
.
*PENAFIAN : Keputusan pelaburan/dagangan di pasaran saham ataupun niaga hadapan melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan . Ilustrasi/Peringatan ini hanya sekadar perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu instrumen perdagangan. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.






















