idea dagangan HIBISCS
HIBISCS: Baji?Saham syarikat Hibiscus Petroleum dilihat bergerak menaik sejak beberapa bulan dagangan yang lalu seiring kenaikan harga minyak dunia
Walaubagaimanapun, jika dilihat pada selang masa mingguan, pergerakan harga dilihat membentuk corak carta baji
Kehadiran corak carta baji menaik ini kebiasaannya menandakan kelemahan dalam pergerakan harga
Petunjuk RSI mingguan juga dilihat membentuk 'divergence' yang tidak selari ketika harga membuat kenaikan
Volum juga dilihat berkurang tatkala harga membuat kenaikan, tidak selari dengan pergerakan harga
Meskipun begitu, harga dilihat masih lagi mematuhi corak carta dan belum menunjukkan hala tuju sebenarnya
Selagimana harga belum memecahkan corak carta dengan volum yang tinggi, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan
Mampukah harga bertahan dan membatalkan corak carta? Sama-sama kita perhatikan
Penafian:
*Ini bukanlah saranan belian mahupun jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade At Your Own Risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan mahupun kerugian yang diraih mana-mana pihak atau entiti
*Jangan lupa ketik butang suka sekiranya kajian ini membantu anda. Terima Kasih!
HIBISCS jauh perjalananHIBISCS akan test 52week high ekali lagi. Ada kesanggupannya untuk terus ke atas. akan retrace dulu mungkin dan slowly mendaki memecahkan HH dan membuat new HH.
Rujuk chart untuk dapatkan snr di line gann sebelah kanan. Target elliot wave mapping masih banyak yang mahu dicapai, jadi perjalanannya masih jauh. Jika mampu capai dengan ceepat selesaiikan sahaja.
@forstudy
HIBISCUS bakal breakout?HIBISCUS merupakan kaunter O&G yang agak steady mendaki harga dia berbanding kaunter2 O&G yang lain. Dari segi teknikal, kaunter ni seperti membuat tight base sebelum cuba untuk breakout. Jika mampu bertahan di atas trendline yang menjadi support, Hibiscus mampu untuk melonjak naik dengan mengambil kelebihan daripada sentimen semasa tentang harga minyak mentah yg sedang meningkat.
Nota: Trade at your own risk. Bukan buycall.
Hibiscs Tampak Membuat Kenaikan Yang MenarikKaunter: Hibiscs
Sektor: Minyak & Gas
Tempoh masa satu hari secara keseluruhannya uptrend.
- Membuat susunan lampu isyarat merah,kuning,hijau petanda trending & uptrend.
- RSI bullish
-Berada di atas ma20 (middle BB short term swing bullish) namun offside upper BB (selalunya jika terkeluar dari karung BB akan masuk semula ke dalam karung BB)
- Strong uptrend di atas ema 50, ema 100 & sma 200 (berdasarkan ini dijangka sesuai untuk swing)
Fibonacci:
1410 halangan terdekat perlu BO dan bertahan di atas 1410 ini
1145-1495 harga dijangka mencari 127.20 - 161.80% fibo extension.
Sekadar kajian bagi tujuan pembelajaran sahaja. Bukan buycall. Tayor.
HIBISCUS- Making the new 52W HighSektor - Energy
Perniagaan : Minyak dan gas
INFO CARTA
1. Dalam keadaan uptrend, paras harga atas garisan menaik.
2. HIBISCUS membuat paras 52 minggu yang baharu.
3. RBS pada paras harga RM1.35 dijadikan support terdekat.
4. MACD atas paras 0 menandakan strong momentum.
5. Volume belian juga dilihat menguasai pasaran.
CUTLOSS- Jika paras harga tutup di bawah support 1.35
PENAFIAN- Penulisan ini tujuan untuk pembelajaran semata-mata. Tiada istilah BUY CALL diberikan.TRADE ON YOUR RISK
HIBISCS 52 weeks Breakout!Hibiscs mempunyai momentum yang kuat pada minggu lepas
1.Breakout previous HH, 52 Weeks Hi
2.Volume average yang tinggi
3.Diatas Ma50, Ma200
Penafian: Perkongsian ini hanyalah rekod kajian dan pembelajaran saya sendiri dan bukanlah saranan beli atau saranan jual. Sebarang risiko untung/rugi adalah tanggungjawab sendiri.
HIBISCS terus menguji1. harga kelihatan sedang menguji di kawasan rintangan
2. berkemungkinan harga bakal membuat pembetulan sekiranya harga tidak berjaya menembusi kawasan rintangan
corak carta : segitiga menaik
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.
HIBISCS mencapai sasaran1. HIBISCS sudah mencapai kepada harga sasaran bagi corak segitiga menaik
2. Harga terkini sedang menguji kawasan rintangan
corak carta : segitiga menaik
Nota : menerbit kan idea ini ada semata mata bertujuan sebagai perkongsian pemahaman dan pembelajaran. Sekiranya ingin memiliki saham ini, hendaklah membuat kajian yang lebih mendalam dan merujuk kepada pihak yang lebih pakar sebelum membeli saham.