idea dagangan GDEX
GDEX - Menunggu Hari untuk 'Bersalin'Haaa...barang abam dah sampai hasil selaman 11.11 lalu...semua pun bursa belanja..alhamdulillah.,..
Memandangkan barang abam di hantar oleh ala-ala Uncle GDEX, jom kita review serba sedikit kaunternya (walaupun pun sebenarnya J&T yang hantar....huhu)
Kelihatan persembahan GDEX pada 02 Nov 2020, menarik minat para pedagang..namun pada 03 Nov 2020 dia libas balik semuanya...sekelip mata..untung sungguh para pedagang pada 02 Nov 2020 tu kan...
haa,..selepas dilibas kiri dan kanan...jika di lihat chart pattern...nampak tak mcm bendera terbalik??? kan..kan..kan....tapi still berlegar-legar di atas trendline la...
.
.
Rujuk pada nota kaki tangan mata segala anggota badan di dalam carta tu (haaa abam siap belanja trading plan tau....tapi nama pun trading plan kan...jangan percaya atau mengharap 100%..tu kan sekadar panduan..)
asalkan tak patah trendline di 0.450 tu..boleh la layan lagi...tapi kalau dah patah...beli lagi dekat pucuk puncak bahagia...(Sejuk wooo di puncak..bukan angin sepoi2...tapi angin bersepai kalau di atas...)
.
.
Abam dah tolong highlight kan rintangan dan sokongan yang berpotensi untuk bantu abang hakak ketika berdagang....
walaupun abang hakak suka makan nasi dagang..jangan di tibai sahaja semua entry..mohon tengok betul-betul di mana tempat yang sepatutnya..samjeyy??!!
kalau abang hakak main balun ja...alamatnya...kuch kuch ho tak hei la nanti...
Oh yaa.,..sebelum abam bersemayam...(eh bersemayam tidur kan, bukan mati kan....kalau mati mangkat kalau tak silap...okay2..)
GDEX bakal melahirkan anak..haaa untung abang hakak yang masih hold (walaupun di puncak...hehe)
ada juga rezeki dapat anak GDEX ni...
haaa anak yang ni, di kenali sebagai WARRANTS C (WC) ..lahir-lahir terus siap kena SUNAT tau..~~
Rujuk statement di bawah ni...niii haaa...~~
PROPOSED ISSUANCE OF UP TO 705,176,354 FREE WARRANTS IN GD EXPRESS CARRIERBHD ("GDEX") ("WARRANTS C") ON THE BASIS OF ONE (1) WARRANT C FOR EVERY EIGHT (8) EXISTING ORDINARY SHARES IN GDEX HELD ON AN ENTITLEMENT DATE TO BE DETERMINED AND ANNOUNCED LATER
Okay la..Abam nak layan cerita korea dulu..(walaupun wajah abam persis korea.... tetapi warna kulit pula persis kurita,..aduhaiiii)
Okay..!! Setakat itu coretan abam di hujung minggu ini ..semoga memperoleh profit sepanjang minggu ini..biar sikit PROFIT, janji tak LOSS..
Jangan TAMAK yaa..dan Sentiasalah Ingat yang tersayang,,,(^^)v & Ride safely...peeet2!!
Seperti biasa...Bagi Abang_ManuK,
paling penting abang hakak WAJIB kenalpasti RISK & REWARD RATIO ( RRR ) sebaik mungkin bagi mengelakkan anda tergolong dalam geng-geng 'SANGKUTERS'
Bagi Abam, Strong R/ RBS boleh dijadikan sebagai Target Profit (TP)..sekurang-kurangnya, kalau tak berjaya Breakout, dapatlah juga secure profit kan ...~~
DISCLAIMER:
Apa-apa pun, market bukan kita punya..sediakan Trading Plan mengikut Risk appetite masing-masing dan Trade What You See...Semoga memperoleh rezeki banyak..
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading, TAYOR, BAYOR & SAYOR
Rezeki itu Allah yang punya...adioss!! peace yaww
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
GDEX memilih1) telah menguji di garisan sokongan
2) sekiranya harga mampu bertahan diatas garis rintangan, berkemungkinan akan meneruskan kenaikan
3) namun juga harga memecahkan garis sokongan ini menandakan perubahan arah
corak carta : segi tiga simetri
Sektor : Perdagangan & Perkhidmatan, Perkhidmatan Kurier, Perkhidmatan Pengangkutan & Logistik
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
GDX - Pendakian yang Gagal?Pemerhatian:
a) Harga mendaki dari pertengahan Mac'20 sebelum bergerak Sideways dari 27/5.
b) Pergerakkan Sideways adalah lama, iaitu lebih kurang 5 bulan, sebelum ia melonjak naik pada 1/11 dengan vol. yang tinggi menembusi RTS dan cuba menembusi R1 tetapi gagal.
c) Harga cuba menembusi R2 pada bar berikutnya tetapi gagal dan harga ditutup rendah (bawah dari RTS) dengan vo.l. yang sangat klimatik.
Rumusan:
- Pada waktu penulisan dan pemerhatian penulis, kemungkinan besar harga akan bergerak Sideways untuk jangka masa yang lama.
- Jika harga berjaya tutup diatas RTS, terdapat potensi harga akan bergerak Sideway seketika dan menguji R1 sebelum membuat keputusan untuk mendaki. Walaubagaimanapun, kaedah tunggu dan lihat adalah lebih baik.
- Jika anda trade kaunter ini, dinasihatkan supaya berhati-hati. Rujuk trading plan anda.
GDEX [S] 2 Nov 20 : Breakout dengan volume1. GDEX breakout dengan volume yang sangat padu
2. Sektor ini banyak yang membuat pergerakan
3. Risiko yang tinggi ketika ini, sebaiknya perhatikan sekiranya ada pullback dan tunggu kehadiran reversal
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more Allah will give to you"
#GDEX: Dah ada tanda untuk naik#kongsirezeki
Pendapat & pemerhatian di atas hanyalah pandangan peribadi saya untuk berkongsi & belajar dan TIDAK harus dianggap sebagai 'CADANGAN BELIAN "
Beli Adalah Risiko Anda Sendiri (BARAS)
"Harga saham berubah setiap hari oleh kekuatan pasaran.
Dengan ini kita bermaksud bahawa harga saham berubah kerana penawaran dan permintaan.
Sekiranya lebih ramai orang ingin membeli stok (permintaan) daripada menjualnya (penawaran),
maka harganya naik. Sebaliknya, jika lebih ramai orang ingin menjual stok daripada membelinya,
akan ada penawaran yang lebih besar daripada permintaan, dan harganya akan turun. "
GDEX DALAM FASA CONSOLIDATION1. GDEX masih berdagang di atas Moving Average 50 dan 200 menunjukkan situasi yang masih positif.
2. Namun, dari bulan Jun hingga penutup bulan Oktober, GDEX masih dalam fasa konsolidasi.
3. Untuk meneruskan lagi trend menaik, GDEX perlu melepasi rintangan di area harga 0.42-0.45 sen.
GDEX 22.10.20Menerusi carta monthly GDEX, ianya telah berjaya membuat new high setelah sekian lama downtrend.
Jika dilihat pada carta D1, ianya telah membuat new high juga apabila breakout harga 0.365. Kini 0.365 dan 0.320 menjadi support manakala 0.395 adalah resistance yang terkini. Sekian, terima kasih.