idea dagangan DPHARMA
DPHARMA masih menguji DowntrendlineSektor:
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine,
Technical Analysis
Antara yang boleh diperhatikan
1. Terdapat beberapa cubaan untuk memecahkan garisan halangan downtrend. DPHARMA mula melakukan penurunan sejak November 2020. Beberapa kali cubaan memecahkan garisan halangan namun masih belum berjaya.
2. Harga didagangkan di bawah MA200. Menunjukkan masih di fasa downtrend
3. Harga sedang melakukan cubaan untuk bertahan di paras MA50.
4. MACD mula menghampiri paras positif.
Carta DPHARMA akan menarik menjadi menarik untuk diperhatikan sekiranya telah berjaya memecahkan halangan garisan penurunan. Kebiasaan sesuatu saham akan mulakan pergerakan baharu setelah memecahkan garisan halangan downtrend.
Jika DPHARMA berada dalam watchlist anda, anda perlu tahu fakta ini.
Apa dia?
Fundamental Analysis
1. Insitusi dan jerung yang memegang saham DPHARMA
* PNB = RM 898.59 juta.
* EPF = RM 161.73 juta.
* KWSP = RM 14.46 juta.
* ASB= RM 84.9
2. DPHARMA mencatatkan kenaikan yang memberangsangkan year-on-year (YoY) suku tahun pertama 2021.
- Kenaikan 30% untung bersih kepada RM17.614 juta
- Kenaikan revenue kepada RM166.45 juta berbanding RM134.086 juta suku sebelumnya.
Apakah faktor kenaikan ini?
Ini didorong oleh penjualan yang lebih tinggi dalam sektor penjagaan kesihatan awam dan tiada kerugian dalam traksaksi pertukaran wang asing berbanding tahun sebelumnya.
What's next untuk DPHARMA ?
1. Bonus Issue (1:3), 1 saham bonus untuk setiap 3 saham yang dipegang.
2. Belanjawan 2021 sebanyak 4.2% dalam peruntukan untuk sektor kesihatan awam kepada RM31.9 bilion, yang merupakan yang tertinggi dalam sejarah.
3. DPHARMA antara pembekal produk insulin untuk penyakit diabetis. Tempoh kontraknya untuk pembekalan dan penghantaran produk insulin kepada kerajaan telah dipanjangkan sehingga 1 Dis 2021, dengan nilai kontrak tambahan bernilai RM19.63 juta.
4. Tempoh kontrak untuk pembekalan produk farmaseutikal dan bukan farmasi ke hospital, klinik dan lain-lain kepada kerajaan juga telah dipanjangkan selama 25 bulan hingga 31 Disember 2021.
5. Perjanjian yang baru ditandatangani dengan Rusia untuk mendapatkan 6.4 juta dos vaksin "Sputnik V".
Dijangka perkara ini akan membawa kesan yang positif kepada Laporan Tahunan berakhir 31 December 2021.
Antara syarikat di Malaysia yang membekalkan produk insulin untuk penyakit diabetis. Kadar sesuatu negara yang memliki rakyat yang mempunyai penyakit diabetis juga akan mempengaruhi harga syarikat ini.
Sedikit analisa TA dan FA untuk tujuan pendidikan.
Sediakan Trading Plan anda selengkapnya.
Elakkan kehilangan duit yang banyak di dalam bursa.
#TAYOR #BAYOR
Nota tambahan:
* Breakout = Naik ke atas jika berjaya memecahkan garisan halangan.
* TA= Analisis Teknikal dengan melihat pergerakan harga di dalam carta
* FA= Analisa Fundamental dengan melihat syarikat tersebut.
* MA= Moving Average
DPHARMA 18 Mei – Cubaan Pecahkan Garisan Trend Menurun?> Saham DPHARMA tutup pada harga 2.85.
> Berdasarkan pada carta harian, harga berjaya bertahan di atas paras sokongan 2.79 dengan jumlah dagangan yang besar berbanding hari sebelumnya.
> MACD telah bersilang menunjukkan kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> RSI berada hampir di paras 50 menunjukkan ada kekuatan untuk teruskan kenaikan.
> Stochastic juga hampir bersilang menunjukkan signal untuk naik.
> Harga mungkin akan cuba untuk melepasi rintangan 2.93, dan sekiranya berjaya melepasi rintangan tersebut, rintangan seterusnya di 3.19.
> Rintangan seterusnya boleh rujuk di carta.
*Sila semak maklumat fundamental syarikat saham yang dibeli.
** Penafian: Hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
***Selamat berdagang!
DUOPHARMA [5MAC2021]-Trend menunjukkan berada di dalam downtrend untuk market semasa.
-Namun price berada di support dan berhampiran (2.650) dan memberi reaksi rejection.
-Kita nantikan sama ada price akan naik untuk retest support yang dipecahkan (3.050) atau terus mendaki.
PENAFIAN: Perkongsian ini adalah untuk tujuan pembelajaran semata-mata dan bersifat pandangan individu. Bukan cadangan untuk mempengaruhi pembaca/penonton untuk membeli atau menjual dan tidak mewakili mana-mana kumpulan. Segala risiko kerugian adalah diatas tanggungjawab pembaca sendiri.
Trade At Your Own Risk.
DPHARMA (Berubah Arah)Sektor:
- Consumer Products, Healthcare, Pharmaceuticals, Technology, Vaccine.
Idea analisis:
- DPHARMA merupakan salah satu saham pegangan PNB, EPF dan KWSP.
- DPHARMA membentuk head and shoulders pattern lalu breakdown dan jatuh dibawah MA 200.
- Kejatuhan ini menjadikan DPHARMA berubah arah kepada downtrend.
Petunjuk/ Nota tambahan:
* Breakdown = Jatuh dibawah bentuk head and shoulders.
* PNB = Permodalan Nasional Berhad memegang saham DPHARMA sebanyak RM 904.94 juta.
* EPF = Employees Provident Fund memegang saham DPHARMA sebanyak RM 162.87 juta.
* KWSP = Kumpulan Wang Persaraan memegang saham DPHARMA sebanyak RM 14.56 juta.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
DISCLAIMER:
Sila ambil maklum bahawa saya bukanlah penasihat pelaburan mahupun broker berlesen. Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual (buycall & sellcall).
📌 Kaji sendiri dahulu, jauhkan entry melulu.
📌 Pastikan kaji, baru beli.
DPHARMASupport 1 - 3360, Last Support - 3060
Prospek:
- Mendapat kelebihan dari Pelan Vaksin Kebangsaan
- Membekalkan 6.4 billion dos Vaksin Covid19 dari Rusia (Sputnik V)
- Invest dalam "vaccine fill", finish facilities" dan "cold chain distribution" yang memberi kelebihan untuk jangka panjang dimana negara tidak
perlu bergantung sepenuhnya kepada negara luar.
- EPF adalah salah satu shareholder Dpharma
TAYOR
[Watchlist] DPHARMAHarga terkini tutup di sekitar fibo retracement 50%, sejauh mana dia akan membuat penurunan
kita perhatikan pada minggu hadapan. Dengan disokong oleh volume buyer oleh smart money dan
juga stochastic indikator menunjukkan penurunan.
Perhatikan pergerakkan harga pada minggu hadapan dengan mengecilkan lagi time frame seperti
di 15m, 1h untuk menentukan pembelian.
6 Dec 2020: Dpharma mesti disokong oleh zon fibo 23%PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Dpharma
1. Harga ditolak naik ke harga tertinggi 52 mingguah pada RM4.38 dengan volum yang besar. Harga turun selepasnya.
2. Penurunan harga dapat disokong oleh zon fibo utama 61.8% (RM2.63) dan EMA jangka sederhana.
3. Harga sekali lagi dinaikkan dan cuba mengatasi harga tertinggi 52 mingguan, buat kali kedua. Harga semasa masih berada di atas zon fibo 23.6% (RM3.68) untuk meneruskan kenaikan. Ini perlu memerhati kerana kandle terakhir tutup di bawah EMA jangka pendek.
6 Dec 2020: Dpharma mesti disokong oleh zon fibo 23%PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Dpharma
1. Harga ditolak naik ke harga tertinggi 52 mingguah pada RM4.38 dengan volum yang besar. Harga turun selepasnya.
2. Penurunan harga dapat disokong oleh zon fibo utama 61.8% (RM2.63) dan EMA jangka sederhana.
3. Harga sekali lagi dinaikkan dan cuba mengatasi harga tertinggi 52 mingguan, buat kali kedua. Harga semasa masih berada di atas zon fibo 23.6% (RM3.68) untuk meneruskan kenaikan. Ini perlu memerhati kerana kandle terakhir tutup di bawah EMS jangka pendek.
DPHARMA MASIH DI ATAS LANDASAN...!!!Boleh lihat pada carta...
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
Kaunter Vaksin Bakal Membuat All Time High (ATH)?1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan vaksin terhadap virus itu bakal siap pada akhir tahun ini.
2. Harga saham Duopharma Biotech telah menyaksikan kenaikan yang stabil sejak bulan Julai di tengah optimisme vaksin dan dijangka akan meneruskan momentum kenaikannya kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah meningkatkan pegangannya.
3. Harga saham DPHARMA masih mengekalkan momentum di atas MA 50
4. Boleh masukkan didalam watchlist dan monitor .