idea dagangan FPGROUP
FPGROUP hit potensi target pertama awal pagiSaham FPGROUP kami telah kongsikan pada 17/7/2018 ketika harganya 0.340, hari ini saham ini telah berjaya hit potensi target kami iaitu pada harga 0.380. TAHNIAH kepada sesiapa yang mengikutinya. Saham FPGROUP masih lagi dalam keadaan uptrend, pastikan anda membeli ketika pullback untuk lebih selamat. Terima kasih.
FOUNDPAC GROUP BERHAD potensi targetHarga semasa saham FPGROUP ialah pada harga 0.340. Saham ini dilihat berada dalam trend menaik dan dijangka akan hit SMA200 iaitu pada harga 0.380. Bermakna potensi target yang pertama adalah pada harga 0.380, sekiranya minat belian meningkat dan volume menaik serta tiada jualan besar-besaran berlaku, dijangka saham ini akan membuat golden cross iaitu EMA50 melintasi SMA200 dan terus meningkat.
PENAFIAN : Maklumat kajian yg dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yg anda buat. Selamat berdagang!
FOUNDPAC GROUP BHD membuat HigherLowSaham ini dikenalpasti telah membuat HigherLow dan hampir menghampiri ringtangan terdekat 0.345, bagi mereka yang telah membeli di lantai akan cuba untuk menjual di rintangan. Jika rintangan tersebut pecah, dijangka saham ini akan naik dan potensi TP di garisan SMA200. Jika gagal melepasi rintangan tersebut, ia akan turun semula untuk membuat lantai baharu.
FPGROUP : Cubaan untuk kekal uptrendHarga yang ditutup hari ini seolah-olah membuat pantualan dari garisan support uptrend channel.
Namun, Stoch agak tidak menarik bagi saya.
Dengan keadaan dunia yang huru-hara dengan trade wars, saya menjangkakan ia akan sideway sedikit beberapa hari sebelum membuat rebound pada trendline support sekali lagi.
Permulaan momentum menaik FPGroupSecara keseluruhan, FPGroup didagangkan di atas kumo cloud. Walaubagaimanapun, Chikou Span masih berada di dalam kumo cloud. Jika Chikou span berjaya menembusi kumo cloud, kemungkinan harga akan terus menaik. Tenkan sen juga sudah berada di atas kijun sen. Harga kemungkinan membuat fasa pembetulan dan jika tekanan belian meningkat, FPGroup akan berada dalam aliran menaik
Aras sokongan:
1: 0.275
2: 0.250
3: 0.200
Aras rintangan:
1: 0.40
2: 0.435