SNAP (SAHAM)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
- Limit Jualan -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: 100pips
Target Kerugian: 30pips
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:3
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah berdasarkan selang masa m15 semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)
idea dagangan 1SNAP
Saham Syarikat SNAPSNAP
Snap Inc.
Communication Services | Internet Content & Information | USA
SNAP adalah kod bagi syarikat Snap Inc yang berada dalam kategori sektor perkhidmatan.
Mengikut pemerhatian gelombang sahlun tentang saham ini adalah uptrend dalam tempoh 1 bulan lepas.
Dari segi kriteria syariah setakat hari ini, saham ini adalah Patuh Syariah.
PENAFIAN SAHLUN: Maklumat dan penerangan sebarang senarai saham, derivatif, komoditi, matawang kripto, bon , sukuk atau sebagainya yang dinyatakan adalah sebagai tujuan pendidikan semata-mata dan bukanlah saranan pembelian mahupun penjualan. Segala liabiliti risiko dagangan adalah diatas tanggungan sendiri. Anda hendaklah mendapatkan rujukan dan nasihat dari pakar dan konsultan bertauliah.
5-MAC-2020: SNAP telah sampai di Kawasan yang ditandakanAssalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tools Kajian;
1. SNR – Harga berada di Support yang ditandakan sebelum ini
2. Volume – masih banyak tekanan jualan untuk 5 hari
3. MA - cross kebawah (daily)
Ulasan;
Snap chat ni mmg jatuh dan landing betul2 di garisan yang kita telah tandakan sebelum ini (Klau nak baca ulasan minggu lepas boleh ke link yang diberikan). Walaupun ada potensi akan melantun balik ke atas. Harus di ingat, kita takut ini sekadar bersifar sementara. So kena perhatikan pembentukkan struktur harga yang lebih jelas dahulu bagi memberikan keyakinan untuk kita masuk kembali dalam pasaran.
Rumusan;
Sama seperti minggu lepas kita perlu memerhatikan pasaran. Sekiranya minggu ini berakhir dengan cantik, inshaallah kita akan mula mengatur strategi minggu depan. Namun kalau market still huru hara, kita lepak tepi dulu. Ingat kita bukan penjudi, kita trader yang hanya masuk sekiranya ada setup menarik saja.
semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
25-FEB-2020: SNAP, tunggu dan cari peluangAssalamualaikum dan Selamat sejahtera,
Tools Kajian;
1. Trend keseluruhan - Masih Menaik
2. Trendline - harga melantun pada TL
3. MA - cross kebawah b(daily)
Ulasan;
Snap chat menampakkan penurunanwalaupun kelihatan ditutup diatas TL yang ditandakan.
Dijangka dengan ketitaktentuan pasaran akibat covid-19 ini pasaran dijangka akan menjunam, kita menunggu peluang terbaik untuk buy dan bakal memerhatikan paras support terdekat yang jelas.
Rumusan;
Pada masa sekarang kita akan perhatikan dahulu keadaan dan menunggu di support terdekat.
Secara keseluruhannya agak sukar untuk menentukan untuk memasuki pasaran atau tidak keran sentimen yang tidak menentu. Adalah sebaknya kita mengelak daripada merisikokan modal yang ada buat masa ini dan bersedia apabila keadaan betul-betul reda.
semoga bermanafaat
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.