ICONIC: nak jadi sektor HC ke?Kajian saya berdasarkan :
Sistem Golden Double Cross =MACD cross, EMA 7 & 21 (Mr.Syahriz)
Kedua-dua dah bersilang.
Dan lihat pada Timeframe 15 pada jam 9.15-9.45 pagi untuk entry jika candle hijau di atas ema7.
Jangkaan untuk melepasi 0.535 untuk meneruskan kenaikan,
Namun perlu berhati-hati andai ia tidak melepasi siling ini, ia akan mencari paras lantai terdekat iaitu 0.500.
Kajian Saham Marhaen : Untuk tujuan pendidikan sahaja
idea dagangan ICONIC
Berpeluang Naik Sekiranya BertahanICONIC buat masa ini dilihat mampu bertahan di atas garisan MA20 dan berdekatan dengan paras sokongan di sekitar harga 0.500. Sekiranya tidak bocor paras sokongan kaunter ini dilihat mampu untuk meneruskan perjalanan ke paras harga yang lebih tinggi. Indikator Stochastic dan MACD buat masa ini dilihat masih menarik buat para pedagang.
PENAFIAN:
Penulisan bertujuan kajian dan pembelajaran sahaja.
ICONIC bertenggek di atas EMA50ICONIC menarik untuk diperhatikan kerana candle bullish close dia atas EMA 50. berdasarkan history repeat itself, setiap kali bertemu ema 50 iconic akan melakukan technical pullback. Adakah kali ini juga sama? Adakah momentum Sniper RSI mencukupi untuk iconic melangkah lebih jauh lagi? TAYOR.
ICONIC MENARIK UNTUK DIPERHATIKAN...!!!Boleh lihat pada carta...
PENAFIAN :
Coretan Trading Idea ini hanyalah kajian sesuatu kaunter saham SAHAJA. Ini BUKAN merupakan satu bentuk BUY CALL kepada mana - mana pihak dari penulis.
Mana - mana pelabur dan pedagang adalah bertanggungjawab terhadap tindakan dan pelaburan masing - masing.
BERDAGANG DI ATAS RISIKO ANDA SENDIRI.
ICONIC boleh masukkan dalam WLICONIC telah berjaya pecahkan pecahkan resistance didukung oleh volume yang kuat. Iconic juga telah berjaya close di atas Mid BB. Momentum dah ada kaunter ni, kalau tak ada berita yang kacau macam politik semua tu..mungkin price akan naik lebih tinggi. S 620/570 . R 670/750. Kalau betul2 kuat mungkin dia bleh test HH sebelum ni di 970. Sekadar kajian dan pembelajaran. Sediakan trading plan masing2.
ICONIC Cubaan Untuk Mendaki KembaliICONIC merupakan kaunter property dan perhotelan akan tetapi namanya menjadi sebutan kena turut mengeluarkan produk face mask selari dengan fenomena Covid19 pada masa kini. Ada cadangan untuk menaikkan nilai denda jika tidak memakai face mask daripada RM1000 kepada RM10,000 dan ini menyebabkan fask mask kembali hangat di pasaran. Pada hari ini, ICONIC membuat signal pullback dan reversal disokong oleh candle pattern dan juga volume. Aras rintangan yang perlu dilepaskan adalah di 0.670 dan jika berjaya akan kembali mencari aras rintangan yang kuat di 0.950 sebelum cubaan memecahkan aras 52 weeks high di aras 0.970. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan. (Sekadar kajian dan pembelajaran).
ICONIC Jika esok iconic berjaya mendaki leke atas dan tutup pada harga 0.595,sudah kelihatan halatuju kaunter ini.Aras seterusnya yang akan dicari adalah 0.67 dan jika berjaya memecahkan arasa tersebut,iconic akan terus laju mencari rm1.Bila.?kita nantikan..aras sokongan semasa pada 0.54.sekadar kajian
ICONIC [S] 3 Ogos 20 : Breakout dan limit up1. ICONIC sangat padu
2. Membuat breakout dan terus naik dan terus limit up
3. Adakah akan meneruskan kenaikan sebelum berhenti rehat?
Sama-sama kita kaji
Disclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk pembelajaran dan tujuan kajian sahaja. Tiada 'buy call' diberikan.
Sekiranya anda dapati perbincangan ini bermanfaat dan boleh membantu sahabat-sahabat yang lain, sila LIKE & SHARE.
"The more you give, the more you get"
ICONIC [S] - Bakal Membuat kejutan sikit masa lagi..~~Kelihatan ICONIC semakin mencapai momentum untuk memecahkan segitiga ' EMAS ' pada paras harga 0.360 dengan volume yang padu sebelum terus 'terbang' dengan jayanya.
.
.
Adakah ICONIC menepati tema dan membantu ia untuk mencapai ke paras harga yang lebih tinggi??
Rujuk pada fibonacci extension sebagai rujukan kepada target price @ strong R yang akan menjadi support kuat setelah rintangan berjaya dipecahkan.
.
.
Secara teknikal amnya:
Apabila resistance dipecahkan, ianya akan di uji adakah ia mampu untuk bertindak sebagai Support baru dan ini turut dikenali sebagai Resistance Become Support (RBS)
Oleh itu , Mari kita sama-sama perhatirapat misi kenaikan ICONIC WORLDWIDE BERHAD kali ni ...yeahh!!
.
.
TAHUKAH ANDA
1- ICONIC WORLDWIDE BHD merupakan salah satu pengeluar FACE MASK ? haaaa..Faham-Faham sajalah ar...hehe
2- EMA50 dah cross dengan E MA200. ....GOLDEN CROSSSSSSSS tuu...~~
DISCLAIMER:
Segala kajian adalah untuk proses pembelajaran dan halatuju kaunter tersebut. Till then, happy trading & TAYOR
**Sekiranya anda bersetuju dengan idea ini, mohon untuk LIKE , SHARE & FOLLOW page ini bagi tujuan pembelajaran
ICONIC MEMBERI SINAR HARAPAN 23/7/2020
Kaunter yang berpotensi
1) Persilangan ema50 dan ema200
2) melepasi rintangan yang kuat, .320 ( RBS-resistance become support )
3) rintangan yang terkuat berada pada .370
4) kaunter yang stii berada atas awan kumo dan kekuatan momentum adalah kuat
Kajian dan pembelajaran sahaja
mattop90
ICONIC Cubaan Memecahkan DTL dan Pattern Segitiga MenaikICONIC merupakan salah satu syarikat yang menggeluarkan face mask dan pada hari ini face mask memang mendapat sambutan dimana kerajaan dikhabarkan akan mewajibkan pemakaian topeng muka bermula 1 Ogos 2020. Chart pattern pun sangat menarik. Hari ini ICONIC membuat pattern Bollinger Band breakout dan surf Bollinger Band disokong oleh volume yang kuat. Secara teorinya, ICONIC didalam fasa menaik dengan momentum yang kuat. Selain itu, ICONIC juga dalam percubaan untuk memecahkan garisan menurun satu tahun (1yr DTL) dan juga pattern segitiga menaik (ascending triangle) di aras 0.370. Jika berjaya dipecahkan, aras target untuk peraman jangka sederhana adalah di 0.590. Sama-sama kita perhati rapat dan sediakan trading plan ya. (Sekadar kajian dan pembelajaran).