16-JULAI-2020: AAPL masih belum penatAssalamualaikum dan selamat sejahtera;
Saham ini walaupun terpalit dengan isu saman, masih belum penat mendaki dan mencapai All Time High (ATH ) pada isnin lepas. Ia berada dalam keadaan menaik semenjak melepasi paras 52WH pada 1 Jun 2020 dan masih dalam keadaan trending UP di dalam channel seperti ditandakan.
Boleh entri lagi ka?
Sebaiknya kita tunggu untuk pullback di kawasan zon sokongan seperti ditandakan di dalam chart.
sekiranya price hendak mendaki lebih tinggi ianya perlu turun terlebih dahulu untuk mendapatkan momentum. jadi kita akan follow rapat kaunter ini dan cuba memerhatikan reaksi harga di kawasan zon sokongan.
Masukkan dalam WL dan setkan alert di chart masing-masing.
Semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.