idea dagangan CONSTRUCTN
BURSA MALAYSIA CONSTRUCTION INDEX AKAN MENERUSKAN KENAIKAN?BURSA MALAYSIA CONSTRUCTION INDEX SEDANG PULLBACK!
1. Indeks pembinaan (construction) tengah membuat pullback setelah membuat breakout paten double bottom (atau cup & handle) besar.
2. Apakah indeks ini akan melantun untuk meneruskan kenaikan pada minggu hadapan? Sama-sama kita saksikan.
3. Ini adalah masa sesuai untuk kita perhatikan kaunter-kaunter daripada sektor pembinaan.
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah al-Saba, ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
BURSA MALAYSIA CONSTRUCTION INDEX MEMBUAT BREAKOUT PATEN SAUCER!1. Sektor 'construction' adalah antara sektor yang tengah trending sekarang.
2. Jangan lepaskan peluang untuk sama-sama 'ride the trend'
3. Hari ini telah membuat breakout paten rounding bottom/soucer
4. Berpotensi meneruskan kenaikan sehingga 219 mata
Jika anda merasakan perkongsian ini bermanfaat, jangan lupa LIKE, FOLLOW & SHARE untuk kita sebarkan kebaikan daripadanya.
"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah al-Saba, ayat 39)
Penafian: Perkongsian ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja, bukan buy call (kalau ada ralat, mohon betulkan, TQ). Keputusan & risiko pelaburan adalah tanggungjawab masing-masing.
Pembinaan : Arah seterusnya (E05)1. Pembinaan telah melakukan lantunan di atas paras sokongan semasa.
2. Pembinaan dilihat sedang menguji paras rintangan semasa.
3. Dijangkakan pembinaan akan melakukan consolidation di paras rintangan semasa sebelum cuba utk melakukan breakout.
4. Sekiranya paras rintangan semasa berjaya dipecahkan, pembinaan berpotensi utk meneruskan kenaikkan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
construction indeksbiasa lepas perbentangan bajet. negara akan ade projek2 baru yang besar atau projek mega.. x pun meneruskan projek2 pembangunan kerajaan yang terhenti. sebagai trader kita dah boleh start perhatikan sector construction. indeks dah lepas ema50 dan da BO ema200. perhatikan jika ade gerakan lagi.
BURSA MALAYSIA CONSTRUCTION INDEXconst.index,berjaya membuat kenaikkan melepasi dengan menutup harganya diatas EMA 200 yg mana mengatasi rintangan seiring petunjuk teknikal yang bullish,adakah satu isyarat yang baik utk kaunter2 saham construction memulakan pendakian atau bersifat sementara oleh kerana sentimen semasa yang masih didlm langkah berjaga2?sama2 perhatikan kaunter2 berkaitan dalam senarai lihat bersama trading plan dan taYor
#Nov20
#pascaPB
Sektor Pembinaan - Percubaan Menukar Trend.Jika dapat dilihat, sektor pembinaan telahpun tidur selama hampir 5 bulan dan berjaya memecahkn trend MA 50 dengan kuat selepas gagal 3 kali dalam percubaan sebelum ini.
Breakout ini disokong kuat dengan ujian vaksin yang 90% berjaya dan membolehkan industri ini beroperasi seperti sedia kala pada masa hadapan.
Untuk short term view, apa yang perlu dieperhatikan ialah kemampuan untuk memecahkan MA200 bagi mengesahkan trend utk terus menaik.
Bak kata Zamsaham, pasaran saham biasanya bergerak 6-9 bulan lebih awal dari pergerakan ekonomi sebenar dan selari dengan teori 'price move ahead of it fundamentals'.
Sektor lain seperti aviation, oil & gas, properties dan industri lain yang telah lama tidur mungkin dikejutkn dgn tiupan angin vaksin ini.
Kenapa saya comment pasal sektor pembinaan? sbb kaunter saya hold pun dah tidur hampir 5 bulan jugak >.<
Indek pembinaan menunjuk kebangkitanDalam minggu ini, indek pembinaan seperti memberi isyarat mahu membuat kenaikan. Antara saham yang paling aktif pada hari selasa adalah terdiri daripada saham dari indek ini. Walaupun indek ini masih mempunyai halangan 165.13 yang kuat, kemungkinan besar ianya akan tembus minggu ini.
Ekovest membuat candle yang panjang pada hari Isnin dan ada sedikit jualan pada hari Selasa. Namum saham ini sudah memacah tahap rintangannya 54.3 sen.
Saham pada papan utama yang paling aktif pada hari selasa seperti EKOVEST, ZELAN, BPURI,WCT dan OCR.
Saham pada papan ACE yang paling aktif pada hari selasa adalah SCBUILD, TCS, WIDAD dan NADIBHD.
Sekian.
Pembinaan : Menanti lantunan? (E04)1. Merujuk pada post sebelum ini (rujuk pautan di bawah), pembinaan telah berada di atas paras sokongan semasa.
2. Volatility sektor pembinaan mula menurun.
3. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah 147 dan 227.
4. Sekiranya paras sokongan semasa berjaya dikekalkan, pembinaan berpotensi utk melakukan lantunan kepada aliran menaik.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Sektor Construction Bursa Malaysia nak mula mendaki?.Construction kuat bertahan di atas Fib382.. dan sepertinya ingin mengorak langakah ke atas dan memecahkan downtrend line. Kaunter yang boleh diperhatirapatkan dalam sektor ini buat masa sekarang adalah GDB, Jaks dan Zecon. Mungkin banyak lagi kaunter2 construction lain yang akan bersinar.
Pembinaan : Fasa ketidaktentuan (E03)1. Merujuk pada post sebelum ini (rujuk pautan di bawah), pembinaan telah melakukan lantunan ke-2 di atas paras sokongan bulanan.
2. Pembinaan dilihat berada di fasa ketidaktentuan.
3. Paras sokongan dan rintangan semasa adalah 147 dan 227.
4. Sekiranya paras sokongan semasa berjaya dikekalkan, pembinaan berpotensi utk kembali pada aliran menaik.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Indek pembinaan masih menungguIndustri ini masih tidak menentu walaupun PKPP bermula. Banyak sektor telah dibuka dengan SOP ketat oleh pihak kerjaan. KLSE telah membuat kenaikan pada minggu ini tapi sektor ini masih tidak kepastian.
Masih bermain di sekitar 172.25 dan sokongan pada 164.98. berada dibawah SMA20 dan RSI seperti mahu membuat kenaikan. Mungkinkah minggu hadapan sektor ini membuat suatu kenaikan?
Saham pada papan utama yang paling aktif hujung minggu dagagan seperti EKOVEST, AGES, VIZIONE, GADANG dan JAKS.
Sekian.