BINACOM (0195) - TELECOMUNICATIONNampak seperti BINACOM hendak menutup GAP antara 22&23April sebelum melakukan pullback.
Stoch RSI juga di paras oversold.
Sekarang ia sedang test support 0.43.
Jika ianya dapat tembus support 0.43 berkemungkinan akan test next support 0.40 bagi menutup GAP tersebut dan seterusnya melakukan pullback.
Strategi yang akan digunakan adalah strategi BOD.
S1 - 0.43
S2 - 0.40
R1 - 0.46
R2 - 0.49
R3 - 0.53
idea dagangan BINACOM
Adakah BINACOM bakal buat Triple Top Stock Chart Pattern ?Kalau triple top pattern betul-betul terjad mungkin Binacom akan membuat :
- Reversal pattern ke bawah.
- Ia terbentuk dari aliran uptrend yang sebelumnya.
- Anda harus sedar bahawa corak ini berpotensi menjadi pelbagai corak, dan anda tidak boleh yakin bahawa ini adalah bahagian atas tiga hingga mencapai titik ketiga pada garis rintangan.
- Volume jualan agak kuat setelah ia memecahkan garis sokongan.
utk rujukan boleh lihat contoh video
www.youtube.com
BINACOM (Syariah) 24 April : Berehat seketika selepas breakout1. BINACOM breakout dan sekrang berehat seketika
2. Volume kurang dan harga tidak banyak turun
3. Sedang membuat support baru dan menunggu pullback selesai
4. Saham yang sihat selepas naik akan berehat sebelum meneruskan kenaikan. Tunggu pullback dan reversal signal sebelum masuk kembali
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
26 Apr 2020: Binasat amat bullishPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Binasat
1. Harga melantun naik selepas membentuk corak dasar berkembar pada RM0.20.
2. Volum besar kebelakangan ini telah menolak harga menaik secara berterusan.
3. Harga semasa serdang mencabar zon fibo utama 61.8% (RM0.445).
4. RSI dalam zon overbought, penarikan balik sementara mungkin berlaku.
5. MACD dalam zon bullish dan bermomentum.
Binasat Communication Berhad - 5GBinacom adalah tergolong dari sektor telecommunications and media adalah syarikat baru bermula January 2018.
Dbuka pada harga RM 0.590 namun berada dalam keadaan bearish sehingga September 2019 apabila ianya mula rebound pada harga RM 0.20
Namun harga benar benar break trendline pada October 2019 dan membuat uptrend pada February 2020.
Harga benar-benar mencapai RM 0.60 pada February 2020 apabila keluarnya berita tentang kerajaan melantik syarikat ini sebagai pembekal talian 5G.
Namun kesan daripada ekonomi dunia dan penularan penyakit Coid 19, syarikat ini telah menerima kesan apabila jatuh keharga all time low RM 0.195 pada March 2020.
Kaunter ini menjadi menarik apabila berjaya naik semula keharga tutup hari ini RM 0.41 iaitu 4 sen (10.81%) kenaikan sehari.
Ini disebabkan oleh kenaikan yang curam dalam tempoh kurang sebulan sama seperti kejatuhannya dahulu.
Banyak ramalan dibuat bahawa kaunter ini mungkin akan dapat mencapai harga RM 0.60 dalam masa terdekat.
Pada saya, ada logiknya ramalan itu namun saya masih mengambil sikap berhati-hati kerana sentimen global yang tidak menentu.
Penafian:
Pembaca diingatkan, semua ini adalah idea peribadi saya. (#bukanbuycall)
Perbincangan dan kajian ini adalah untuk journal peribadi. (#bukanbuycall)
Sila buat penilaian anda sendiri. (#bukanbuycall) - (TAYOR)