ARTRONIQ - EP RM 0.845
JIka melihat kepada carta hari ini 2/1/2024 Kaunter ARTRONIQ telah pun berada di dalam situasi beli dalam keadan lemah .
Berikut ialah perincian harga untuk kaunter ini :
Harga beli RM (Buy) =RM 0.845
Harga jual sekiranya untung (RM) (Target price) = 0.92
Jual sekiranya harga turun (RM) (Cut loss) = 0.81
(Ini adalah idea dagangan sahaja. Sebarang risiko kerugian/kehilangan wang tidak di tanggung oleh penerbit idea)
idea dagangan ARTRONIQ
ARTRONIQ - BB Squeeze pecah kebawahKajian Kaunter ARTRONIQ
Kajian sebelum ini menunjukkan kaunter ini berpotensi setelah kelihatan BB Squeeze.
Sangkaan untuk kaunter ini naik namun berlaku sebaliknya.
Kerana, pada kondisi BB Squeeze ini ada dua kebarangkalian sama ada ke atas atau kebawah.
Dan arah yang terhasil kaunter ini adalah kebawah.
Pada yang memegang kaunter ini seharusnya cutloss apabila break support.
Boleh jadikan ini sebagai panduan untuk masa hadapan
#BAYOR #TAYOR
artroniq cubaan pecahkan rintangan
artroniq sedang membentuk fasa uptrend, dan dalam cubaan untuk pecahkan rintangan orw 5y. timing durasi contraction semakin mengecil menunjukkan fasa pengumpulan akan berakhir tidak lama lagi dimana volume pembeli semakin meningkat. kemungkinan artroniq tidak akan membuat pb berdasarkan carta mingguan artroniq mungkin akan terus terbang. indi stochastic memberi isyarat artroniq sudah dalam zon OS. jika momentum volume membeli berterusan dan meningkat artroniq akan pecahkan rintangan kuat dan membuat kenaikan baru 52W.
ARTRONIQ - Berjaya keluar awan IchimokuKajian Kaunter ARTRONIQ
Awan Kumo Ichimoku ini juga adalah salah satu petanda awal jika sesuatu kaunter ini sedang menukar trend.
Jika paras Awan ini berjaya bertahan dan harga tidak kembali masuk ke dalam awan, menarik!
Boleh perhatikan juga susunan Moving Average di bawah yang juga boleh dijadikan sebagai dinamik support.
Volume juga kelihatan sedang meningkat.
Menarik untuk diperhatikan
#BAYOR #TAYOR
ARTRONIQ masih mahuARTRONIQ masih mahu mencuba ke atas semula. Kata orang dia kaunter game, jadi hati-hati dan ia mode short term sahaja dulu.
Sejarahnya boleh dilihat pada chart. pada minggu lepas kelihatan ada volum masuk, tapi xbanyak. Minggu depan boleh diperhatikan
jika ada ramai tertawan, naiklah dia.
Rujuk chart untuk dapatkan snr pada gann sebelah kanan.
@forstudy
artroniq sudah jumpa tapak
setelah membuat penurunan yang tak berapa sihat, artroniq dilihat cuba membuat support kuat. sesi dagangan hari ini memberi gambaran support terbentuk sudah hampir valid, petunjuk stochastic memberi bayangan artroniq sudah dalam zon max OS. jika momentum bullish beterusan minggu ini, artroniq akan teruskan kenaikan membuat gdc dan HH baru.
ARTRONIQ (BURSA)Pelan Pelaburan
- Limit Belian -
Entri: Garisan Putus-Putus Warna Biru
Ambil Untung: Garisan Putus-Putus Warna Merah
Target Keuntungan: Minimum 10%
Target Kerugian: Maksimum 5%
Nisbah Risiko dan Ganjaran: Lebih 1:2
Tip untuk membuat entri: Entri apabila terdapat pengesahan paten pembalikan arah semasa harga masuk ke dalam zon belian atau jualan bagi mengurangkan risiko rugi. Sekiranya tiada pengesahan pembalikan arah dan pasaran mengesahakan paten penerusan, maka entri berdasarkan trend ketika harga menguji semula zon tersebut.
Berdagang Atas Risiko Anda Sendiri (BARAS)