idea dagangan ASDION
Corak sama dengan HSS Engineer? (Asdion, 0068.kl)Kod saham: 0068
Nama saham: Asdion Bhd
Screener: 18LC untuk 26 Feb 2019
Tarikh pemerhatian: 27 Feb 2019
Pemerhatian:
a) Harga & Volume:
- Sebaran harga yang kecil dengan volume yang rendah antara hujung Ogos'18 hingga hujung Dis'18.
- Ketika harga menaik, sebaran harga menjadi besar dan volume tinggi.
b) Peringkat Pasaran:
- Secara umum, harga berada dalam peringkat Accumulation (S1) sejak hujung Jul'18.
- Jika harga tutup melebihi Resistance Line, kebarangkalian tinggi peringkat MarkUp (S2) bermula).
c) Trend Line:
- Secara umum, harga bergerak dalam Trading Range (antara 17.5sen - 28sen).
- Ia bergerak secara Downtrend dari hujung Jul'18 hingga hujung Oct'18.
- Selepas itu, harga bergerak secara Sideway hingga awal Jan'19.
- Pada masa yang sama, 20MA melintasi keatas garisan 40MA dan harga berada atas 20MA.
- Harga kini berada pada aras Resistance Line (25.5sen) dan melakukan Pullback.
Rumusan:
- Harga bergerak melintasi Resistance Line pada 26 Feb 2017.
- Pada waktu penulisan, harga masih lagi berada diatas Resistance Line.
- Sekiranya harga tidak tutup dibawah Resistance Line, kebarangkalian untuk harga melonjak naik adalah tinggi.
- Kita lihat situasi saham ini semula selepas tamat waktu transaksi.
ASDION dalam fasa menaikASDION sektor teknologi sedang dalam fasa menaik.
Di lihat melalui garisan ema50 dan ema200.
Harga semasa sekarang adalah di atas kedua-dua ema50/200.
Ini bermakna kaunter ASDION dalam fasa uptrend.
MACD juga baru terbentuk atau bersilang (Golden Cross)
Memantul dalam kawasan fibo 382
ASDION : Masih ada kah puncak untuk didaki?Sebelum ini, saya beranggapan ASDION sedang melalui fasa pengumpulan dan di hujungnya ada sedikit kenaikan di mana saya menyangkakan telah bermula fasa mark-up.
Namun, ada pendapat mengatakan ia bakal menemui Dead Cat Bounce pattern di mana kenaikan ini hanyalah bersifat sementara sebelum ia menjunam melepasi paras terendah sebelum ini.
Apa-apa boleh berlaku dalam dunia saham. Sebagai trader kita hanya mampu menyediakan trading plan sahaja dan membuat jangkaan ke mana ia akan pergi:
Meneruskan kenaikan melalui uptrend channel
Membuat kenaikan sementara sebelum jatuh semula
ASDION: Adakah pengumpulan telah berakhir?Sejak minggu lepas, harga ASDION bergerak secara sideways dan menyentuh titik support & resistance yang hampir sama.
Namun pada hari ini (5-JUN-2018), ia menyentuh 0.290 dengan volume yang lebih besar dari hari-hari sebelumnya.
Dengan indikator yang hampir-hampir menunjukkan BUY signal, adakah ini menandakan fasa pengumpulan akan berakhir dan akan disambung dengan fasa "mark-up"?
Sama-sama kita monitor kaunter ini.
PENAFIAN : Maklumat yang disampaikan di sini BUKAN "buy call" atau "sell call". Ini hanyalah pendapat peribadi dan untuk tujuan analisis sahaja.