idea dagangan AWC
AWC BERHAD - berjaga di sokongan jika berminat untuk mendaki.Kajian Analisa.
AWC BERHAD – Trading and services, Industrial Product & Services.
Pendakian bermula pada 24.02.2021 setelah breakout berlaku.
15.03.2021 terjadi puncak terbaru di 0.740.
Untuk meneruskan kenaikkan, zig zag telah berlaku.
Maka Pembalikan turun sedang terjadi.
Terdapat 2 pilihan bagi pedagang.
1. Entry sekarang sekiranya Resistant telah pecah.
2. Adalah lebih selamat tunggu di support untuk masuk.
Ringkasan yang sedang berlaku.
1. Harga berada di area TOP BB bergerak ke MID BB. (kebawah)
2. Harga berada di atas MA200,MA50.
3. Trendline Downtrend telah pecah – Masa untuk UPTREND semula.
4. Volume Belian – Kurang sedikit , pelabur melepaskan sebahagian saham.
5. SmartMCDX indi merah – Pembeli korporat telah berada didalam.
6. Stoch RSI – Bersilang kebawah.
Masih ada peluang bagi pedagang untuk turut serta mendaki ke puncak.
Tindakan Trader:
Kesimpulan dari pemerhatian - Pendakian sedang berlaku semula .
Jika anda kental untuk EP, masuk di resistant yang hampir setelah breakout.
Untuk lebih selamat, EP di support.
Sila perhatikan dengan teliti jika berminat untuk masuk.
Adakan akan terjadi High High yang terbaru?
Mari saksikan kajian ini bersama.
# Bukan Buy Call hanya KAJIAN Analisa dari Nubies sahaja.
# TAYOR.
AWC menghampiri1) AWC kelihatan menghampiri 1.618 garis fibo,
2) Harga semasa mencuba untuk memecahkan garis rintangan pada 0.685, namun masih belum berjaya
corak carta : ABCD, fibo
status : syariah
tempoh masa : harian
Sektor : Perdagangan & Perkhidmatan, Perkhidmatan Pengurusan Aset, Pengurusan Kemudahan Bersepadu,
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
AWC: Dua kali 52-week high dalam tempoh semingguAWC sekali lagi mencapai paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Baru-baru ini AWC mengumumkan keuntungan tertinggi sejak disenaraikan di Bursa
Parabolic SAR masih lagi memberi signal buy
Mungkinkah AWC akan cuba memecahkan rintangan 52 week high dalam masa terdekat?
Ini bukan buycall. Sama-sama kita kaji.
Muhammad Safwan Romli, RPh
MPharm (UK)
AWC (Berehat Sebelum Meneruskan Tujahan Kedua)Sektor:
- Trading & Services, Asset Management Service, Integrated Facilities Management, Industrial Products & Services.
Idea analisis:
- Dari sudut fundamental, AWC merupakan syarikat yang tidak konsisten dalam membuat keuntungan. Pada Ogos 2020, AWC mencatat kerugian sebanyak RM 29,896. Walaubagaimanapun, AWC mencatat keuntungan pada quarter selepasnya (November 2020 dan Februari 2021).
- Dari sudut teknikal, AWC dilihat telah breakout double bottom pattern. Kemudian AWC retest di garisan RBS sebelum breakout 52 week high dengan volume yang signifikan.
Nota kaki:
* Retest = Selepas breakout, harga turun seketika di garisan yang telah dipecahkan tadi.
* RBS = Resistance Become Support.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
Cangkir dan Pemegang AWCAWC merupakan syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengurusan bangunan.
QR baru baru ini mencatatkan keuntungan bersih tertinggi. Mungkinkah ini mengubah halatuju AWC?
Carta semasa membentuk Cawan dan Pemegang. Harga semasa berada di garis leher.
AWC juga telah memecahkan DTL utama.
Volume menjual kurang.
TP adalah sedalam cawan yang dibentuk (boleh rujuk carta)
CL 515
TAYOR, ini bukan panggilan pembelian, sekadar perkongsian kajian.
28 FEB 2021 | Berjaya pecah rintanganSalam Sejahtera.
Sekadar ingin berkongsi pandangan analisa perbadi.
.
1. Carta Harga telah melepas rintangan 52 minggu yang lepas pada 0.53 sen bersama volume yang signifikan
2. Namun perlu diperhatikan rejection price di candle yang terakhir.
3. Menunggu harga di pullback harga sekitar 0.53 sen utk kurangkan risiko.
.
Selamat Berdagang.
Tayor.
AWC [S] MEMBUAT BREAKOUT 52-WHAWC MEMBUAT BREAKOUT 52-WH
1. AWC telah membuat breakout 52-week high
2. Secara teknikal, AWC berpotensi meneruskan kenaikan sehingga 66 sen
3. Adakah AWC akan berjaya? Sama-sama kita saksikan
Ini bukan saranan untuk beli, tetapi saranan untuk sama-sama kita kaji!
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah Saba', ayat 39)
---------------------------------------
PENAFIAN:
Saya bukan penasihat kewangan, penasihat pelaburan atau broker berlesen. Apa sahaja perkongsian di platform Tradingview hanya untuk tujuan pendidikan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya yang terhad. Tiada 'buy call' diberikan. Semua pelabur dan pedagang hendaklah bertanggungjawab di atas keputusan pelaburan dengan mempertimbangkan risiko masing-masing. Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian disebabkan apa sahaja keputusan pelaburan yang dilakukan.
---------------------------------------
27 Feb 2021: AWC mencabar F61.8% untuk kenaikan
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
AWC
1. Harga membentuk kandle marubuzo bullish dengan volum yang besar, harga juga berada di atas EMA jangka sederhana.
2. Harga semasa mencabar EMA jangka panjang dan zon fibo utama 61.8% (RM0.645).
3. MACD mula bergerak ke zon bullish dan mula bermomentum.