idea dagangan BAUTO
BAUTO: Perlu diberi perhatian1) Kaunter ini mengalami kemasukan volume pembelian yang signifikan pada permulaan bulan Jun lepas tetapi tiada penjualan yang besar berlaku, menandakan market maker masih berada didalam kaunter ini.
2) Sejak daripada kemasukan volume tersebut, kaunter ini didagangkan secara ranging dengan paras tertinggi pada 1.650 dan paras terendah pada 1.310 dengan harga terkini pada 1.410.
3) Indikator RSI telah melebihi paras 50 menunjukkan momentum pembelian yang semakin meningkat bag kaunter ini.
4) Indikator stochastic juga telah bersilang dan mencapah keatas menandakan cycle kenaikan yang berlaku.
5) Ada 2 cara pembelian bagi kaunter ini sama ada masuk pada harga rendah terkini berdekatan paras support terendah iaitu 1.310 atau masuk setelah kaunter ini melakukan breakout pada paras 1.650 sebagai konfirmasi permulaan trend baru.
BAUTO Dalam Proses Pertukaran TrendBAUTO telahpun memecahkan garisan menurun 1 tahun pada 9 Jun 2020 yang lalu kemudian membuat retracement dan kini seperti sudah mengesahkan pullback untuk memulakan perjalanan ke atas. Pertukaran trend menurun kepada menaik. BAUTO juga telahpun berjaya menutup gap down belum ini dengan jayanya dan juga telahpun melepasi aras EMA50. Aras target seterusnya adalah di EMA200 iaitu di aras 1.72. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Juga BERMAZ cubaan bertahan pada sokongan kukuhBERMAZ masih lagi gagal untuk cubaan rally dan gagal untuk mengatasi garisan EMA50.
Kini berada pada kawasan sokongan kukuh untuk carta BERMAZ pada aras 2.28
monitor untuk peluang penambahan unit dan pelaburan seterusnya jika harga masi mampu untuk bertahan pada atas sokongan kukuh.
BERMAZ - koreksi mungkin berakhirBerjaya Auto, telah berjaya bertahan pada sokongan kuat 2.28 selepas melalui koreksi, pengambilan profit yang agak lama. BERMAZ hari ini telah membentuk lilin yang hampir melepasi downtrendline (DTL)
BERMAZ telah berjaya melakar rekod YoY tertinggi untuk FY19, dan telah memberikan dividen yang agak tinggi untuk tahun 2019 sebanyak 21.25 sen, juga dividen tertinggi bagi syarikat tersebut.
Rintangan pada 2.38 dan seterusnya pada 2.42.
Monitor untuk peluang pelaburan seterusnya.
arah tuju bautomelihat pada carta, jelas kaunter bauto sekarang bergerak laju turun ke bawah.
mungkin akan ada teknikal rebound berhampiram 2.28. jika berjaya naik atas harga 2.37 mungkin akan berlaku semula pertukaran trend..
saya jangkakan support yang kuat berada pada julat harga 2.17~2.12
PENAFIAN | DISCLAIMER: Aktiviti pelaburan/dagangan di pasaran saham melibatkan risiko dan tidak sesuai kepada semua orang. Toleransi terhadap ganjaran mahupun risiko perlu difahami sebelum memulakan aktiviti pelaburan dan dagangan di pasaran saham. Peringatan ini hanya sekadar ekspresi perkongsian idea dan tiada saranan untuk membeli atau menjual sesuatu saham. Segala risiko atau ganjaran daripada transaksi pelaburan keatas dagangan saham adalah dibawah tanggungjawab anda sendiri. Tiada keuntungan tetap atas setiap pelaburan dan juga prestasi lampau tidak akan menjanjikan prestasi yang sama pada masa akan datang.
15 Jul 2019: Bermaz bermomentum untuk menebusi harga 52w highPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
5248: Bermaz
1. Harga berjaya menebusi rintangan jangka pangjang di RM2.48 pada 13 Jun 2019.
2. Harga mula menurun setalah mencapai harga tertinggi 52 mingguan pada RM2.78.
3. Penurunan dapat disokong oleh zon fibo 61.8% di RM2.57 dan serdang mencabar RM2.66 rintangan fibo.
4. Volum kebelakangan ini amat memberangsangkan
5. RSI masih di zon neutral.
6. Momentum MACD mula berkurangan.
5248 BAUTO : Sudah Ada Di Dalam? Jangan Goyang!Ada dua kemungkinan pergerakan BAUTO berdasarkan analisis yang telah sy lakukan.
Sama ada akan turun dahulu kemudian naik. atau terus naik.
Jika terus naik, berkemungkinan untuk TP selamat, sebelum 2.880.
Jika BAUTO turun dahulu, dan kemudian melepasi 2.670 sekali lagi, EP di 2.680 dan TP pertama pada 3.070.
bermaz autopada 14 march, harga bauto telah gap up dan naik tinggi kerana quarter report yang positif.
walau bagaimanapun, kenaikan itu tidak dapat bertahan dan para pelabur telah melakukan pejualan.
jika harga pecah support 2.3, harga akan menutup gap dan turun hingga ke paras 2.55 dan jika tekanan jualan masih kekal, harga boleh turun keparas 2.12
tapi ia akan mengambil sedikit masa.
support = 2.3~2.25
BERMAZ Manipulation?Pergerakkan sideway nampak macam tengah kena accumulation dan manipulasi. Area nk beli kat harga 2.1 dua kali x lepas harga area 2.4 dh buat mcm double top.
Cuak gak tgk tapi bila pikir ada gap up tambah dh uptrend mcm pelik gak... sideway ni agak penting dh ding dong kat situ. Rsi mcm rendah so agak safe leh try sideway enter harga rendah. Tgk cirle line ada pin bar so ni mcm yakin ada collection hit area hijau naik balik...so trade dgn berhemah set Sl. pecah resistance rounding bottom la...