idea dagangan EITA
EITAEITA meniti di EMA 200. Nampak menarik apabila ia dapat memecahkan kotak pengumpulan. Jika ia dapat memecahkan kotak pengumpalan tersebut iaitu pada 0.960, Maybe akan mencuba aras rintangan pada aras 1.130. Sama-sama kita perhatikan. Sekadar kajian dan pembelajaran sahaja. Risiko pembelian dan penjualan atas risiko sendiri.
EITA BOLEH DIPERHATIKANSectors: Trading & Services, Electronic, Green Tech, Industrial Materials, Components & Equipment, Industrial Products & Services
1. EITA masih dalam keadaan sideways selepas bonus issue .
2. Tampak sudah membentuk support di area 1.00-1.10.
3. Membentuk doji candlestick dengan volume belian sudah mengatasi volume jualan hari semalam.
Support : 1.03
Resistance : 1.08
Adakah EITA Sudah Bersedia Untuk Memulakan Pendakian?Candle EITA pada hari ini nampak menarik dimana ianya ditutup dengan candle doji. Nampak seperti sudah membuat tapak di 1.07. Aras EMA50 adalah di 1.11. Jika berjaya naik ke atas 1.11 dan berjaya bertahan, potensi cerah untuk EITA membuat reversal candle seterusnya memulakan pendakian ke atas. Aras target adalah di 1.29 dan 1.50. Jika berjaya memecahkan aras 1.50, nanti bincang kemudian aras target yang seterusnya. Kaunter EITA ni fundamental bagus. Dividen pun banyak jugak. Sama-sama kita perhati rapa dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
Melantun di ema50 !Setelah mengalami tekanan jualan yang begitu tinggi, kaunter ini berjaya melantun semua dan menguji kekuatan ema 50. Harga tutup pada RM1.18 juga menunjukkan momentum yang semakin kuat. Support terkini 1.13/ema50 tfd. Target ema5 tfd dan jika berjaya berada atas ema 5, momentum akan lebih kuat untuk ke 1.27/1.34. Tayor !
EITA drop sebab bonus issue tetapi masih sihat dalam uptrendlineSalam sahabat sekalian...Hanya sekadar berkongsi dan idea2 smoga bermanfaat...Semua yang ada atas rezeki yang telah di berikan..Kita sekadar berusaha dgn ilmu Nya...
Apa yang kita lihat di dalam chart tersebut...Harga masih berada di atas trend line...Ada 3 line yang telah saya lakarkan dengan ilmu kurnia Nya...
Trend 3 line ini psikogi harga yang melantun secara berulangan dan berusaha untuk berbalik arah asbab tekanan pembeli yang ramai...Mungkin sahaja setiap line itu jerung2 sedia menyambut harga untuk membantu harga itu naik dan sekiranya tidak ada yang menyambut harga di paras line mungkin sahaja harga akan jatuh dan melanggar prinsip konsep trendline...
Dalam beberapa hari ini harga telah banyak drop kerana adjusment price di sebabkan bonus issue dan juga telah banyak pemengang2 kaunter ini banyak telah keluar untuk mendapat pulangan dari hasil bonus issue tersebut...Tetapi alhamdulillah penurunan ini nampaknya masih sihat dalam membentuk trendline 3 rangkai ini...Masih berlaku penolakkan harga menaik apabila harga menyentuh trend line ini...Trend line psikologi harga area support yang masih kuat atas izin Allah SWT...
Boleh anda lihat setiap bulatan yang saya tandakan itu adalah signal titik entry yang sesuai dengan izin Allah SWT, Semua rezeki itu hak Allah SWT jua...Wallahua'alam...
Di kawasan yang saya terangkan dengan warna tersebut adalah kawasan yang volume yang sangat tinggi dari sebelumnya dan ini bermaksud signal buying pressure masih strong..Wallahua'alam
Kekuatan harga naik berdasarkan kekuatan jerung2 yang masuk membantu retailer,swinger,btst,intradays dan lainnya...Dalam zon ini kekuatan jerung masih belum kuat tapi harga masih terjaga dalam trendline,in shaa Allah sekiranya jerung2 still masih ingin menjaga kaunter ini akan ada berlaku spike di setiap trendline tersebut...
Momentum akan kuat apabila RSI telah melepasi 57,60 dan akan berlaku minat belian,in shaa Allah ,harga akan cepat spike di area ini...Wallahua'alam...
Setiap trend line yang saya lakar tersebut mewakili harga sapport and harga yg sesuai untuk membeli...Di situ boleh sahaja menetapkan Entry dan CL...Aku tidak menyuruh membeli yer!!...Sekadar membantu syarikat ini and perdagang di dalam nya,,,Ini bukan buy call tetapi sekadar kajian...
Jangan membeli tanpa ada rasa ketenangan kerana ketenangan yang tuhan berikan itu lah rezeki dan sekirannya itu adalah rezeki kita maka rezeki tidak akan bertukar kepada yang lain melainkan kepada apa yang telah Tuhan tetapkan asbab doa,tawakal dan usaha hamba Nya,Sekirannya ada yang telah mendapat imbuhan rezeki lebih jangan lupa orang-orang yang susah wajib di bantu dan zakat kerana Allah SWT..,Wallahua'alam...
EITA : Penurunan harga selepas Pengagihan BonusHarga sedang membuat penurunan dan pecahkan EMA20 / Mid BB. Adakah akan meneruskan penurunan sehingga garisan EMA50 atau membuat pantulan harga pada garisan Fibo 78.6% (1.210)?
CP : 1.240
R1/R2 : 1.27/1.32
S1/S2 : 1.21/1.16
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO SENDIRI.
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih
EITA (Syariah) 15 Mei 20 : Cubaan breakout1. EITA dalam usaha memecahkan rintangan terdekat
2. Masih belum berjaya
3. Masuk watchlist siap2, jika breakout dengan volume mungkin ada peluang
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
5 March 2020: Dapatkah zon fibo sokong kejatuhan EITAPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
EITA
1. Harga semasa junam di bawah UpTrendLine yang dibentuk sejak July 2019.
2. Harga dapat disokong oleh zon fibo utama 23.6% pada RM1.35.
3. Harga juga berada di bawah kesemua EMAs yang menuju ke selatan.
4. MACD masih di zon bearish dan bermomentum.
5. RSI di zon oversold, penarikan balik sementara mungkin berlaku.