HIAPTEK memulakan Gelombang Besar Kelima menaikAnalisa Teknikal
Segitiga Penyusutan (triangle-ABCDE) Gelombang pembetulan Besar Empat telah berakhir & pergerakkan menaik telah bermula utk meneruskan Gelombang Besar Kelima
di tahap fibonacci 100%- 127.2%
Nota:-
Rintangan Kuat di Fibo Level 38.2% , 61.8% & 100%
Tahap Fibo Ext - 100%-127% ( Jangkaan Masa - 2-4 minggu - )
Peratikan Isyarat kemasukan momentum Volume besar
Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran semata-mata, bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil “ Remiser atau Perunding pakar Saham Sahabat sendiri . Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
idea dagangan HIAPTEK
Cubaan mendaki ke Dinamik Support MA20 Kaunter Hiaptek telah melakukan kenaikkan pada 15 dan 16 July 2021.
Cubaannya untuk melepasi dinamik support MA20 tetapi masih belum berjaya.
Ini adalah petanda baik untuk kaunter Hiaptek kerana mungkin akan melakukan reversal dan menamatkan pullback di area fibo 38.2%-50%.
Pada 16 July 2021 Hiaptek melakukan Gap up 1 bid, ini adalah petanda baik.
Indi stoch RSI juga menunjukkan telah berlaku cross up dan MACD histogram juga telah mengecil menandakan kemungkinan reversal.
Jika Hiaptek berjaya melepasi R keras di 0.545, target seterusnya adalah 0.590.
Di R keras jugak terdapat MA50 yg harus dilepasi.
S - 0.505,0.480,0.440
R - 0.545,0.590,0.635
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata mata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
Bukan Buycall atau Sellcall.
#TAYOR #BAYOR
HIAPTEK REVERSALHiaptek kaunter sektor besi . Kaunter yg mempunyai asas fundametal yg bagus. Segmennya merangkumi Perdagangan, Pembuatan, Harta dan Pelaburan, Pengangkutan, dan Eksplorasi Perlombongan. Segmen Perdagangan adalah pengimport, pengeksport dan peniaga umum produk keluli, perkakasan dan bahan binaan. Segmen Pembuatan terlibat dalam pembuatan, penyewaan dan pengedaran paip keluli, bahagian berongga, peralatan perancah, aksesori dan produk keluli lain. Kedudukan chart uptrend diatas MA200. Support yg kuat berada di 0.480. Tunggu harga maintain diatas MA50. BUKANBUYCALL
HIAPTEK: Ke Manakah Halatuju?Kaunter HIAPTEK dilihat seakan berada dalam keadaan konsolidasi berikutan kurangnya volum yang hadir beberapa hari lepas
Pergerakan harga dijangka akan berlegar sekitar 0.59 sehingga 0.550 dengan disokong kuat oleh paras EMA 20 sebelum meneruskan halatujunya yang sebenar
RSI dilihat masih dalam keadaan kurang momentum menguatkan jangkaan kaunter ini akan bergerak sideway dalam masa beberapa hari akan datang
MACD dilihat semakin merapat dan seakan hendak melakukan crossing
Melihat kepada kedudukan EMA 20, 50, 100 dan 200 kaunter jelas masih dalam keadaan uptrend dan belum menunjukkan petanda pertukaran arah
Namun sekiranya dilihat pada timeframe mingguan, kaunter ini seakan sedang kekurangan kekuatan dan mungkin melakukan retracement
Boleh diperhatikan sekiranya berminat
Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
HIAPTEK : RCP masih di Support Garisan MASektor : Industrial Prod & Services / Keluli
CP : 0.585
R1/R2 : 0.61 / 0.65
S1 /S2 : 0.57 / 0.53
** S&R berdasarkan nilai Carta Gann
1. Masih dlm fasa UpTrend
2. Harga tutup dengan signal pembelian memotong garisan SMA5 (masih di kawasan Sokongan
3. Stoch, RSI, MACD, DMI, MCDX --> signal pembelian dan ada momentum untuk kenaikan
4. Harga masih bertahan diatas SMA5, berpotensi untuk ke Rintangan seterusnya pada harga 0.6 (CS @ 16/6), 0.61 (Carta GAnn) dan 0.615 (20DH)
CATATAN :
#INI HANYALAH SATU KAJIAN PERIBADI, BUKAN MERUPAKAN BUY CALL. JIKA ANDA BERNIAT UNTUK BERDAGANG, ANDA PERLU MENGAMBIL RISIKO ANDA SENDIRI
TAYOR
Sila Like & Share sekiranya kajian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima Kasih
Adakah HIAPTEK boleh terus bertahan?Kaunter Syari'ah
Sektor Product and Services
Subsector Metal
HIAPTEK dilihat membuat kenaikan selepas penurunan sebelumnya dan kenaikan selepas aras sokongan terdekat memberi tanda yang agak baik walaupun berlaku beberapa retracement. Sekiranya HIAPTEK terus bertahan, HIAPTEK boleh meneruskan kenaikan sihat di atas aras rintangan seterusnya
Harga terkini : 0.560
Aras sokongan : 0.540
Aras rintangan : 0.615
Sekadar kajian dan pembelajaran
Bismillah and Trade At Your Own Risk
HIAPTEK REVERSALHiaptek kaunter sektor besi. Syarikat ini adalah pengimport, pengeksport dan peniaga umum produk keluli, perkakasan dan bahan binaan. Segmen Pembuatan terlibat dalam pembuatan, penyewaan dan pengedaran paip keluli, bahagian berongga, peralatan perancah, aksesori dan produk keluli lain. kedudukan chart uptrend dan berada diatas MA50. Pada hari ini keluar candle rversal tetapi volume belum cukup tinggi
Hiaptek Kaunter Berpotensi Momentum MenaikKaunter kajian FIFO, SMTM Teknik : HIAPTEK
Paparan masa 15 minit menunjukkan kaunter dalam momentum menailk untuk macd , rsi , stochrsi pada aras momentum menaik 50% - 80% (sila rujuk maklumat pada carta yang disediakan).
Stochrsi: line biru telah bersilang ke atas petanda momentum menaik. Persilangan emas 1 & 2 telah berlaku petanda sedang berlakunya kenaikan (minat belian yang tinggi)
Harga sokongan semasa : 53 / 57/ 50
Harga rintangan semasa: 61/ 65/ 69
Sekadar kajian pembelajaran sahaja bukan buycall. Saya tidak bertanggungjawab di atas kerugian mahupun keuntungan tuan/puan. #tayor
HIAPTEK gelombang elliotgelombang elliot 1-5
gelombang 1 = 0% - 100%
gelombang 2 = 50%
gelombang 3 = 261.80 - 361.80%
gelombang 4 = 50%
gelombang 5 = 161.8%
gelombang elliot a-c
gelombang 1 = 61.80%
gelombang 2 = 61.80%??
gelombang 3 = 100% / 161.80%??
corak carta : gelombang elliot + fibo
Carta : harian
tag : jun21
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham
HIAPTEK [S] 15 Jun 21 : Melamngkapkan Symmetrical Triangle1. HIAPTEK telah dapat melengkapkan dengan sempurna kenaikan harga yang dijangkakan semalam. Tetapi volkume kurang padu.
2. sebelum ini, HIAPTEK telah melengkapna Symmetrical triangle dengan sempurna.
3. Sekiranya HIAPTEK dapat memecahkan garis rintangan 0.610, barulah boleh dikatakan ia akan meneruskan kenaikan tetapi sekiranya tidak berjaya HIAPTEK mungkin akan pull back untuk berehat seketika. Wallahu'alam.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja. TIDAK harus diambil sebagai nasihat pelaburan atau cadangan untuk membeli atau menjual. Sila buat kajian anda sendiri untuk sebarang keputusan.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
HIAPTEK MENGORAK LANGKAH ?HIAPTEK baru sahaja memecahkan corak ascending triangle dan telah memasuki Channel garisan aliran menaik (Uptrend line).
.
.
Aras sokongan terdekat pada 0.510.
.
.
Aras rintangannya pada gap yang telah ia buat pada 0.630.
*Sekiranya dapat dipecahkan pada aras 0.630, aras rintangan seterusnya pada garisan hijau tersebut.
*Garisan ungu tersebut merupakan TP long .
.
.
Sekadar kajian dan pembelajaran sahaja.
#TAYOR
HIAPTEK Breakout dengan cemerlangHIAPTEK dilihat telah berjaya memecah rintangan pada 0.53 dengan kenaikan yang sangat cemerlang sebanyak 10.48% dalam sehari. Kaunter-kaunter besi yang lain juga dilihat berjaya memecah rintangan masing-masing dengan baik. JIka momentum masing tinggi, ia dijangkan akan menutup jurang pada 0.63 seterusnya melepasi 0.69. Semoga berjaya untuk hari ini.
Penafian:
Kajian ini adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan jaul beli. SIla berdagang atas risiko sendiri.